Assalamualaikum..

Saya nak berkongsi shaklee effect anak saya. Sekarang anak dah setahun 3 bulan. Anak saya ada eczema masa baby lagi masa tu saya tak tau yang rupanya dekat pelipat lengan merah tu adalah eczema. Lagipun merah tu tak ketara so ingat ruam biasa saja.

Sampailah pada hari raya puasa tahun lepas . Masa tu dia 5 bulan lebih. Raya ke 3 camtu tak silap, pergi beraya umah jiran. Anak dah boleh meniarap. So jiran masa tu cakap letak  dia kat karpet  tu bagi dia meniarap. Dia cakap karpet jarang-jarang bawa keluar. Saya pon tengok bersih saja.Tanpa pikir panjang letak saja.

Balik umah malam tu, seluruh mata dia pon nampak macam sembab. Macam kena gigit binatang. Saya pon tak tau sebab apa, tengah mikir salah makan ke?

Pastu saya hantar gambar anak dalam group coaching, tanyakan doktor yang ada dalam group tu. Dia cakap tu macam eczema bukan ruam biasa. Atas cadangan doktor dalam tu, saya amik omega dan vitamin c. Saya bf. Selain tu saya sapu herbal blend.

Pergi klinik doktor bagi sabun khas dan losyen dekat dia. Lebih kurang 3 hari, biji-biji di muka makin surut. Dah nampak kering. Segala fast food saya pantang. Sebab saya perasan ada sekali saya langgar. Tengkuk anak naik balik.

Macam kes anak, eczema dia mencanak naik bila saya salah makan, dan bila cuaca panas. Memang time tu kesian tengok. Biji-biji sampai perut. Nasib belum tahap garu sampai berdarah . Bila dia dah cukup 6 bulan. Saya amik omega letak dalam bubur nasi dia. Kadang-kadang selang sehari.(ikutkan cdgn1 thn keatas baru bg omega, tapi saya try bg juga).

Lama-lama kelamaan bulan ke bulan saya sedar, eczema tu dah macam ghaib. Bila cuaca panas or termakan benda yang patut pantang, eczema tu tak muncul-muncul seteruk dulu.

Saya pikir mungkin asbab konsisten omega. Sekarang kalau tengok mana-mana botol shaklee menjerit berebut. Maybe dia ingat omega dia. Memang favourite dia la. Sekarang bagi dia kunyah-kunyah macam gula-gula.

Pastu mandian dan losyen dia pon saya dah tukar. Saya belikan set baby shaklee. Serasi dengan kulit dia. Massage oil paling best. Macam magic tau. Anak senang nak tidur. Anak saya ni kategori mata payah pejam. Sapa-sapa ada anak kecil beli la mandian baby shaklee. Tak rugi.

Sekian ini saja perkongsian saya 😊.

Berminat untuk mencuba?. Hubungi pemilik testimoni ini:

Edawaty Binti Mukhtar

0172466246 @ klik saja wasap.my/+60172466246

Eczema Ghaib, Anak dan Ibu Ceria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge