Assalamualaikum WBT

Setiap hari kita akan berkomunikasi dengan orang disekeliling kita. Samaada anak, suami/isteri, majikan, pelanggan, pekerja atau penjual dan sebagainya. KOmunikasi yang baik menggambarkan kehalusan budi dan akhlak seseorang. Sesiapa yang banyak bercakap kasar, menyumpah seranah orang dan banyak menggunakan perkataan negative dalam ucapannya, biasanya manusia ini adalah orang yang sakit. Hatinya sakit dan jiwanya sakit. Biasanya, kekeruhan hati ini akan terpancar pada raut wajah yang muram, kusam dan kelat. Berbeza dengan mereka yang mempunyai hati yang baik dan bersih, biasanya air muka mereka jernih dan memiliki bahasa yang sopan dan menyejukkan perasaan yang mendengar.

Anda bagaimana? Pilihan semua ditangan sendiri. Buat lah pilihan yang betul dan tepat. Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi tips komunikasi yang baik yang boleh kita amalkan berdasarkan sirah Rasulullah. Kita tahu Rasulullah adalah peniaga Berjaya, jadi kita kene tiru cara Rasulullah berkomunikasi supaya kita boleh mempraktikkan dalam perniagaan dan kehidupan kita. Ia adalah sunnah yang baik untuk diikut.

  1. Jelas dan mudah difahami

Sayyidina Aisyah  ra berkata :

 “Kata-kata Rasulullah SAW adalah kata-kata yang jelas dan boleh difahami oleh sesiapa yang mendengarnya. (HR Abu Dawud).

Rasulullah SAW adalah seorang yang petah berbicara. Ayat yang dilafazkan baginda adalah ayat yang ringkas, pendek, jelas dan penuh dengan makna. Baginda mampu untuk berkomunikasi mengikut kadar aqal seseorang sehingga mempu mempengaruhi sesiapa sahaja yang mendengar ucapan baginda.

  1. Ulang 3 kali

Jika kita ulang perkataan sebanyak 3 kali, ia adalah sesuatu yang sangat mudah untuk diingati dan diterima oleh pendengar. Hadis Rasulullah SAW bermaksud:

“Apabila Baginda SAW ingin mengatakan sesuatu,Baginda akan mengulangi sebanyak 3 kali supaya mudah difahami. Dan apabila berjumpa dengan seseorang, Baginda akan member salam sebanyak 3 kali (Hadis Riwayat al-Bukhari)

  1. Berakhlak mulia

Rasulullah saw dianggap sebagai alquran bergerak. Peribadi dan tindak tanduk baginda melambangkan keindahan Islam yang sebenar. Sehingga ramai orang memeluk agama Islam berpunca dari kehebatan budi pekerti baginda SAW

  1. Doa Nabi Musa

Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Amalkanlah surah Taha ayat 25-28, banyak kelebihannya. Ia adalah ayat yang dibaca oleh Nabi Musa ketika mengadap firaun.

Selamat berfikir dan membaca

Thanks for reading!

——————————————————————————————————-

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192622200

Tips komunikasi Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge