Saya percaya saya berada di dalam Shaklee ada sebabnya, bukan kebetulan – Hafez Zaharuddin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ! Semua kita, Allah uji dengan cara masing-masing. Tidak kira kesusahan atau kesenangan, kedua-duanya adalah ujian. Berapa ramai dari kita yang bersyukur dengan ujian yang ditimpakan? Berapa ramai daripada kita yang menjadi semakin baik setelah diuji? Berapa ramai pula antara kita terus mengeluh, tanpa berbuat apa-apa? Hari ni, saya nak kongsikan kisah cicit Shaklee saya, Saudara Hafez Zaharuddin.  Allah uji dia dengan jatuh terhenyak, dan akhirnya asbab Shaklee, dia mendapat semula “kehidupan”nya. Bagaimana dia jatuh? Bagaimana dia redha? dan apa yang menyebabkan dia bangkit? ————————– Saya percaya saya berada di dalam Shaklee ada sebabnya, bukan kebetulan. Allah dah susun jalan saya untuk tiba di sini, bersama-sama dengan keluarga Shaklee saya. Mungkin sekarang saya belum semewah saya dulu-dulu, tapi saya positif yang keadaan akan jadi semakin baik. Saya positif yang saya akan jadi lebih mewah daripada dulu.  Mewah yang saya harapkan sekarang bukannya mewah wang ringgit semata-mata, tetapi juga –  mewah pahala, mewah impian, mewah kesihatan, mewah akhlak, mewah intelek, mewah rohani, mewah emosi, mewah sahabat karib, Buat pertama kali, saya Nampak dengan jelas, visi hidup saya bukan semata mata ingin bebas kekangan wang ringgit, tapi lebih daripada itu. Jom singkap sejarah saya. Dulu saya bekerja sebagai pensyarah. Gaji bersih saya boleh tahan selesa, lebih kurang RM2800 sebulan. Tapi entah kenapa jiwa saya rasa tak seronok, tak tenang. Saya suka mengajar. Saya gemar bercakap depan orang ramai. Saya cintakan usaha berkongsi ilmu. Tapi mengapa semakin lama semakin saya tak selesa dengan profession saya? Hafez Zaharuddin – Versi dulu 🙂 Mungkin sebab bosan selalu disuruh buat kerja admin dan kewangan, mengutip hutang yuran pelajar. Mungkin sebab saya kena bekerja ikut waktu yang ditetapkan. Mungkin saya dah tak mahu dipijak kepala, bayaran rendah daripada jumlah waktu bekerja. Mungkin jam mengajar saya tinggi daripada jam mengajar maksimum yang ditetapkan oleh pihak kolej. Mungkin sebab saya bosan disuruh datang bekerja hari Sabtu dan Ahad dengan alasan sebab saya belum berumah tangga. Entahlah. Semakin hari, semakin banyak alasan yang datang untuk saya berhenti kerja. Bukan saya tak ikhlas mendidik. Saya penat dengan kerja-kerja bukan hakiki yang disuruh di kolej. Bila direnung, saya sedar yang saya suka berniaga. Walaupun saya sudah ada kerja tetap sebagai pensyarah, saya ada buat bisnes sambilan secara online. Saya pernah jual macam macam – alas tilam, sarung bantal, losen tangan, kek, cupcake, lukisan, beg berjenama, kaktus. Macam-macam! Yang paling saya suka ialah jual cupcake dan kek. Lama-lama, pelanggan semakin ramai, tempahan semakin banyak. Saya mula ponteng kerja. Ambil MC untuk siapkan order kek dan cupcake. Lama-lama, saya sedar berniaga lebih seronok daripada profession saya makan gaji sebagai pensyarah. Hafez bersama rakan-rakan, di restoran mereka Maka saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Gempar satu kolej – Apis nak buka restoran. Mesti Apis akan kaya lepas ni. Ye lah, tauke restoran. Duit mesti dapat banyak. Idea restoran ni dah lama berlegar dalam minda saya. Lebih setahun saya berangan-angan nak buka restoran. Dan saya ambil masa dua bulan untuk renovate restoran. Memang cantik, gayanya ikut kehendak saya. Konsep “industrial chic”. Gembira betul saya masa tu. Kawan-kawan datang tak henti henti. Masing-masing puji restoran cantik. Konsep interiornya mengancam. Menunya sedap-sedap dan hiasan atas pinggan setaraf hotel. Memang sengaja saya gajikan 2 orang chef yang pernah praktikal di hotel. Restoran saya pernah masuk TV3 untuk rancangan Jalan Jalan Cari Makan. Masuk surat khabar pun pernah. Waktu ni, saya rasa saya hebat. Ye lah, gaji dah capai 3-4K sebulan. Cupcaje Chapter, pilihan TV3 🙂 Nak beli barang jenama tak risau-risau dah. Kasut kulit Prada? Dompet Gucci? Beg Kenzo? Beg Marc Jacobs? Semuanya saya dah rasa. Citarasa makanan pun dah macam orang lupa daratan. Tak nak makan di gerai. Nak makan tempat ada air cond je. Seminggu sekali kalau tak pergi restoran mahal-mahal, memang tak sah. Snap-snap gambar dan show off dalam instagram. Tapi, tak semua tahu yang bukannya senang nak berniaga restoran. Saya tak malu nak kongsi kejatuhan saya sebab saya mahu anda tahu bahawa bisnes ni bukannya senang. Saya tak nak anda ulangi apa yang saya alami. Restoran Cupcake Chapter  Langit bukannya selalu cerah. Selepas 2 tahun, restoran Cupcake Chapter gulung tikar! Cabaran yang saya pernah alami termasuklah duit top up bulanan tak cukup untuk bayar gaji dan sewa, maintenance. Bahaya kalau tiba-tiba ada yang rosak (paip air, pintu, mesin kopi) sebab semuanya menambah kepada perbelanjaan bulan tu. Duit untuk bahan mentah mesti sentiasa cukup. Restoran saya memang best. Bukan saya nak berlagak. Makanan tip top. Kuih kek semuanya marvellous, saya berani cakap. Tapi, salah satu sebabnya yang membuatkan saya gulung tikar ialah tak cukup duit untuk modal pusingan. Meniaga sendiri macam ni memerlukan masa panjang nak dapat untung. Setahun belum tentu dapat pulangan. Saya terpaksa tutup kedai. Rasa nak terjun bangunan bila fikirkan RM700K yang telah dibelanjakan untuk set up restoran. Dengan keadaan sehelai sepinggang saya (dan kawan karib saya Yusof) bawak diri ke Johor Bahru. Maka bermula la episod perit hidup kami. Sewaktu berniaga restoran, memang stress. Jadual makan dan senaman saya tak teratur. Berat badan mencecah 120kg. Doktor diagnos saya borderline diabetes dan high risk untuk serangan jantung. Sudahlah sehelai sepinggang, kesihatan merosot, gemuk pulak tu. Keyakinan diri saya mula menurun. Saya rasa saya ni tak layak untuk berjaya. Hidup selepas gulung tikar amat perit. Duit tak cukup. Waktu tu saya bekerja sebagai tukang masak dengan gaji RM1500 untuk lebih kurang 10 jam sehari. Transformasi Hafez. Hebat bukan? Dulu gaji saya paling tinggi RM4K, maka tak kisah nak swipe kad kredit. Bahananya ialah, komitmen hutang saya besar sangat. Lebih separuh daripada gaji saya sebagai tukang masak di Johor Bahru. Saya menyewa sama-sama dengan Yusof. Taraf ekonomi kami memang menjunam. Makan bubur garam, catu makanan, menangis merenung siling sebelum tidur tu memang rutin setiap hari. Baju ada lubang-lubang halus, nak ganti tak ada duit. Seluar dalam pun tinggal satu sahaja. Itulah yang dibasuh setiap hari. Hanya Allah yang mengerti isi hati saya masa tu. Benda yang positif akibat drama sedih ni ialah, saya rasa lebih rapat dengan Allah. Saya mula rajin ke surau dan cuba untuk solat awal waktu. Dan saya percaya semua ni ada

WAHM Impian Semua Ibu

Assalamualaikum & Salam sejahtera ! Tadi petang, saya ke branch Shaklee KL, lokasinya di Taman Sri Rampai. Dulu rajin ke branch, sekarang dah kurang, sangat-sangat kurang. Pergi, beli vitamin untuk kegunaan sendiri saja. Tadi saya beli Lechitin saya yang dah habis juga Vivix & Advanced Joint Health untuk mak dan ayah di kampung. Vivix dah tinggal separuh botol kata ayah tadi ! Branch ni baru lagi, gantikan branch lama yang kecik. Sekarang branch lebih besar & cantik. Senang. Kerja pun lebih cepat! Branch baru, masa launch, Ribbon Cutting Ceremony Perasmian, potong kek dan giliran saya dijemput bagi ucapan sikit. eheh! Sebenarnya, tadi, masuk branch tetiba terharu tengok gambar anak Shaklee Surijunior terpampang sebagai Master Coordinator. Master Farhana, atau lebih glamer dengan nama FB Ummu Durrah. Beliau jatuh cinta pandang pertama dengan OmegaGuard. Kini, haaa bukan saja pengguna tegar, tapi juga penjana income hebat bersama Shaklee sebagai Master Coordinator Poster Master Noor Fahana di Shaklee 🙂 Apa yang anda perlu tahu dalam bisnes Shaklee, Bisnes yang lebih besar dan penting daripada berniaga adalah menjadikan anak anda berjaya sama hebat seperti anda atau lebih hebat dari anda. Inilah bisnes utama yang sangat penting dalam Shaklee.  We teach others to teach others to teach others…. We help others to help others to help others… We coach others to coach others to coach others… Master Ummu Durrah menyampaikan sharing Anda takkan berjaya dalam Shaklee selagi anda belum berjaya memberjayakan anak Shaklee anda. Inilah desakan dalam berbisnes Shaklee. Desakan yang menyebabkan kita berkeinginan kuat untuk membantu orang lain hidup hebat dan mungkin merubah kehidupannya 100% dengan Shaklee seperti kita. Master Ummu Durrah dahulunya seperti saya, bekerja office hour, kini, beliau juga seperti saya, mampu berhenti kerja dan menjaga anak-anak sendiri di rumah, seperti fulltime housewife yang lain, bezanya, beliau adalah surirumah dengan pendapatan 5-angka sebulan. Tak percaya? Percayalah. Shaklee online sangat hebat yang memungkinkan anda menjana berapa sahaja yang anda mahukan bersama-sama anak & suami di rumah. Fleksibiliti inilah yang menjerat saya untuk tidak dapat tidak, berusaha meraihnya, kerana WAHM adalah impian saya. Dan saya juga yakin dan percaya, WAHM adalah impian semua ibu di dunia. Jika dulu saya pergi bekerja dengan kereta ber air-cond, tapi terpaksa melepaskan anak pergi tadika dengan van sekolah, kini saya bebas menghantar dan mengambil anak dari sekolah & tadika. Malah kadang-kadang, berpimpin tangan hingga ke bilik darjah 🙂 Itulah, antara kebahagiaan apabila kita memilih untuk bekerja sendiri. Yang lebih bermakna dalam bisnes Shaklee ini adalah apabila kita juga dapat membantu anak-anak Shaklee kita juga menjadi fleksibel seperti kita. Kenapa memilih untuk terkurung, jika kita ada peluang terbang bebas, bukan?  Membina karier WAHM impian anda? PM saya atau wakil Shaklee kesayangan anda 🙂 Thanks for reading!

Shaklee National Conference 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ! Berkesinambungan dari entry yang lepas, Shaklee NC 2014 adalah yang pertama diadakan lebih dari sehari. Acara 2 hari ini terpaksa diadakan kerana jumlah penerima award yang meningkat terlalu ramai. Tak sempat nak bagi semua satu hari ! Istimewa dari itu,NC kali ini juga turut dihadiri oleh Mr Roger Barnet, CEO Shaklee Corporation, pemilik Shaklee la kiranya. Kenapa dia turun?sebab sales Shaklee Malaysia sangat memeranjatkan! Meningkat 300% ! Oh, ya! Kumpulan Jutawan, group kami menyumbang antara 60-70% sales Malaysia. Hebat kan? Sangattt 😀 NC kali ini, kami dinobatkan (nobat eh?), kami dianugerahkan, kami sekeluarga dianugerahkan sebagai Shaklee Master Coordinator, Alhamdulillah… setelah hampir 2 tahun, cita-cita memegang title Master Coordinator tercapai 🙂 Lebih istimewa dari itu, anak Shaklee Surijunior juga telah bergelar Master Coordinator, iaitu Master Nini Nisrin. Alhamdulillah… 🙂 NC kali ini Surijunior membawa lebih ramai wakil ke pentas, lebih ramai yang berjaya, lebih ramai yang maju, lebih ramai yang mendapat income selesa. Kegembiraan yang tidak terungkap, tidak tergambar dengan kata-kata. Apa pun, ianya adalah izin Allah swt, bukanlah semata-mata kerana usaha kami yang sedikit ini 🙂 Perarakan masuk para Master Coordinators. Red carpet ! Anak cucu Surijunior yang menerima awards 🙂 Gambar yang terpampang di screen pentas sewaktu anugerah Master Coordinator Warga Surijunior bersama PM Iffah Anuar & PM Firdhaus Zulkifli Sekeluarga menaiki pentas. Semua berhak diraikan 🙂 Master Farihah, Master Raja Abdul Mutalib & keluarga :-* Shaklee adalah bisnes keluarga, kerana itu, setiap dari kami diraikan. Sehingga sekarang, saya bersyukur ditemui dengan Shaklee, bisnes ideal untuk yang pentingkan keluarga. MLM seperti Shaklee, memiliki bisnes plan yang adil & menarik, sehingga anda boleh berjaya setanding dengan downline atau downline mengatasi anda.  Menyertai Shaklee bisnes adalah anda keputusan yang signifikan dalam hidup saya, kejayaan kita dalam Shaklee ditentukan oleh berapa ramai downline yang telah berjaya kita berjayakan. Bukannya personal sales atau headhunting, tetapi, sales group yang diutamakan. Shaklee memberi peluang untuk saya menyentuh ramai insan, membantu mereka mendapat kesihatan dan kehidupan yang lebih baik. Mendapat income lebih, mendapat masa yang lebih dengan keluarga. Jika anda seorang guru bergaji gred 41, income extra RM200 mungkin tidak begitu besar dirasai, tetapi, letakkan kaki anda di dalam kasut seorang kerani atau seorang tukang cuci, besarnya makna RM200 untuk mereka. Kerana itu, atas semangat itu, disebabkan tanggungjawab itu, perjuangan ekonomi dalam Shaklee amat besar ertinya. Saya ada downline dari pelbagai latarbelakang. suri rumah, guru, pegawai, pembantu am dan sebagainya. Malah, Surijunior juga mempunyai seorang leader yang dahulunya bekerja sebagai tukang cuci, kini telah selesa dengan income bulanan sekitar RM2,000. Kepuasan ini, saya tak mampu gambarkan. Bergelar Master Coordinator, bukanlah ertinya pada gelaran panggilan itu, tetapi yang lebih bererti daripada itu apabila kita dapat membantu lebih ramai untuk hidup lebih baik dari segi kewangan dan masa bersama keluarga. Perjuangan ini tidak akan pernah selesai kerana bagi saya, ini adalah tanggungjawab sosial yang wajar diteruskan selagi hayat dikandung badan. Salam kejayaan buat semua,  Semoga kejayaan kita di dunia, membawa kejayaan kita di akhirat juga  Salam kejayaan, Master Farihah 🙂

Shaklee National Conference sebagai acara pengiktirafan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ! Tiba-tiba hati terimbau kenangan National Conference Shaklee 🙂 Sebak pulak rasa. Ecewah. tetiba. haha. Eh, betul, sebak. NC 2014 diadakan di Sunway Pyramid selama 2 hari. Tahun-tahun lepas sehari saja, tahun ni 2 hari, ramai sangat yang dapat award nya ! Tahun 2012, saya terima 1 award. Masa tu, takde impian besar sangat dalam Shaklee. Cuma nak share dengan kawan-kawan, dan nak dapatkan sikit income extra. Eh, kalau RM2K, tak sikit la kan? Banyak la tu. Masa tu saya rank Senior Supervisor, pergi sorang-sorang ja NC, suami & anak-anak tak ikut. Takyahla kot, 1 award saja, kesian anak-anak bersesak-sesak. Tulah dalam fikiran saya pada masa tu. Nama dipanggil naik pentas, bangganya! Tak tau nak habaq. Rasa lama dah tak naik pentas lepas konvo tahun 2005. haha Kanan : Mr Victor Lim, Presiden Shaklee Malaysia Kiri : Bradford Richardson, Presiden  Shaklee International (Awat muka jadi lagu tu tak tau. haha) Semasa conference ni juga, saya banyak tersedar dari zon selesa. Saya lihat ramai yang berjaya, capai puluhan ribu income, ada yang datang dengan kakak, adik sekeluarga yang turut menerima award. Tapi, saya hanya terima award seorang diri. Belum ada downline yang saya bantu mendapat seperti apa yang saya nikmati. Masa ni juga saya berpeluang, duduk bersama Nanny Shaklee saya, PM Shareeza (Cery Mamafaiz) dan seorang lagi rakan Alin, sekarang dah Master Azlin.  Perbincangan mereka, kadang-kadang saya sampuk, minta penjelasan, masa tu Alin dah Coordinator. Suasana di NC & perbincangan itu menjadi turning point untuk saya keluar dari zon selesa. Shaklee bukan sekadar itu, bukan sekadar biasa-biasa, saya mampu membantu lebih ramai senang! Saya mampu membantu lebih ramai kaya, macam yang orang lain buat.  Rakan-rakan Kumpulan Jutawan yang hadir masa NC 2012. Masa ni, hanya PM Cery & PM Iffah sahaja Master Coordinator. Tapi sekarang, hanpir semua dalam gambar ni,  sudah bergelar Master Coordinator 🙂 Saya pulang dengan semangat baru, harapan baru, dan dimensi baru. NC tahun depan, saya tak akan datang seorang lagi, saya mesti bantu lebih ramai dapat apa yang saya dapat. Peluang pahala berganda! NC 2013, saya berjaya dengan misi tersebut. Alhamdulillah.. saya tidak bersendirian menerima award. Ramai downline saya juga berpeluang naik ke pentas dan menerima trophies. Kini, bukan saya sahaja yang menjana income 4-5 angka, malah, mereka juga. NC 2013, saya ke pentas dengan rank Key Coordinator 🙂 Key Coordinator dengan 7 awards 🙂 4 Master Coordinators bersama Mr Bradford Richardson, President Shaklee International Anak-anak cucu Surijunior yang hadir dan terima anugerah Ini saja yang sempat ditangkap, anak cucu lain tak sempat,  hilang dek kesesakan event. haha Sewaktu NC 2013 ini berlangsung, Surijunior telah menghasilkan berpuluh orang leaders dengan income 4 angka. Syukur alhamdulillah. Fokus & usahakan saja, jika niat kita baik, insyaAllah akan dibantu & dipermudahkan. NC 2014? Sehingga bertemu di entry seterusnya ya 🙂 Thanks for reading!