Kuasa minda untuk kurus sangat penting. Tapi ramai orang lupa !

Kemarin saya terserempak dengan misi (orang kodiang panggil nurse). Misi ni check saya masa dalam pantang dulu.

Dia kecikkan mata, siap kerut kening

“Rasa macam kenal, pernah jumpak rasa”

“Ya la.. misi kan jumpa saya dalam pantang dulu,”

“Haaa betoi la tu kann. Dulu besaq, awat kuruih ni? Banyak sangat kuruih ni”

“Tak dak apa misi, takkan nak seret badan berat macam trelar, kena la capai berat ideal”

Kami sama tersengih.

Pandang diri kita hebat, dan mampu buat. Jangan peduli apa orang cakap!
Sebenarnya, bersalin kali ni, memang payah turun badan, sebab, belum sempat kurus balik sebelum mengandung ke-6.

Bila berat badan berlebihan, memang rasa kurang Cergas. Heret badan macam trelar, selera makan sangat besar dan yang paling takut, baju-baju semua dah bukan baju, tapi bertukar jadi sarung nangka.

Masa ni saya sangat gemuk. Jubah bercorak boleh cover, itu pun nampak lagi besaq! Maksudnya memang betul gemuk! Nak cover lagi, jubah hitam. Tapi kan, sampai bila nak cover? Haaa…

Usia hujung 30an, membiarkan badan obese atau overweight adalah bala. Di usia metabolisme menurun, fungsi tubuh tidak semuda dahulu, kelebihan berat badan boleh mengundang banyak bencana pada diri sendiri, juga sebenarnya boleh menyusahkan orang lain.

Apa saya buat? Telan suplemen berkati-kati? Taklah! Ok, baca ni :

1. Gantung satu baju piawai. Baju yang kita pernah pakai semasa kita kurus. Tengok setiap hari dan cakap pada diri. Aku capai balik berat xx dan boleh pakai balik baju ni pada ____ (tarikh)

Sebelum mulakan program kurus kita, kena programkan minda dulu. Kuasa percaya dan yakin ini mesti dipaku dalam minda. Kuasa minda sangat hebat. Kalau kita betul-betul percaya, kita buat 1, kita akan dapat 10. Sungguh !

2. Kurangkan kuantiti nasi. Dari sepinggan kepada sebesar penumbuk. Ambik beras low GI

Beras Low GI sebenarnya melepaskan sedikit Demi sedikit gula dalam darah kita. Tak akan berlaku kenaikan paras gula mendapat dalam tubuh.

Apa tu GI? Cuba tengok Di bawah.

3. Kurangkan gula / air manis. Kalau dulu ambik 7 hari seminggu, kurangkan kepada 3 hari seminggu. Kalau boleh stop terus, lagi bagus.

4. Minum air 4 liter sehari.

5. Makan buah dan sayur dengan banyak. 1/2 pinggan adalah sayur.

6. Meal terakhir takat pukul 7.00 malam saja.

7. Potong bilangan hari makanan-makanan berbahaya. Gulai, kari, masak lemak dan lain-lain. Kurangkan maksudnya kalau sebelum ni makan kari 5 hari seminggu, kurangkan ke 3 hari seminggu

8. Pilih senaman yang mudah dan suka dibuat. Kayuh basikal ka, zumba ka, jogging ka, naik tangga ka atau menari. Buat 20-30 minit sehari. Setiap hari.

9. Timbang berat dan ukur bahagian tubuh seperti punggung, pinggang, peha, lengan, waktu awal dan setiap minggu ukur dan timbang untuk rekod.

10. Ambil suplemen jika nak. Suplemen ni membantu saja. Yang utama dan paling utama adalah diet yang betul dan senaman.

Perlu ambil semua?
Tak semestinya! Budget bawah RM100 pun boleh!

Ini cara saya yang sederhana. Ada orang buat ekstrem dan lagi strict. Terpulang,

Yang penting bukan sehebat mana kita bermula, tapi sehebat mana kita mampu untuk konsisten

Jom sihat
Saya pun pernah gemuk, I feel u

 

RAMAI ORANG LUPA KUASA MINDA BILA NAK KURUS !
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge