Tingkatkan Ilmu, asah kemahiran bersepadu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Bisnes yang baik adalah bisnes yang sentiasa berlandaskan ilmu pengetahuan. Itulah yang Shaklee Malaysia cuba budayakan untuk kami semua Shaklee Independent Distributor. Sabtu & Ahad lepas, bertempat di Sunway Hotel, kami mengikuti kelas Train The Trainer (TTT) untuk Nutrition. Kelas ini bertujuan mendedahkan dan mendalami ilmu nutrisi dan sistem tubuh manusia. Yang layak hadir adalah yang berpangkat Coordinator ke atas. Saya attend dah dulu, tapi tak dapat nak habiskan sebab sesi terakhir tu, mak saudara saya meninggal dunia, jadi tak dapat pi kelas. Itulah kan, ketentuan Allah. Jadi, saya hadir sekali lagi untuk kali ini di Sunway Hotel. “Buku Teks” Part 1:D Buku Teks Part 2. hehe. Ayaq Performance Drink Shaklee sponsor Masa kelas berlangsung. Nutritionist Kate sedang mengajar. Lama aih tak masuk kelas biologi. Memang best. haha. Best student dok depan pulak tu.kehkehkeh Ini dari Surijunior yang attend. Tiada dalam gambar, Ustaz Bakhtiar, masih makan agaknya. Dari kanan Reen & Suami, Kak Sue, Celine (Shaklee Product Training Manager), Aziyan & Dr Normi Oh, hat ni senaman otak. best jugak 😀 Kak Su dengan baby & anak-anak. Ini pemandangan biasa di Training Shaklee. Datang dengan anak2, berkelah comforter di belakang, tengah kelas anak menangis. Hebat kan, mak-mak super ni 🙂 Habis kelas selama 2 hari, kami kena jawab exam. Haa.. ketaq la jugak. haha. 80 soalan. Alhamdulillah.. dah lulus dah aihhh 😀 Ini peserta-peserta TTT yang ceria . Tak ramai tau, sebab selektif, bukan semua boleh hadir, hanya yang berpangkat Coordinator ke atas Dalam training ini, kami belajar pasal produk, pasal sistem tubuh manusia, penyakit-penyakit popular dan juga cara menyampaikan – macam public speaking la. Mudah-mudahan semua ilmu dapat menjadi ilmu yang bermanfaat dan kami dapat sampaikan kepada warga Shaklee di Empayar kami 🙂 Thanks for reading ! Menjadi sebahagian daripada kami? Tentu boleh 🙂 Salam sayang, Farihah Abu Kasim 019 228 2147 farihah.abukasim@gmail.com Hubungi 019 228
Shaklee Motivation Rally – Zon Tengah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🙂 Salam Aidiladha untuk yang beragama Islam, semoga penghayatan pengorbanan tersemat kuat dihati kita. Beraya bukan sekadar beraya, tapi lebih dari itu. Bagaimana kita boleh berkorban untuk Allah, dalam mencapai matlamat akhirat 🙂 Cakap pasal raya, Shaklee Malaysia telah menganjurkan Motivation Rally dan Raya Celebration. Kira kombo kot, Raya Aidilfitri & Raya Aidiladha, Penganjuran ini bagi meraikan hari raya, juga tujuan yang lebih besar, mengiktiraf, pencapaian leaders Shaklee di Zon Tengah. Awalnya, kehadiran dianggarkan 700 orang, entah macamana, sambutannya tiba-tiba kebabomm , menjadi 1300 orang lebih! Alhamdulillah, untuk Motivation Rally kali ini, saya bersama Master Hadhatina diundang sebagai guest speaker, siapkan slide sikit & cuba berkongsi sebaik yang mungkin untuk manfaat semua. Siapa saya? Klik di sini Perjalanan bisnes Shaklee Surijunior. Mendaki dari satu tangga ke satu tangga 🙂 Incentive Trip 5 bintang pertama tahun 2013 : Umrah 🙂 Klik di sini Incentive Trip kedua : US 🙂 Menerima award di pentas Shaklee US di Long Beach, California Bantu orang lain untuk kehidupan yang lebih baik Antara leaders Shaklee di Surijunior yang menikmati income bulanan 4 angka hingga ke 5 angka Family Day Surijunior Bantu merubah kesihatan & kewangan insan lain Antara yang berjaya dengan Shaklee di Surijunior, Encik Hafez, Sekarang lebih sihat kurus & mula menjana pendapatan 4-angka bulanan secara konsisten dengan Shaklee. Leader baru yang dihasilkan di Surijunior. Semangat untuk berkongsi kebaikan Shaklee sangat kuat pada diri beliau 🙂 Antara yang berjaya dengan Shaklee di Surijunior, Ummu Durrah, kulit bertukar dari seperti katak puru kepada licin & halus. Beliau juga pengamal tegar set menyusu Shaklee. Kini menjana income 5 angka, dan selangkah mencapai rank tertinggi Master Coordinator 🙂 Antara yang berjaya di Surijunior, Pija dari sangat gemuk kepada lebih langsing & hebat. Lebih cergas & bertenaga dengan Set Shape Up. Pija kini berkongsi kebaikan Shaklee dengan lebih ramai insan di luar. Tekad & kesungguhannya menjadikan dia sekarang bukan lagi dia yang dahulu. Alhamdulillah 🙂 Apa sahaja yang kita lakukan, mulakan dengan niat yang betul. Begitu juga dengan bisnes Shaklee, nita yang pertama adalah untuk membantu insan lain lebih sihat & senang. Apa yang berlaku kepada saya & empayar Surijunior, kejayaan yang kami kecapi kini adalah dengan izinNya melalui perkongsian tanpa henti & KONSISTEN upline Shaklee kami dahulu. Jika mereka lebih awal give up, pastinya kebaikan & kehebatan Shaklee tidak akan sampai kepada kami. Oh ya, ada seorang adik Shaklee yang record sharing saya (malu nak share sebenarnya. haha). Silakan untuk menonton, semoga mendapat manfaat dari sharing ini, insyaAllah 🙂 Video Part 1 : https://bit.ly/MasterFarihah1 Video Part 2 : https://bit.ly/MasterFarihah2 Terima kasih adik Mariani Md Isa atas videonya. Ntah bila laa nak aktif ber-youtube Surijunior ni, ntah! haha Untuk anda yang membaca post ini, jika anda ingin merubah kehidupan & mempunyai keazaman yang tinggi, memilih Shaklee sebagai bisnes, adalah pilihan yang tepat. Saya laluinya dan saya rasainya. Saya bukanlah anak seorang tokoh perniagaan, jauh sekali memiliki apa-apa latarbelakang perniagaan. Saya bermula hanya dengan berkongsi apa yang saya rasa setelah mencuba Shaklee. Fokus saya hanyalah Set Menyusu. Percaya atau tidak, selama saya berada dari rank Distributor sehingga ke Master Coordinator, hanya set tersebut yang menjadi fokus saya. Berkongsi dengan passion. Sayalah pengguna, sayalah duta set menyusu, saya jugalah testimoni set ini. Guna . Rasa . Kongsikan Lakukan sesuatu hari ini, yang telah mendaftar, kongsikan kebaikan Shaklee. Yang belum mendaftar, cubalah rasai kehebatan vitamin Shaklee dan selepas itu, kebaikannya perlu anda kongsikan dengan orang yang anda sayang. Thanks for reading !
Recycle & guna semula botol dan can suplemen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🙂 Saya pengguna Suplemen sejak lama dahulu, macam-macam brand saya cuba. Akhirnya, jatuh hati dengan Shaklee 🙂 Sehingga sekarang, saya pengguna tegar suplemen Shaklee. Satu keluarga, 6 orang makan, memang sekejap saja, habis. Terutamanya yang jenis minuman. Dulu-dulu, ada juga saya bekalkan bekas-bekas kosong ni pada customers, diorang mintak, sebab nak bahagikan suplemen kepada mak, mak saudara, ayah, kakak, abang dan lain-lain. Ada yang bajetnya sangat limited, gaji kecil, tapi kesedaran terhadap keperluan suplemen, sangat tinggi. Dia minta botol kosong, supaya dia boleh bahagikan untuk mak dia. Terharu pun ada, kadang-kadang bila fikir. Sayangkan mak, tapi duit tak cukup. Beli 1, bahagi 2 🙂 Boleh bahagi? boleh! sebab pil-pil Shaklee sangatlaaaa banyak. Murah pulak tu. Alfafa contohnya, harga tak sampai RM100, tapi dalam tu ada 770 biji. Banyak kan?Jadi boleh kongsi dengan orang tersayang. Baik, ni kisah customers. Masih lagi ada botol-botol kosong yang terbiar di rumah, banyakkk. Jika anda pengamal Suplemen, anda pun mesti ada situasi macam saya kan? Saya lontarkan pertanyaan di Facebook, apa nak buat dengan botol-botol kosong ni? Terkejut ! Respon dari kawan-kawan sangat la kreatif, ternganga kejap bila baca. haha. Jom kita tengok apa diorang cadangkan 🙂 1. Simpan rempah-ratus 2. Letak daun bawang yang ada akar tu, untuk dimasak masa akan datang 3. Simpan syiling ikut kategori. 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen 4. Tabung duit 5. Simpan barang-barang sekolah anak / barang-barang kecil – eraser 1 botol, sharpener 1 botol, stickers, sepit rambut, getah ikat rambut, paper clips, mata pensel, bullet Ni Nita Zainal buat simpan barang-barang sekolah anak dia 6. Tanam pokok. Tebuk di bawah untuk aliran air keluar Ihsan gambar : Syafriena Ajish 7. Bekas stationaries. Letakkan botol-botol kecil yang dipotong di dalam, supaya ada compartment. Takla tersenget-senget kalau ada pensil kontot kan Pandai kan? Gambar Nita Zainal lagi 🙂 Inspirasi dari Puan Zaiton, Fuhhhh 8. Letak benang & alatan jahitan. Ni idea tukang jahit tersohor penang, Puan Sha’Irnie 9. Kitchen & Toilet Tissue Roll. 10. Bekas di dapur untuk – Susu, Gula, Teh, Kopi, Keropok, Kerepek, Kuih 😀 Tapi pastikan berlabel, sebab bekas ni opaque, kang jenuh buka semua nak cari Gambar ihsan : D’Nur Iman Bekas kuih raya ! hehe oleh Diyana Hebat kan? Sebab tu kena selalu share & bertanya. Malu bertanya, sesat jalan. ehehe. Saya abis terer pun, buat bekas makanan & bekas pensel ja la. tapi tak sekreatif idea diorang ni. Hebat sangat. Banyak sangat, selalunya saya bagi pada makcik yang selalu dok kutip tin, botol kosong tu, dapat jugak dia extra income Terima kasih semua, semoga ilmu ini menjadi ilmu bermanfaat untuk pahala berpanjangan. Jom semua, jangan buang bekas kosong di rumah, anda. Recycle. Sayangi alam sekitar, jimat duit, jana kreativiti. Kalau kumpul dari tahun 2011, mula guna Shaklee, agaknya boleh jadi perahu penyelamat banjir gini kot? 😛 Gambar dari : Muhammad Nizam Yusof Thanks for reading !
Shaklee National Conference 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ! Berkesinambungan dari entry yang lepas, Shaklee NC 2014 adalah yang pertama diadakan lebih dari sehari. Acara 2 hari ini terpaksa diadakan kerana jumlah penerima award yang meningkat terlalu ramai. Tak sempat nak bagi semua satu hari ! Istimewa dari itu,NC kali ini juga turut dihadiri oleh Mr Roger Barnet, CEO Shaklee Corporation, pemilik Shaklee la kiranya. Kenapa dia turun?sebab sales Shaklee Malaysia sangat memeranjatkan! Meningkat 300% ! Oh, ya! Kumpulan Jutawan, group kami menyumbang antara 60-70% sales Malaysia. Hebat kan? Sangattt 😀 NC kali ini, kami dinobatkan (nobat eh?), kami dianugerahkan, kami sekeluarga dianugerahkan sebagai Shaklee Master Coordinator, Alhamdulillah… setelah hampir 2 tahun, cita-cita memegang title Master Coordinator tercapai 🙂 Lebih istimewa dari itu, anak Shaklee Surijunior juga telah bergelar Master Coordinator, iaitu Master Nini Nisrin. Alhamdulillah… 🙂 NC kali ini Surijunior membawa lebih ramai wakil ke pentas, lebih ramai yang berjaya, lebih ramai yang maju, lebih ramai yang mendapat income selesa. Kegembiraan yang tidak terungkap, tidak tergambar dengan kata-kata. Apa pun, ianya adalah izin Allah swt, bukanlah semata-mata kerana usaha kami yang sedikit ini 🙂 Perarakan masuk para Master Coordinators. Red carpet ! Anak cucu Surijunior yang menerima awards 🙂 Gambar yang terpampang di screen pentas sewaktu anugerah Master Coordinator Warga Surijunior bersama PM Iffah Anuar & PM Firdhaus Zulkifli Sekeluarga menaiki pentas. Semua berhak diraikan 🙂 Master Farihah, Master Raja Abdul Mutalib & keluarga :-* Shaklee adalah bisnes keluarga, kerana itu, setiap dari kami diraikan. Sehingga sekarang, saya bersyukur ditemui dengan Shaklee, bisnes ideal untuk yang pentingkan keluarga. MLM seperti Shaklee, memiliki bisnes plan yang adil & menarik, sehingga anda boleh berjaya setanding dengan downline atau downline mengatasi anda. Menyertai Shaklee bisnes adalah anda keputusan yang signifikan dalam hidup saya, kejayaan kita dalam Shaklee ditentukan oleh berapa ramai downline yang telah berjaya kita berjayakan. Bukannya personal sales atau headhunting, tetapi, sales group yang diutamakan. Shaklee memberi peluang untuk saya menyentuh ramai insan, membantu mereka mendapat kesihatan dan kehidupan yang lebih baik. Mendapat income lebih, mendapat masa yang lebih dengan keluarga. Jika anda seorang guru bergaji gred 41, income extra RM200 mungkin tidak begitu besar dirasai, tetapi, letakkan kaki anda di dalam kasut seorang kerani atau seorang tukang cuci, besarnya makna RM200 untuk mereka. Kerana itu, atas semangat itu, disebabkan tanggungjawab itu, perjuangan ekonomi dalam Shaklee amat besar ertinya. Saya ada downline dari pelbagai latarbelakang. suri rumah, guru, pegawai, pembantu am dan sebagainya. Malah, Surijunior juga mempunyai seorang leader yang dahulunya bekerja sebagai tukang cuci, kini telah selesa dengan income bulanan sekitar RM2,000. Kepuasan ini, saya tak mampu gambarkan. Bergelar Master Coordinator, bukanlah ertinya pada gelaran panggilan itu, tetapi yang lebih bererti daripada itu apabila kita dapat membantu lebih ramai untuk hidup lebih baik dari segi kewangan dan masa bersama keluarga. Perjuangan ini tidak akan pernah selesai kerana bagi saya, ini adalah tanggungjawab sosial yang wajar diteruskan selagi hayat dikandung badan. Salam kejayaan buat semua, Semoga kejayaan kita di dunia, membawa kejayaan kita di akhirat juga Salam kejayaan, Master Farihah 🙂
Shaklee National Conference sebagai acara pengiktirafan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ! Tiba-tiba hati terimbau kenangan National Conference Shaklee 🙂 Sebak pulak rasa. Ecewah. tetiba. haha. Eh, betul, sebak. NC 2014 diadakan di Sunway Pyramid selama 2 hari. Tahun-tahun lepas sehari saja, tahun ni 2 hari, ramai sangat yang dapat award nya ! Tahun 2012, saya terima 1 award. Masa tu, takde impian besar sangat dalam Shaklee. Cuma nak share dengan kawan-kawan, dan nak dapatkan sikit income extra. Eh, kalau RM2K, tak sikit la kan? Banyak la tu. Masa tu saya rank Senior Supervisor, pergi sorang-sorang ja NC, suami & anak-anak tak ikut. Takyahla kot, 1 award saja, kesian anak-anak bersesak-sesak. Tulah dalam fikiran saya pada masa tu. Nama dipanggil naik pentas, bangganya! Tak tau nak habaq. Rasa lama dah tak naik pentas lepas konvo tahun 2005. haha Kanan : Mr Victor Lim, Presiden Shaklee Malaysia Kiri : Bradford Richardson, Presiden Shaklee International (Awat muka jadi lagu tu tak tau. haha) Semasa conference ni juga, saya banyak tersedar dari zon selesa. Saya lihat ramai yang berjaya, capai puluhan ribu income, ada yang datang dengan kakak, adik sekeluarga yang turut menerima award. Tapi, saya hanya terima award seorang diri. Belum ada downline yang saya bantu mendapat seperti apa yang saya nikmati. Masa ni juga saya berpeluang, duduk bersama Nanny Shaklee saya, PM Shareeza (Cery Mamafaiz) dan seorang lagi rakan Alin, sekarang dah Master Azlin. Perbincangan mereka, kadang-kadang saya sampuk, minta penjelasan, masa tu Alin dah Coordinator. Suasana di NC & perbincangan itu menjadi turning point untuk saya keluar dari zon selesa. Shaklee bukan sekadar itu, bukan sekadar biasa-biasa, saya mampu membantu lebih ramai senang! Saya mampu membantu lebih ramai kaya, macam yang orang lain buat. Rakan-rakan Kumpulan Jutawan yang hadir masa NC 2012. Masa ni, hanya PM Cery & PM Iffah sahaja Master Coordinator. Tapi sekarang, hanpir semua dalam gambar ni, sudah bergelar Master Coordinator 🙂 Saya pulang dengan semangat baru, harapan baru, dan dimensi baru. NC tahun depan, saya tak akan datang seorang lagi, saya mesti bantu lebih ramai dapat apa yang saya dapat. Peluang pahala berganda! NC 2013, saya berjaya dengan misi tersebut. Alhamdulillah.. saya tidak bersendirian menerima award. Ramai downline saya juga berpeluang naik ke pentas dan menerima trophies. Kini, bukan saya sahaja yang menjana income 4-5 angka, malah, mereka juga. NC 2013, saya ke pentas dengan rank Key Coordinator 🙂 Key Coordinator dengan 7 awards 🙂 4 Master Coordinators bersama Mr Bradford Richardson, President Shaklee International Anak-anak cucu Surijunior yang hadir dan terima anugerah Ini saja yang sempat ditangkap, anak cucu lain tak sempat, hilang dek kesesakan event. haha Sewaktu NC 2013 ini berlangsung, Surijunior telah menghasilkan berpuluh orang leaders dengan income 4 angka. Syukur alhamdulillah. Fokus & usahakan saja, jika niat kita baik, insyaAllah akan dibantu & dipermudahkan. NC 2014? Sehingga bertemu di entry seterusnya ya 🙂 Thanks for reading!
Kami yang diraikan : Part 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Bercakap tentang bisnes Shaklee, puncaknya semestinyalah Master Coordinator. Kami meraihnya setelah bertungkus-lumus dan berpenat jerih berusaha. Kenapa perlu mencapai tahap ini? Bagi saya rank Master Coordinator adalah indikator bahawa kita telah luas berkongsi. Luas bukan bermaksud, kita perlu berhenti kerana cukup luas berkongsi. Tidak. Ianya adalah satu indikator yang Shaklee tetapkan sahaja. Perkongsian kita tidak pernah habis dan kita tidak sepatutnya puas membantu orang lain untuk berjaya. Apa yang perlu untuk mencapai tahap Master Coordinator? Seseorang itu perlu membantu sekurang-kurangnya 15 orang anak Shaklee nya mencapai rank Supervisor. Kita bantu sehingga mereka mencapai rank ini dan ini maksudnya mereka telah mencapai income bulanan 4 angka, antara RM2,000 hingga RM3,000. Lebih pun ada. MashaAllah. Ini minimum, seseorang Master Coordinator mungkin menghasilkan lebih dari itu, lebih dari 15 orang supervisor dari rangkaian anak-anak Shakleenya. Di Surijunior, bukan 15, tapi lebih dari itu 🙂 Seterusnya, Shaklee Malaysia akan memperuntukkan sejumlah wang untuk meraikan kita di mana-mana hotel pilihan kita. Pilih hotel, pilih menu, pilih berapa audience, Shaklee uruskan semuanya. Best ka syok? ehehehe. Kami memilih untuk meraikan majlis ini di Putrajaya Marriott Hotel. Hotel yang cantik & selesa. Sepanjang di sana juga, penginapan kami di taja oleh Shaklee. Entrance dewan. Kiri dan kanan ada meja untuk pendaftaran & collect cenderahati dari Shaklee Malaysia Ada backdrop mini kiri & kanan entrance, Boleh ambil gambar kenang-kenangan di situ Perkarangan luar dewan Grand Entrance lagi Mendaftar beramai-ramai 😀 Err.. Puan Natrah buat apa situ? ;D Cenderahati 🙂 Menjamu selera seblum majlis bermula Depa kata makanan sedappp.. Marriott memang terkenal dengan kesedapannya. hahaha Hall di sebelah dikhaskan untuk jamuan makan. Alhamdulillah, besar dan selesa Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah. Seronok tengok. Saya tak berkesempatan untuk makan. Jenuh tangkap gambaq di luar.haha Selesai makan, majlis bermula dengan perarakan masuk para Masters yang hadir, di akhiri dengan perarakan masuk kami yang diraikan. Antara Masters yang hadir, Terima kasih banyak-banyak atas kesudian datang & memeriahkan Masters Nurul Nadiah & suami. Bersama-sama anak-anak dalam stroller. Dulu di Miri, sekarang di Bangi. Surirumah berijazah, sekarang, suaminya turut sama full time dalam Shaklee 🙂 Master Nur Zahirah & suami. Juga dua2 dah fulltime berShaklee. Bekas staff Petronas. Kini di Dungun 🙂 Master Rabihah & suami dari Johor. Antara Master Coordi baru dalam Shaklee. Muda-muda lagi dah Master. Best tu 🙂 Master Sue & suami. Sue yang ceria, perjumpaan dengannya akan diisi dengan ketawa & bercakap dalam kadar 10 nisbah 1 Master Haji Roslan, antara Pioneer Shaklee di Malaysia. Banyak tunjuk ajar beliau kepada saya dalam Shaklee 🙂 Mama & Papa Shaklee saya yang comel & semangatnya tidak tidak pernah rendah. Master Iffah Anuar & Master Firdhaus. Master Azlin & suami. Bersama anak-anak kecil yang ceria. Beliau adalah pencetus cabaran saya berlari lebih laju. Perjumpaan pertama dengan alin semasa saya di rank Senior Supervisor. Kini kami adalah rakan masters 🙂 Master Farah Wahida & suami. Staf IJN yang terpaksa berhenti kerja kerana Shaklee biz. eheheha Master Fazliana dan suami. Dari Melaka ke Marriott bersama anak-anak yang ceria 🙂 Master Freddie, pioneer Shaklee di Malaysia Master Lyana Mansor & suami. Sarat mengandung, ditemani anak-anak ceria, dari Johor ke Marriott 🙂 Master Ani Ahmad, dari Terengganu, Ani balik sampai dari umrah. Berseri-seri wajah, balk dari rumah Allah Master Farizan @ Cik Jan juga dari Terengganu. Merahnya makngah ! Master Izati dari Penang. Kembar Master saya ni. Kami naik Master pada bulan yang sama 🙂 Master Puteri bersama puteri kecilnya, Aliyah 🙂 Master Ruziah & suami, dari Melaka. Kak G adalah rakan lumba saya dari dulu. Kami kini rakan Masters 🙂 Master Wan Fatihanum & suami. Rakan umrah kami bersama Shaklee 🙂 Terima kasih untuk rakan Masters yang hadir. Kalian adalah sumber inspirasi saya sejak dahulu. Setiap kejayaan kalian adalah cabaran untuk saya lebih maju. Terima kasih untuk ilmu & pengalaman yang kita kongsikan. Hebat ! .. bersambung 🙂 Sayang sayang, farihah | surijunior@yahoo.com
Masters Farihah & Raja Abdul Mutalib : Majalah Shaklee Today Volume 4 / 2013

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memiliki segala kekayaan di langit dan bumi juga yang mengizinkan sebuah kejayaan Kunci utama kejayaan adalah percaya kepada diri sendiri. Menafikan potensi diri adalah kesilapan besar yang dilakukan oleh seseorang individu. Apabila seluruh pancaindera difokuskan hanya untuk menghitung kelemahan diri, tiada lain yang akan terhasil melainkan kegagalan dan putus asa. Bangkit setelah rebah, bangun sesudah jatuh atau berhempas pulas untuk konsisten dengan kejayaan adalah kehebatan yang mungkin kita sangkakan hanyalah rekod peribadi, tetapi sebenarnya memberikan impak besar kepada dunia. Shaklee membantu kami mencapai tahap kesihatan terbaik untuk keluarga dan ramai insan lain. Seterusnya, berkat perkongsian ini, dunia MLM Shaklee kami menjadi lebih bermakna, apabila kami diberi peluang untuk membantu lebih ramai mengubah taraf kehidupan ke arah yang lebih baik. Hanya terlalu sedikit yang kami bantu, selebihnya adalah usaha mereka beserta keizinan Allah. Setinggi-tinggi penghargaan buat ibu bapa, keluarga, guru-guru Shaklee, warga Surijunior, sahabat-sahabat seperjuangan dan semua yang memberikan dorongan, cabaran serta sokongan. Tidak tergambar ucapan terima kasih kami untuk menghargai setiap ruang & peluang yang dikongsikan. Pastinya, kalian sentiasa dalam doa kami. Buat warga Surijunior, Kita telah tempuhi penat jerih bersama, walau kerapnya di alam maya. Kita akan teruskan bersama mengharungi segalanya sehingga ke puncak jaya. Kesungguhan & ketabahan kalian adalah inspirasi kami, yang menolak kami sehingga ke tahap ini. Kita akan teruskan dengan usaha dan doa sehingga ke akhirnya kerana keyakinan kita dengan janjiNya “Berdoalah kepadaKu, nescaya Kuperkenankan” Salam sayang & Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah Thanks for reading !
Magic Aura Jutawan Melaka

Assalamulaikum & Salam Sejahtera Program Magic Aura sememangnya mempunyai aura tersendiri. Hampir setiap bulan, ianya berlangsung dengan inisiatif warga Jutawan dan semuanya berjalan dengan baik. Siapa yang pernah menghadiri Magic Aura, pastinya tidak dapat menafikan bahangnya. Julung-julung kalinya dianjurkan di Melaka, seramai 12 daripada 24 orang Master Coordinators turun padang berkongsi pengalaman & tips bersama aura tanpa batasan. Hmm.. takyah banyak cerita la, jom layan gambar ;D Poster Program dari Puan Director, Master Ruziah Amin. 12 Masters yang hadir tapi di saat-saat akhir, Master Wan Fatihanum tak dapat hadir, kerana suami beliau warded. Sekarang dah sehat dah.. alhamdulillah 🙂 Poster berhantu ini telah menarik lebih kurang 400 orang atau lebih untuk hadir. Mak ooii ! ramainya. Auranya? takyah la nak cakap kan? Hmm.. 400 orang lebih peserta. Bukan orang Melaka sahaja, yang jauh-jauh pun sanggup datang untuk mengutip ilmu. Yelah, siapa taknak jadi Master kan? 🙂 Ni salah satu contoh, cucu Shaklee saya dari Kuantan nunnn datang ke Melaka. Melopong saya pada mulanya, mak aii.. semangatnya, tapi itulah hakikatnya, tiada yang dapat menahan kemahuan untuk menyedut aura Magic Aura. Dengan anak-anak kecil, sanggup Puan Zaimah meredah untuk datang 🙂 Ni bahagian belakang dewan, ruang yang sama, di peruntukkan ruang untuk kanak-kanak bermain, tetapi dengan pengawasan. Semasa pendaftaran di berikan pensel warna & kertas untuk mereka beraktiviti. Tergolek-golek la bermain & mewarna kat belakang ni. Bisnes no 1, keluarga bukan no 2. Pernah lihat suasana sebegini dimana-mana? 🙂 Awal-awal datang, saya booked port dekat dengan electrical point. hehe. Bawa 1 extension cable, jadi berkampung di situ. Ahmad di bawah, Asyrat diikat kemas di stroller. Hmm.. terpaksa, sebab suami saya ada program di sekolah, jadi untuk kawal anak-anak ni, memang pengsan tanpa bantuan Tablet & stroller. Misi berjaya, mereka behave hingga ke akhir garisan. haha Perkongsian dari Master Lyana Mansor (Johor), Bagaimana sikap FOKUS sangat penting untuk membina bisnes & mengekalkan momentun perniagaan. Suara lantang Master Lyana memang memukau audience. Saya pun kadang-kadang hilang fokus, kalau tak kena gaya. Perkongsian Lyana sangat berguna untuk yang baru juga yang lama. Belakang tu anak Lyana, join mak dia sekali. Ni pemandangan biasa di majlis kani. haha. Lyana yang sedang mengandung anak ke 5, datang dari JB, khusus untuk program ni. Tabik! Master Hafsah dari KL, sambil datang Magic Aura, bawa sekali keluarga bercuti di Melaka, bandaraya bersejarah 🙂 Hafsah bercerita tentang “House of Inspiration” yang dipecahkan kepada 6 elemen iaitu Faith in Allah, Mindset & Attitude, Master the Game, Sales, Leadership & Dreams. Great job done, Hafsah ! 🙂 Kami ada juga forum kaum Adam. Dahulunya biasa-biasa, tetapi sekarang, support perniagaan isteri 200%. 2 daripada mereka telah terpaksa berhenti kerja akibat bisnes Shaklee yang luar biasa 🙂 Pengerusi forum adalah Master Firdhaus (paling kanan). Ahli panel dari kiri > Master Aznin (tengah dukung anak. hehe), Encik Salleh & Ustaz Mohd Taufiq. Gamat dewan di buatnya. Sekejap menjerit, sekejap ketawa, Sekejap terkejut. Erkkk ! Antara perkongsiannya ialah kenapa mereka sangat-sangat yakin dengan Syarikat Shaklee, Apakah masa depan Shaklee & bagaimana suami perlu menyokong isteri. Tahniah kaum Adam. Kehadiran anda memberikan impak luar biasa. Berdua sentiasa lebih baik 🙂 Tidak kurang meriahnya, Forum Kaum Hawa, Moderatornya adalah Master Iffah (berdiri) dan Master Ruziah (duduk paling kanan). Ahli panel terdiri dari Puan Ainul Shahrazat, Nor Farizan & Cikgu Siti Nur Atfina. Pelbagai soalan dibincangkan. Masing-masing berkongsi pengalaman bermula & mengembangkan bisnes dengan pelbagai cabaran. Sekarang, mereka mengorak langkah lebih jauh. Alhamdulillah 🙂 Perkongsian dari Master Azlin bagaimana mengatasi rasa TAKUT. Takut nak mula, takut orang ejek, takut rugi, takut tak jadi. Semua jenis takutlah! Cemana nak maju kalau asyik takut?? Haaa.. tips Alin memang membantu. Best ! 🙂 Haaa.. masa Master Azlin tengah sharing, Master Puteri tolong pegangkan baby. Ehehe comel sangat dua-duanya! ;D Perkongsian dari Master Puteri. Bagaimana membina bisnes yang mantap & menjadi individu berdayasaing. Kelab 5 pagi? anda mampu? Elemen-elemen yang perlu dalam pembinaan antaranya ialah Energy, Discipline, Faith, Mind, Commitment, Confidence. Hmm memang best. Sangatttt Ni Master Farah Wahida. Kecik-kecik cili padi. hehe. Beliau berkongsi cara pemasaran menggunakan 5 elemen lampu ajaib. Hmm.. kalau master 5 lampu ni, larissss.. Gambar masa bercakap tak sempat ambil. Masa tu tengak sibuk set up work station anak-anak. haha Ini pula Master Fazliana. Salah seorang orang kuat Magic Aura kali ni. Beliau adalah presenter pertama, ceritakan pengalamannya meniti tangga menuju master. Tak payah, cuma perlu berani & penuh sabar 🙂 Pun tak sempat snap gambar masa bagi speech. Bersilat dengan anak-anak. hihu Ini Master Suraya, speaker yang penuh dengan keyakinan, memukau setiap mata yang mendengar. Sue cerita bagaimana kekuatan diri menjadikan dirinya Master Coordinator. Pengalaman memulakan bisnes Shaklee semasa beliau ditimpa kecederaan, tidak pernah menghalangnya berjaya. Percaya tak? kena percaya ok, ni kisah benar. haha. Ramai juga Master yang hadir. Ramai yang boleh jadi Master. Mudah ke nak jadi Master? Haa.. tak payah aih.. kalau kena gayanya 🙂 Pembentangan dari saya, tips emas, Mudahnya mencapai Master Coordinator. Auummm !!! Slide 1 : Nampak macam mudah? ahahaha. Kalau ada kegigihan, impian tidak mustahil untuk dilaksanakan 🙂 Kehebatan berbisnes dengan Shaklee, kita boleh tentukan berapa bonus bulanan yang kita nak. Haaa.. Amacam? betul ke? Memangla betul, ramai yang dah buktikan. Tapi, selepas usaha yang KONSISTEN. Bukan sehari atau seminggu, tapi konsisten selama-lamanya. Komitmen mesti ada, tanpa komitmen, apa pun tak boleh….. Baik, acara diteruskan dengan amnat terakhir dari barisan para Masters Saya sedang memberikan pesanan terakhir, dengan-dengan telepon terangkat. amboiii. haha Acara di akhiri dengan sesi memotong kek oleh para Master Coordinators. dan lepas tu makan ramai-ramai. Sedap mak aiii.. tak terkata ! Dari kanan : Master Puteri, Master Azlin, Master Ruziah, Master Suraya, Master Farah, Master Iffah, saya, Master Suzie, Master Fazliana & Master Hafsah. Sebelum potong kek, semua ramai-ramai nyanyikan lagu Allah selamatkan kamu sempena hari lahir saya. sob, sob, terima kasih semua. Cemana ntah boleh sama tarikh dengan Magic Aura. haha Tiada dalam gambar ialah Master Lyana, Presidential Master Shareeza & Master Wan Fatihanum. Mereka terpaksa pulang atas urusan penting. Eh.. ada lagi gambar Bersama PM Cery Mamafaiz, selepas beri amanat, beliau terpaksa pulang. Dua
Appreciation Hi Tea for Jutawan Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 07072013 melakar sejarah apabila Kumpulan Jutawan Shaklee kami mengadakan perjumpaan besar-besaran. Ianya adalah tajaan Faizland Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Master Shareeza (Nenek Shaklee saya). Anjuran ini adalah bagi menghargai dan meraikan kejayaan para Shaklee Independent Distributor (SID) yang telah mencatatkan rekod cemerlang pada Business Cycle 2012/2013. Alhamdulillah Berlangsung di hotel ternama, Palace of Golden Horses, majlis gilang-gemilang ini dihadiri oleh lebih kurang 600 SID, kurang 10% dari jumlah sebenar ahli jutawan kami. Majlis Hi-Tea ini dimulakan dengan perarakan masuk para Coordinator sehingga Master Coordinator dan seterusnya ucapan perkongsian pengalaman daripada para Master Coordinator. Penuh dengan aura positif. Jom layan gambar =) Anak-anak saya turut membantu menyusun cenderahati Kami menyiapkan goodie bags. Macam rewang la pulak ;D Start makan sebelum majlis bermula Hidangan ringan Hi Tea yang sedap =) Amirah & Anisah bersama Presidential Master Shareeza, berlatarbelakangkan stage penuh auraaa 😀 Kek bertemakan “Fairy Tales” kami. Sesungguhnya kejayaan ini bermula dari impian luar biasa setiap dari kami. Ucapan dari PM Cery Mamafaiz. Penuh dengan inspirasi & aspirasi =) Sharing dari saya, sedikit sebanyak dari diri yang tidak seberapa 🙂 Sesudah sesi sharing dari semua Masters, kami beralih kepada acara memotong kek fairy tales kami. Dari kanan Master Izati, Senior Key Coordinator Azlin, Master Nur Laila, Master Cery, Master Iffah, Master Zura, Saya, Master Farah, Master Hadhatina. Semua rakan Masters yang memberi inspirasi kepada saya sehingga sampai ke tahap ini 🙂 Sebahagian dari yang hadir. Terima kasih sahabat-sahabat jutawan. Dengan izin Allah, impian kita PASTI menjadi nyata. Jom jangan pernah berhenti memberi 🙂 Sungguh, saya terharu dipertemukan dengan kumpulan Jutawan. Apa yang saya capai dan lalui kini tidak pernah saya terfikir suatu waktu dahulu. InsyaAllah, semoga Allah terus memberi kekuatan untuk saya terus menyentuh kehidupan insan lain ke arah kesihatan & kewangan yang lebih baik =) Untuk akhirnya, saya jemput semua pembaca untuk menyaksikan montage yang di hasilkan khas untuk Majlis Hi-Tea Jutawan. Selamat menonton. Semoga bermakna Thanks for reading!
Shaklee tawar pendapatan lumayan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Menjana pendapatan dengan Shaklee tidaklah sesukar yang disangka. Ia cuma perlukan kegigihan dan komitmen untuk berkongsi. Walaupun tak sukar, tapi teknik dan cara yang silap boleh menyebabkan ianya dirasakan sukar & mustahil. Amboii cakap… senangnya… haha.. Ya, itu adalah pandangan peribadi. Saya laluinya sejak hujung 2011, dan sekarang telah mencapai rank tertinggi Master Coordinator. Betul, jika kena caranya, sesiapa juga boleh berjaya. Awlnya >> “work very hard & smart”, dan sekarang cuma perlu “work smart”. The smartest that you can! Rezeki dalam Shaklee seperti apa yang kami perolehi adalah anugerah dari Allah. Mungkin dari doa orang-orang tersayang, anak-anak didik Shaklee juga customers yang sungguh setia. Ianya tidak mungkin berlaku tanpa izin Allah. Namun, apa sahaja ketentuanNya perlukan sebab bukan? Kerja keras, usaha & doa kita adalah penyebabnya. Bacaan online : Utusan Malaysia Bagi anda yang mencari-cari sumber untuk menjana side income, kami mengalu-alukan kehadiran anda di keluarga Surijunior. Modal? Dalam paper ni cakap RM600. betul. Tapi, kami boleh tunjukkan cara untuk anda memulakannya dengan modal RM65 atau hanya RM0. Sungguh! Ini FAKTA, bukan auta. haha. Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson bersama kami semasa Master Coordinator Parade di Shaklee National Conference Ok, sampai di sini 🙂 Thanks for reading!