19 ALATAN DAN KEPERLUAN PENYUSUAN YANG WAJIB IBU MENYUSU TAHU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Persediaan menyusukan bayi tidaklah sesukar yang disangka asalkan semuanya disediakan awal dan bukan last minute. Buat bacaan dan tuliskan apa yang anda perlu sediakan. Pentingnya list sebab keperluan kita tak akan sama dengan orang lain. Okay, jom kita tengok apa yang perlu disediakan : 1. Breastpump Pam susu / breast pump adalah sesuatu yang penting. Tapi jangan tak percaya, sesetengah ibu tak guna pun breast pump. Cuma memerah susu guna tangan saja. Teknik marmet namanya. Lebih mudah dan murah. Ini bergantung kepada individu. Untuk yang berkeperluan membeli breast pump macam saya, pastikan anda memilih yang praktikal dan sesuai dengan anda. Pam mahal tak semestinya bagus untuk anda. Pam murah sesuai dengan ibu A tapi tak semestinya sesuai untuk ibu B. Pam manual ringkas, mudah dibersihkan, murah dan mudah digunakan di mana-mana tanpa risaukan bateri habis atau tak ada sumber elektrik. Pam elektrik pula mudah sebab ibu boleh relax sikit, tak perlu nak tekan handle mengepam dan double breast pump membolehkan ibu mengepam dengan cepat sebab kedua-dua belah payudara di pam serentak. Jadi macamana nak pilih breast pump? Boleh pertimbangkan kemampuan dan keperluan anda. Dari segi keselesaan, boleh bertanya kepada rakan / saudara yang dah guna. Atau yang lebih baik lagi, walk in ke kedai baby yang jual peralatan menyusu dan cuba pump di sana. Selalunya mereka sediakan beberapa jenis pump untuk ibu cuba. Cuba dulu, selesa baru beli. Saya sendiri selesa dengan Medela Freestyle untuk elektrik & Avent untuk manual. Melabur untuk pump ni tak membazir sebab menyusu sebenarnya jauh lebih jimat daripada membeli susu formula 2.Cooler Bag Cooler bag ini adalah untuk menyimpan susu perahan (EBM). Cooler bag yang baik boleh menyimpan susu dan bertahan selama 12 jam. Best kan? Kalau pam susu di pejabat, simpan dalam cooler bag dari pagi sampai petang, masih ok lagi. Ianya penting ketika travel dan sangat penting untuk ibu bekerja. Berapa cooler bag yang anda perlu? Mungkin 1 atau 2. Cooler bag 1 diperlukan untuk menyimpan susu perahan di pejabat. Kalau ada peti sejuk, selepas perah, simpan dalam peti sejuk saja, nak balik, baru ambil dan masukkan dalam cooler bag dan bawa balik, pindahkan ke peti sejuk di rumah. Cooler bag ke 2 mungkin anda perlukan untuk membawa susu perahan dari rumah ke tempat pengasuh. Dalam perjalanan tu, bawa dengan cooler bag. Atau jika tempat kerja anda berdekatan dengan rumah, nak bawa dari pejabat ke rumah, mungkin tak perlu cooler bag pun. Boleh fikirkan bergantung kepada jarak & masa anda seharian.Saya sendiri dulu masa masih bekerja, ada 1 saja cooler bag. Susu kepada pengasuh saya letak dalam bekas tupperware dan masukkan ice pack dalam tu. Perlu diingat, tanpa cooler bag, jika anda meletakkan susu perahan di suhu bilik, ianya bertahan selama 3-4 jam sahaja sebelum basi. Jadi timbang-timbangkan berapa cooler bag yang anda perlu. 1 atau 2 ? 🙂 Ini rupa cooler bag. Warna-warni pun ada. Yang biru tu ice brick untuk penyejukan. Yang penting ianya berkesan untuk insulation yang baik 3.Beg menyusu Beg menyusu ni untuk angkut alatan menyusu lah. Banyak jenis beg di pasaran. Boleh pilih dan beli yang paling efisien untuk anda. Yang banyak poket mungkin praktikal. Lagi satu, beg menyusu ini mesti cukup besar untuk letak cooler bag dalam nya. Nanti kena bawak asing-asing, kan ke susah? Ini contoh dari google. Ada beg yang ada opening kat bahagian tertentu untuk keluarkan kabel untuk caj dan sebagainya. Saya guna beg free yang dapat masa beli breastpump saja. hehe 4.Ice pack / Ice Brick Ada cooler bag, tak ada ice pack / ice brick, tak guna jugak ya. Kena ada ice pack/ ice brick ni untuk kesan penyejukan kepada susu perahan. Ice pack/ brick ni adalah ais yang dipekkan dan boleh dibekukan berulang kali. Malam masuk tempat beku, esok boleh guna, letak di celah-celah botol susu dalam cooler bag. Ice bricks lebih tahan lasak dan lama berbanding ice packs Ice packs Ice bricks 5.Storage bottle Untuk ibu surirumah, ini tidak begitu kritikal. Sebab botol susu digunakan hanya semasa mengepam. Untuk menyimpan mungkin boleh guna storage liner. Terpulang kepada ibu berapa botol susu perlu ada. Mungkin 2-5 biji sudah mencukupi. Untuk ibu bekerja, bilangan botol susu yang boleh saya cadangkan adalah sekitar 10 hingga 15 biji. Untuk apa? 4 botol > mengepam di pejabat 5 botol > bawa ke pusat asuhan 3 – 6 botol > untuk stok susu di peti ais rumah & back up Beli botol susu yang BPA free. Jadi kita boleh gunakan berulang kali dan tahan pemanasan. Ketika membeli, tengok juga perlu wide neck atau standard neck yang bersesuaian dengan breast pump dan puting susu yang bayi anda suka. Wide neck seperti avent, tommee tippee dll ni kelebihannya mudah dibersihkan. Jenama bumblebee ni memang terkenal sebagai botol susu yang murah dan BPA free 6.Storage Liner Storage liner adalah plastik untuk menyimpan EBM dalam peti sejuk. Ada Ibu yang suka guna botol. Tapi bagi saya, plastik ini lebih praktikal.Jimat ruang. Boleh dinipiskan dan disusun macam cheese slice. Lagi satu, plastik ni membolehkan kita menyimpan susu ikut feeding baby. Contohnya baby minum 3oz sekali minum, Jadi setiap plastik kita simpan 3oz sahaja, nipiskan dan susunkan. Setiap kali nak guna, keluarkan satu sahaja. Jadi mencegah susu lebihan dari rosak . Jimat ruang kan, kalau susun macam ni 7.Sterilizer Ini penting untuk sterilkan / menyahkuman perkakasan menyusu kita. Tak la tercemar. Atau kalau rasa tak mampu beli atau dapur sempit, payah nak letak mana-mana, ada alternatifnya. Cuma gunakan periuk, rebus air. Biar air mendidih dan masukkan peralatan menyusu ke dalam air mendidih tersebut. Biar dalam 15 – 20 minit, angkat dan keringkan. 8.Warmer Warmer ni tujuan dia untuk memanaskan susu ibu yang dikeluarkan daripada tempat sejuk. Ini pun optional. Nak beli pun takpa, tak beli pun ok. Alternatifnya, saya guna thermos, isi air suam dan masukkan botol susu dalam tu. Thermos tu beli yang gemuk, yang muat botol susu. Letak air suam dalam bekas biasa dan rendam botol pun boleh, tapi masalahnya, air tu cepat sejuk. Ini warmer, untuk panaskan susu Thermos gemuk yang macam ni saya
10 PERSEDIAAN MENYUSU WAJIB SEBELUM BERSALIN
Menyusu ni nampak simple saja. Alaaa . .. bagi ja la susu. Bukannya payah pun. Tapi, sebenarnya ramai ibu-Ibu yang gagal menyusu akibat persediaan yang tidak cukup. Baik dari segi mental atau fizikal. Bagaimana Ibu patut menyediakan dirinya? Mari kita baca tips ringkas untuk persediaan menyusu, sebelum bersalin lagi. 1. NIAT Pasang niat untuk menyusukan bayi. Banyakkan berdoa moga Allah permudahkan hasrat tersebut. 2. CARI SOKONGAN Nyatakan niat kita untuk menyusu bayi secara eksklusif kepada suami dan Ibu terutamanya, juga saudara terdekat. Ceritakan kebaikan untuk anak dan Ibu daripada penyusuan. Kalau suami jenis sokong, tak banyak kerjalah. Kalau yang kurang sokong, buat bacaan bersama , cerita dan yakinkan dia. Keluarkan juga kisah2 kenalan yang berjaya menyusu dan kesannya kepada mereka. 3. PILIH KOMUNITI YANG BETUL Bergaul dengan ibu-Ibu yang menyusukan bayi dan pro-penyusuan. Baik di komuniti nyata atau maya. Dengar dan hayati pengalaman mereka. Stay away from toxic people. he he 4. CARI ILMU Buat bacaan dan tahu asas penyusunan susu ibu. Baca dengan suami lagi bagus. Jika ini bukan anak pertama, bacala jugak. Refresh kannn. Perlu join kelas? silakan 🙂 5. PILIH HOSPITAL Pilih hospital rakan bayi. Supaya kita boleh duduk sebilik dengan anak dan menyusukan anak sebanyak mungkin 6. KENALI PAYUDARA Apa perlu dibuat? Banyakkan membaca dan mula mengetahui bagaimana susu dihasilkan . Bermula 6 bulan, boleh mulakan urutan payudara, digalakkan menarik puting, mengurut dan menyikat payudara perlahan-lahan Semasa hamil, puting payudara sedikit berdaki dan berkerak akibat peluh. Setiap kali mandi, gunakan tuala bersih dan air suam untuk mencuci puting payudara. Ini sangat penting terutama di trimester terakhir untuk mengelakkan saluran susu tersumbat. Namun, elakkan meletakkan sabun di bahagian puting. Kolustrom : susu awal ibu Picit kawasan puting untuk membuka mata puting untuk mengelakkan tersumbat. Biasanya, sekitar 7 bulan, kolustrom akan kelihatan Pastikan puting payudara tidak tenggelam. Ini bakal menyukarkan proses penyusuan. Selalu menarik puting keluar semasa hamil untuk memudahkan proses penyusuan. Cara membantu mengeluarkan puting. Potong hujung bawah batang syringe, Cabut plunger. Masukkan plunger dari bahagian yang dipotong tadi Letakkan picagari di payudara dan tarik plunger perlahan-lahan 7. PILIH PAKAIAN DALAM YANG SESUAI Elakkan memakai baju dalam yang ketat semasa hamil. Ini boleh menjejaskan aliran udara dan menghasilkan kotoran di puting akibat perpuluhan. 8. PERALATAN PENYUSUAN Sediakan peralatan penyusuan dari sebelum bersalin. Antaranya pam susu, coli penyusuan, pelapik payu dara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, kain pelindung penyusuan dan lain-lain. Sebaiknya beli alatan tersebut sebelum bersalin kerana anda tidak dapat menjangka apa yang berlaku selepas kelahiran bayi. Beli ikut keperluan ya. Satu barang untuk ibu A tidak sama dengan ibu B. Yang penting adalah tekad dan kegigihan contohnya Pam yang mahal tidak menjamin susu ibu yang banyak 🙂 9. MAKAN DENGAN SIHAT Pilih makanan yang sihat sejak hamil lagi terutama keperluan kalsium dan protein. Ini penting untuk pembentukan kelenjar-kelenjar susu dan memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sebaik bayi dilahirkan. Pilih makanan terbaik untuk bayi anda Bantu diri dan bayi anda dengan suplemen terbaik. Hidup dengan makanan tercemar, GMO, persekitaran tercemar, tekanan / stress. Perlu semuanya ini? Ambil ikut keperluan. Berunding dengan SID yang anda percayai 10. Cari pengasuh / pusat jagaan yang mesra penyusuan susu ibu dan mampu menguruskan susu ibu Selamat berjaya! Salam hormat dari SID kesayangan anda, ❤Master Farihah | 019 228 2147❤