Bukan semua jenis diet sesuai dipraktikkan untuk wanita yang aktif bekerja & melakukan pelbagai perkara.
Bagi yang berkerjaya boleh ikut tips ni :
- Banyakkan minum air putih.
untuk mengelakkan badan dari dehidrasi sekaligus buat perut sentiasa kenyang & melancarkan perjalanan sistem metabolisme badan.
- Cuba sediakan makanan sendiri.
Menyediakan makanan sendiri mengelakkan diri daripada membeli dan mengambil makanan yang tinggi kalori & kandungan lemak. Salad, roti, sup cendawan adalah cadangan menu ringkas yang boleh disediakan sendiri.
- Elakkan makan ketika stress.
Makan ketika stress boleh buat kita tidak dapat mengawal keinginan makan makanan yang disukai sehingga rasa stress hilang. Ini akan menyebabkan berat badan naik mendadak.
- Menu ringkas pada waktu malam.
Cuba sediakan menu ringan tapi mengenyangkan kerana selepas penat bekerja kita perlu berehat & metabolisme rendah pada waktu malam. Makan berat menyukarkan kita tidur dengan lena.
- Selaraskan diet dan tempoh bekerja.
Ini penting bagi menyeimbangkan kandungan khasiat yang diperlukan oleh badan & dapat elakkan anda terdorong untuk mengambil makanan melebihi had sepatutnya selepas penat bekerja.
Sumber : Mingguan Wanita
Copy dari FB Julie Mohamed
—————————————————————————————————
Salam Sayang,