===================

Seronok bila tengok orang yang mudah hamil. Peritnya saya lalui ketika berikhtiar untuk hamil anak pertama dan kedua. Anak pertama selepas 4 tahun kawin baru Allah hadirkan rezeki. Berikhtiar macam-macam akhirnya saya disahkan hamil. Alhamdulillah😘 Masa tu saya belum kenal shaklee lagi.

Selepas anak pertama hampir berusia 4 tahun. Susah hati pulak bila difikirkan yang kedua belum muncul. Bermula lah episod berikhtiar sana sini. Akhirnya saya mencuba Shaklee. Set Kurus Shaklee menjadi pilihan. Saya terus mendaftar sebagai ahli sebab bila jadi ahli beli produk lebih murah😁 Untung ka untung.

ESP , CINCH LATTE , LECITHIN , HERBALAX. Saya amal setiap hari tanpa skip. Konsisten sebulan. Memang terasa badan ringan terutama bahagian perut. Lelemak yang dah lama berehat dalam perut telah pun dinyahkan! Alhamdulillah. Selepas sebulan tu juga saya disahkan hamil anak kedua! Bila lemak di perut makin berkurang maka mudahlah laluannya untuk bertemu antara satu sama lain. Syukur! Allah dengar doa saya.

Di awal kehamilan saya kerap bleeding. Sama seperti kehamilan pertama. Yang pertama agak teruk. Saya tak boleh bergerak lebih pasti akan bleeding. Ketika itu hanya merujuk ke klinik pakar sakit puan saja. Diberi suntikan untuk kuatkan rahim sehingga usia kandungan 6 bulan.

Berbeza dengan yang kedua. Di awalnya bleeding saya terus ambik full Set Kehamilan Shaklee. Alhamdulillah lega rasa hati. Tiada lagi bleeding. Saya bebas bergerak tanpa batasan. Badan terasa segar. Bertenaga. Hb cantik. BP cun. Semuanya indah belaka sehinggalah hari kelahiran anak. Alhamdulillah syukur Ya Allah😊

Sekarang pula saya sedang berikhtiar untuk anak ketiga. Semestinya dengan SHAKLEE😘 SENTIASA DI HATI 😘 Doakan saya ya semua teringin nak ada anak perempuan pula😊

Your Bisnes Mentor,

💙 – Cikct- 💛

👉Cepat bertindak maka cepatlah dapat hasilnya👈

 

 

DENGAN SHAKLEE ALLAH IZIN HAMIL😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge