19 ALATAN DAN KEPERLUAN PENYUSUAN YANG WAJIB IBU MENYUSU TAHU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Persediaan menyusukan bayi tidaklah sesukar yang disangka asalkan semuanya disediakan awal dan bukan last minute. Buat bacaan dan tuliskan apa yang anda perlu sediakan. Pentingnya list sebab keperluan kita tak akan sama dengan orang lain. Okay, jom kita tengok apa yang perlu disediakan : 1. Breastpump Pam susu / breast pump adalah sesuatu yang penting. Tapi jangan tak percaya, sesetengah ibu tak guna pun breast pump. Cuma memerah susu guna tangan saja. Teknik marmet namanya. Lebih mudah dan murah. Ini bergantung kepada individu.  Untuk yang berkeperluan membeli breast pump macam saya, pastikan anda memilih yang praktikal dan sesuai dengan anda. Pam mahal tak semestinya bagus untuk anda. Pam murah sesuai dengan ibu A tapi tak semestinya sesuai untuk ibu B.  Pam manual ringkas, mudah dibersihkan, murah dan mudah digunakan di mana-mana tanpa risaukan bateri habis atau tak ada sumber elektrik. Pam elektrik pula mudah sebab ibu boleh relax sikit, tak perlu nak tekan handle mengepam dan double breast pump membolehkan ibu mengepam dengan cepat sebab kedua-dua belah payudara di pam serentak.  Jadi macamana nak pilih breast pump? Boleh pertimbangkan kemampuan dan keperluan anda. Dari segi keselesaan, boleh bertanya kepada rakan / saudara yang dah guna. Atau yang lebih baik lagi, walk in ke kedai baby yang jual peralatan menyusu dan cuba pump di sana. Selalunya mereka sediakan beberapa jenis pump untuk ibu cuba. Cuba dulu, selesa baru beli. Saya sendiri selesa dengan Medela Freestyle untuk elektrik & Avent untuk manual. Melabur untuk pump ni tak membazir sebab menyusu sebenarnya jauh lebih jimat daripada membeli susu formula 2.Cooler Bag Cooler bag ini adalah untuk menyimpan susu perahan (EBM). Cooler bag yang baik boleh menyimpan susu dan bertahan selama 12 jam. Best kan? Kalau pam susu di pejabat, simpan dalam cooler bag dari pagi sampai petang, masih ok lagi. Ianya penting ketika travel dan sangat penting untuk ibu bekerja. Berapa cooler bag yang anda perlu?  Mungkin 1 atau 2.  Cooler bag 1 diperlukan untuk menyimpan susu perahan di pejabat. Kalau ada peti sejuk, selepas perah, simpan dalam peti sejuk saja, nak balik, baru ambil dan masukkan dalam  cooler bag dan bawa balik, pindahkan ke peti sejuk di rumah. Cooler bag ke 2 mungkin anda perlukan untuk membawa susu perahan dari rumah ke tempat pengasuh. Dalam perjalanan tu, bawa dengan cooler bag.  Atau jika tempat kerja anda berdekatan dengan rumah, nak bawa dari pejabat ke rumah, mungkin tak perlu cooler bag pun. Boleh fikirkan bergantung kepada jarak & masa anda seharian.Saya sendiri dulu masa masih bekerja, ada 1 saja cooler bag. Susu kepada pengasuh saya letak dalam bekas tupperware dan masukkan ice pack dalam tu. Perlu diingat, tanpa cooler bag, jika anda meletakkan susu perahan di suhu bilik, ianya bertahan selama 3-4 jam sahaja sebelum basi. Jadi timbang-timbangkan berapa cooler bag yang anda perlu. 1 atau 2 ? 🙂 Ini rupa cooler bag. Warna-warni pun ada. Yang biru tu ice brick untuk penyejukan. Yang penting ianya berkesan untuk insulation yang baik 3.Beg menyusu Beg menyusu ni untuk angkut alatan menyusu lah. Banyak jenis beg di pasaran. Boleh pilih dan beli yang paling efisien untuk anda. Yang banyak poket mungkin praktikal. Lagi satu, beg menyusu ini mesti cukup besar untuk letak cooler bag dalam nya. Nanti kena bawak asing-asing, kan ke susah? Ini contoh dari google. Ada beg yang ada opening kat bahagian tertentu untuk keluarkan kabel untuk caj dan sebagainya. Saya guna beg free yang dapat masa beli breastpump saja. hehe 4.Ice pack / Ice Brick Ada cooler bag, tak ada ice pack / ice brick, tak guna jugak ya. Kena ada ice pack/ ice brick ni untuk kesan penyejukan kepada susu perahan. Ice pack/ brick ni adalah ais yang dipekkan dan boleh dibekukan berulang kali. Malam masuk tempat beku, esok boleh guna, letak di celah-celah botol susu dalam cooler bag. Ice bricks lebih tahan lasak dan lama berbanding ice packs Ice packs Ice bricks 5.Storage bottle Untuk ibu surirumah, ini tidak begitu kritikal. Sebab botol susu digunakan hanya semasa mengepam. Untuk menyimpan mungkin boleh guna storage liner. Terpulang kepada ibu berapa botol susu perlu ada. Mungkin 2-5 biji sudah mencukupi. Untuk ibu bekerja, bilangan botol susu yang boleh saya cadangkan adalah sekitar 10 hingga 15 biji. Untuk apa? 4 botol > mengepam di pejabat 5 botol > bawa ke pusat asuhan 3 – 6 botol > untuk stok susu di peti ais rumah & back up Beli botol susu yang BPA free. Jadi kita boleh gunakan berulang kali dan tahan pemanasan. Ketika membeli, tengok juga perlu wide neck atau standard neck yang bersesuaian dengan breast pump dan puting susu yang bayi anda suka.  Wide neck seperti avent, tommee tippee dll ni kelebihannya mudah dibersihkan. Jenama bumblebee ni memang terkenal sebagai botol susu yang murah dan BPA free 6.Storage Liner Storage liner  adalah plastik untuk menyimpan EBM dalam peti sejuk. Ada Ibu yang suka guna botol. Tapi  bagi saya, plastik ini lebih praktikal.Jimat ruang. Boleh  dinipiskan dan disusun macam cheese slice. Lagi satu, plastik ni membolehkan kita menyimpan susu ikut feeding baby. Contohnya baby minum 3oz sekali minum, Jadi setiap plastik kita simpan 3oz sahaja, nipiskan dan susunkan. Setiap kali nak guna, keluarkan satu sahaja. Jadi mencegah susu lebihan dari rosak .  Jimat ruang kan, kalau susun macam ni 7.Sterilizer Ini penting untuk sterilkan / menyahkuman perkakasan menyusu kita. Tak la tercemar. Atau kalau rasa tak mampu beli atau dapur sempit, payah nak letak mana-mana, ada alternatifnya. Cuma gunakan periuk, rebus air. Biar air mendidih dan masukkan peralatan menyusu ke dalam air mendidih tersebut. Biar dalam 15 – 20 minit, angkat dan keringkan. 8.Warmer  Warmer ni tujuan dia untuk memanaskan susu ibu yang dikeluarkan daripada tempat sejuk. Ini pun optional. Nak beli pun takpa, tak beli pun ok. Alternatifnya, saya guna thermos, isi air suam dan masukkan botol susu dalam tu. Thermos tu beli yang gemuk, yang muat botol susu. Letak air suam dalam bekas biasa dan rendam botol pun boleh, tapi masalahnya, air tu cepat sejuk. Ini warmer, untuk panaskan susu Thermos gemuk yang macam ni saya

LECHITIN BUKAN UNTUK KURUS SAJA !

Bukan sahaja Murah, tapi manfaatnya cukup besar. Tak caya, kena try. Eheh! Saya konsisten ambil lechitin masa menyusukan anak keempat. Sebab saya alami clog duct. Saluran susu tersumbat. Makan Shaklee ginilah …. susu ibu melimpah ruah. Kena konsisten pum dan kalau culas, haaa bahaya! Sejak insiden tu, memang tobat Dah tak culas mengepam! Eh cerita pasal clog duct pula. Itu lain entry ya. Hari ni saya nak cerita pasal Lechitin. Produk Murah tapi super-hebat dan super-penting. Kita kenal Lechitin sebagai sahabat baik untuk si gemuk yang nak kurus kan? Bukan tu saja tau. Apa kebaikan lechitin? 1. Nutrien untuk otak. Menyokong ingatan yang baik Otak kita adalah bahagian yang paling berlemak. 60% daripada otak adalah mengandungi lemak. Jadi lemak baik seperti lechitin sangat diperlukan untuk menjana kemampuan berfikir oleh otak.Perkembangan pesat otak berlaku semasa kita kanak-kanak Sejenis bahan dalam otak yang dinamakan Choline akan menggunakan Lechitin untuk menghasilkan Acetylcholine. Bahan ini penting untuk menjana signal-signal di otak Individu yang pernah mengalami kemalangan, pernah hamil dan pernah melahirkan anak akan memiliki paras acetylcholine yang rendah. Itulah orang selalu cakap, lepas beranak urat banyak putus kannn?? Kurang Lechitin la tuu 2. Menyokong kesihatan hati Makanan yang tinggi lemak. Atau pengambilan lemak yang kerap akan menyebabkan lemak banyak terkumpul di hati. Iyalah, dah 20 tahun hidup, 30 tahun hidup makan macam-macam kan? Asal sedap ja, telan kan? Banyakla lemak yang terkumpul dihati. Jadi, lechitin akan bantu memecahkan lemak dan membawa lemak keluar dari hati. Hati akan semakin Sihat dan boleh menjalankan tugas lain dengan baik. Kesian hati kita. Lemas dia kena salut lemak, men bagi lechitin buang lemak dari dia. Hati ni penting tau. Banyak kerja dia kena buat untuk kita 3. Pemecah lemak semulajadi. Kalau bahasa buku teks, dia tulis pengemulsi. Emulsi tu maksudnya pemecah. Sesiapa yang gemuk tak boleh tolong, ibu-ibu yang lepas bersalin tapi badan macam mengandung lagi, suami-suami yang dah hilang body lawa zaman bujang, makcik-makcik lebih berat badan sampai sakit lutut, Lechitin boleh bantu. InsyaAllah 4. Kesihatan jantung Kadang-kadang kita dengar, tapi dah selalu jugak sekarang ni kan, orang muda-Muda tetiba meninggal sakit jantung kan? Jadi, nak jantung yang sihat, Lechitin boleh bantu. Lechitin akan bantu pecahkan kolesterol dalam salur darah untuk kesihatan jantung. Tak adalah darah yang pergi ke jantung bawa sekali kolesterol kan. Lepas tu tersumbat di jantung. Bahaya! 5. Menghaluskan dan melembapkan kulit Siapa yang konsisten ambil Lechitin, kulit dia akan lembap dan halus. Dan… garis-garis halus lambat timbul. Lambat kedut! Ehhh kata nak awet muda kan? Lagi 1 kan, saya perasan, bila amal Lechitin, selulit hilang. Jadi tak adalah bonjol-bonjol selulit tu di peha. Kulit licin, smooooth saja 6. Bantu hasilkan membran sel. Sel tubuh kita ada lapisan membran di luar. Dinding la kiranya. Itu adalah daripada lechitin 7. Elak atau atasi clog duct Ini pengalaman peribadi saya juga. Ibu-ibu menyusu terutama yang bekerja dan mengepam susu, sila konsisten dengan Lechitin. Kadang kita busy kan, lambat sikit menyusu atau mengepam, boleh menyebabkan salur susu tersumbat. Clog.ini kalau dah Jadi, sangat sakit. Dan kalau dibiarkan boleh jadi radang. Boleh atasi dengan Lechitin. Lama-lama clog tu hilang. Tapi seeloknya amal Lechitin untuk elakkan. Mencegah jauh lebih mudah. Tak apa, selain cegah clog duct, Mak pun boleh slim sekali kannnn Ok setakat ini sahaja. Promo Lechitin masih ada. Mesti rebut peluang untuk harga murah produk hebat ini Thanks for reading! ❤Salam sayang dari DID kesayangan anda❤ Master Farihah | 019 228 2147

Gabungan tidak popular Lechitin dan Vitamin E di kalangan ibu menyusu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ! Ibu menyusu, pastinya menikmati saat penyusuan dengan si manja dengan begitu gembira. Siapa tak happy kan, dapat susukan sendiri baby. Melihat setiap hisapan bayi itu adalah satu nikmat yang sukar digambarkan. Sebab itulah, ramai ibu-ibu yang sanggup buat apa sahaja demi untuk memberikan susu ibu yang terbaik untuk anaknya. Tetapi, semua journey penyusuan sebenarnya mempunyai cabaran tersendiri. Antara masalah yang dihadapi oleh ramai ibu yang kadangkala menggagalkan misi penyusuan eksklusif adalah puting susu merekah dan saluran susu tersumbat. Dua masalah ini banyak dirunguti oleh ibu-ibu. Malah, ada antara mereka yang give up dengan mimpi ngeri ini. Imej ihsan google Puting merekah saluran biasa dan saluran susu yang tersumbat Mengatasi masalah ini, Lechitin dan Vitamin E Shaklee sangat popular di kalangan ibu menyusu. Pengambilan kedua-dua suplemen ini secara konsisten boleh mengelakkan daripada mimpi ngeri ini berulang. Vitamin E untuk mengekalkan kelembapan kulit,mengelakkan puting merekah & Lechitin membantu mengelakkan saluran susu tersumbat. Saluran susu tersumbat boleh mengakibatkan bengkak susu dan untuk sesetengah ibu, bengkak susu boleh mengakibatkan demam & penderitaan yang hebat. Selain mengatasi dua masalah ibu menyusu ini, pengambilan lechitin dengan dos yang betul secara konsisten sebenarnya membantu ibu untuk memiliki berat badan yang ideal, dan memiliki daya ingatan yang lebih tajam. Pengambilan Vitamin E pula membantu ibu untuk memiliki kulit yang cantik, bebas cela dan sihat. Serampang banyak mata ni ! Ibu-ibu menyusu, sebelum dihantui oleh dua mimpi ngeri ini, silalah konsisten dengan Lechitin & Vitamin E. Mencegah sentiasa lebih baik dari merawat ! Bulan ni sebenarnya kita ada promosi lechitin dengan harga super-hebat ! Tiga produk promosi bulan ini dan salah satunya adalah LECHITIN ! Hubungi kami atau wakil Shaklee berhampiran anda untuk memilikinya 🙂 Thanks for reading ! Salam sayang, Farihah Abu Kasim  019 228 2147  farihah.abukasim@gmail.com