Assalamualaikum & Selamat Pagi !

Wahh ! Blog baru ! Semangat sangat ! Blog lama? Masih ada tau, klik sini > www.surijunior.blogspot.com . Takleh tutup blog ni, kenangan sangat tau !❤

Ok, nak cerita, Weekend hari tu, Surijunior Masters buat Retreat, di Yan, Kedah. Kami semua 6 orang Master Coordinators di Surijunior, turun. 6 families la kiranya. Angkut anak-anak semua

Family saya dari Kedah
Family Master Nini dari Kelantan
Family Master Cip dari KL
Family Master Normi dari Penang
Family Master Fahana dari Negeri Sembilan
Family Master Syeera dari Terengganu

Tudiaaa.. semua lain-lain negeri. Power kan!

Retreat ni sebenarnya dicetuskan oleh Master Normi. Dia ajak geng Surijunior Masters. Kami pun jomm!

Retreat ni kami buat bersama Master Haji Roslan & Umi Faezah. Depa ni sebenarnya super upline kami dalam Shaklee. Haji & Umi buka Horse Training Farm dan juga ada homestay.

Ini Master Haji Roslan dan Umi Faezah. Bukan saja sweet, tapi baik hati ❤

Tempat ni best sangat !!! Objektif retreat ni untuk kuatkan bonding antara Masters Surijunior, Brainstorm idea bisnes dan juga set target untuk tahun baru 2018 dan cycle baru.

Day 1
====
Hari jumaat ni kami sampai dan masing-masing check in ke D’Puteh homestay. Homestay ni sempena nama generasi datuk kepada umi. D tu untuk Darus, datuk. Puteh tu nama nenek. Jadilah D’Puteh Homestay 😁

Inilah 2 rumah homestay yang kami 6 keluarga tumpang berteduh sepanjang program. Kawasan ni sangat kampung dan banyak pokok-pokok. Sejukkkk. Air cond tak pasang pun. Sejuk sangat !!

Sampai hari jumaat, sambil minum teh, welcoming drinks la katakan, Master Normi, agihkan t-shirt tema kami. Simple tapi sangat bermakna. Banner pun ada. Master Normi ni pengarah program ni, kami lantik. Dah la rajin, rajin pulak tu 😃

Model tshirt : Master Dr Izwan. Cantik kan warna dia

Tempat menjamu selera ni

Sebab hari jumaat, kaum adam mesti pergi solat jumaat. Kami geng mak-mak sambung minum, sembang dan uruskan anak-anak. Depa pi solat dengan hilux, Syok betoi ragaih ramai-ramai tu.

Oh lupa nak tunjuk, ni bilik homestay kami, luas. 1 katil double+1 katil single.

Ali dah tak tahan daulat. Zzzz

Balik dari solat jumaat, kami semua lunch. Mak ngah masak. Mak ngah ni adik kepada Umi. Adik kembar. Sedap sangat dia masak wehhh.

Lepas lunch, kami pi Air Terjun Titi Hayun. Layan budak-budak mandi, kami pun berendam Sekali 😋

 Air terjun ni jernih dan cantik. Seronok depa berendam. Anak-anak Master Normi, siap tangkap ikan tu. Dapat la 3-4 ekor. Hahaha. Habis bab mandi manda, tukar baju, kami menuju ke stable kuda. Fuhhh ni memang best !

Kuda ni garang tau. Seram jugak

Sebenarnya kami ambil gambar sambil ketakutan. Haha
Sebenarnya sebelum gambar ni, kuda ni cuba untuk makan tudung saya dari belakang. Tekejut mak taw!

Mesra betoi Master Dr Izwan dengan dia ni. Haha

Kat sini ada juga selain kuda. Ni haa Anak rusa. Nama Attan. Mesra betoi. Ada juga kera dan burung unta. Kuda di sini ada 15 ekor.

Budak-budak excited panjat hilux. Depa nak ratakan arena kuda ni. Syok depa, sesekali jumpa kawan-kawan. Main tak cukup tanah!

 

Lawa kan banner kami. “Follow the law of nature and you will never go wrong!”

Hari ni kami Pi melawat ja dulu. Berkenalan dulu dengan kuda-kuda ni. Esok baru naik. Balik dah nak maghrib. Kami dinner sama-sama. Macam-macam cerita la keluar. Tak sudah-sudah cerita haaa.

Eh ni lagi satu, seronok meloncat sampai penat dan tertidoq atas hilux masa ratakan arena. Ish ish…

Men’s Talk. Depa ni asyik cerita pasai kereta ja

Lepas dinner, kami ada Slot dengan Master Haji Roslan & Umi Faezah. Bicara hati ke hati. Solat maghrib & Isyak diimamkan oleh Master Ustaz Saif.

Peluang ni masa emas bagi kami. Berbual dengan orang senior ni, banyak hikmah yang kita boleh kutip. Untung Masters Surijunior dapat sentuhan dari haji. Nasihat dari hati, pastinya tersemat di hati ❤

Lepas slot ni, ada extension sesi persembangan haha. Ladies’ chat & Men’s Talk 😃

Acara akhir hari pertama adalah yang sangat best iaitu BBQ !! Sedap sangat!! Dan makanan baru yang saya baru cuba adalah labu panggang. Hehehe…


Selesai Day 1 retreat. Sesekali berjumpa eratkan ukhuwah, kesannya memang hebat.

Semangat meningkat
Idea bercambah
Jiwa makin berani

Kita ni tak kuat, sebab kita seorang. Tapi bila kita jumpa, bersama-sama meluahkan semangat dan berkongsi visi, kita akan rasa kuat. Kita akan rasa hebat.

Dan yang lebih penting adalah ukhuwah dan bonding sesama business partners. Bonding kalau kuat, banyak perkara yang kita boleh buat bersama-sama. Dan itulah kunci kekuatan dan kelangsungan

If you want to go fast, go alone
If you want to go far, go together

Habis day 1, nanti saya tulis Day 2 pulak ya

Salam sayang dari Surijunior ❤
Nak join kami? Nak tanya soalan?

Boleh, klik saja wasap.my/+60192622200

 

SURIJUNIOR MASTERS RETREAT : DAY 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge