ESP MEMBANTU MENGEKALKAN PARAS GULA STABIL DARAH

3 tahun yang lalu, saya berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan sepupu Saya, Puan Natrah. Suatu hari, awal pagi, saya terima gambar ni di WhatsApp ; Puan Natrah, yang sejak awal tahun 2013 mencuba Shaklee beri feedback yang sungguh positif. Produk pertama yang beliau cuba ialah alfafa, katanya, masalah gastriknya selesai dengan Alfafa Shaklee. Alhamdulillah… Semasa gambar ini dihantar, beliau mengandung anak ke 2, setelah konsisten mengamalkan ESP, beliau mendapati paras gulanya stabil di paras 5.5mmol/l. Sebelum ni lebih dari 6 mmol/l, pernah juga hingga 8.8mmol/liter. Menurut Puan Natrah, masa anak sulung dulu, beliau dipantau rapi oleh doktor, kena warded disebabkan masalah ni. Tambahan pula, memang ada keturunan diabetes. Alhamdulillah.. sekarang beliau happy dengan ESP yang telah menyelesaikan masalahnya sejak sekian lama, dengan izin Allah 🙂 Jadi, bagaimana ESP membantu menstabilkan dan mengawal paras gula dalam darah? ESP memiliki Indeks Glisemik (GI) kurang dari 55, iaitu GI rendah. Kenapa makanan GI rendah lebih baik? GI menetapkan tahap karbohidrat berdasarkan kesannya terhadap paras gula dalam darah. GI yang tinggi adalah dari makanan yang melepaskan karbohidrat yang tinggi sekaligus , seterusnya menyebabkan tahap gula dalam darah tinggi. Manakala makanan dengan tahap GI yang rendah melepaskan gula ke dalam darah secara perlahan. Mengekalkan tahap gula dalam darah yang rendah, penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan jangka masa panjang. ESP memberikan kestabilan terhadap paras gula dalam darah Jadi bagi anda yang mementingkan kesihatan, ESP adalah pilihan terbaik. Memang ESP ni hot product Shaklee. Jenuh melayan order 😀 Oh ya, saya juga bekalkan ESP untuk mak dan ayah. Mak akan shake ESP selepas maghrib, katanya selesa perut, tak lapar. Untuk ayah, ya. memang perlu sebab ayah cepat lapar, ESP mengelakkan ayah makan malam. Gula terkawal, perut pon tak lapar. Apakah yang membezakan Shaklee ESP?? Ha.. kena baca ni >> Checklist Soya yang Selamat. Jangan ambil sebarang produk soya ya.. pastikan ianya selamat & menepati ciri 🙂 Oh ya, Puan Natrah yang jatuh cinta dengan ESP, dan Alfalfa sejak 2013 kini telah menjadikan Bisnes Shaklee sebagai kerjayanya. Konsisten dengan income 4 angka setiap bulan, beliau terus-terusan mengembangkan perniagaan onlinenya hanya dari rumah. Beliau ada pengalaman luas dalam bisnes. Sebelum ini, Natrah pernah : ~Menjadi pembantu taska ~Ejen Takaful (Etiqa) ~Editor buku ~Jual popia simpul homemade. Buat sendiri start dari sambal sampai packing. Dan jual 😷😷 ~Jual keronsang/pinkayu yg import dari Indonesia. Berhubung dengan pembuat keronsang kat sana. Harga murah. Tapi bila campur kos pos, udah ngak murah dong. ~Jual buku agama. ~Dropship baju n jubah. Macam2 kan beliau pernah buat? Semuanya semata2 nak menjayakan hasrat murninya iaitu, berada di RUMAH, jaga anak sendiri. Akhirnya, setelah melihat potensi bisnes Shaklee, beliau nekad untuk FOKUS hanya pada Shaklee. Anda yang berminat untuk mencuba Shaklee atau mengubah kehidupan dengan Shaklee, boleh hubungi beliau di FB atau hubungi 011-27016822 (COD di Bandar Baru Bangi, Bangsar juga perkhidmatan courier ke destinasi anda) Semoga beliau dapat menyebarkan kebaikan Shaklee kepada lebih ramai insan 🙂 Gambar suatu ketika dahulu, Encik Ahmad Nasih, buah hati Puan Natrah dengan produk Shaklee yang baru sampai. Posing sat ! 😀 Terima kasih sudi membaca Salam sayang, Farihah | 019 228 2147
SAYA TERKILAN, MAK MASIH PERLU BEKERJA UNTUK KELUARGA
Raut wajah yang tenang, sentiasa tersenyum dengan kerjaya empuk. Rupa-rupanya, disebalik senyuman, Dr. Hana menyimpan impian yang besar untuk ibu tersayang. Seringkali air mata mengalir mengenangkan ibunya yang berpena lelah menanggung keluarga. Hati kecilnya bertekad untuk mengambil alih tanggungjawab ini. Biarlah ibunya yang telah berkorban jiwa dan rasa merasa berpencen dengan elaun lumayan. Bagaimana kisah Dr. Hana ? Jom kita baca 🙂 ============= Ini mak kakhana. Mak masih makan gaji pada usia almost 60-series.Kami 4 beradik.Kakhana anak sulung. Bawah kakhana perempuan, Fatin Asma. No. 3 Ahmad Danial Dan no.4 Ahmad Dahaqin. 2 orang jejaka hensem ni masih kat universiti. Adik paling kecik baru habis SPM. sekarang asasi kat UNITEN. Abah dah resign kerja sebab tak mampu tanggung beban dosa, banyak sangat rasuah dalam setiap level syarikatnya yang dia tak mampu nak ubah. Mak kerja di KL, abah sebelum ni kat JB. Setiap hujung minggu mak akan berulang-alik KL-JB naik bas. Daripada tekanan darah rendah, sampai dapat darah tinggi. Ahad malam mak naik train di JB terus direct sampai office di KL pagi isnin. Sebelum ni mak menyewa di PJ dengan sewa RM1600/month. Tanggung adik masuk U. Dan adik yg baru habis sekolah. Bayar rumah, bayar kereta, bayar bil. Dan bayar kos hidup di KL/JB yang super tinggi. Everyday mak pegi keja pakai public transport, LRT. Sebab mak tak boleh drive. Jalan kaki berkilometer dari last stesen ke office. Mak pernah kena ragut dalam perjalanan pegi balik kerja seorang diri. Jatuh dan kena seret bermeter-meter sampai lebam luka satu badan, sebab mak melawan. Masa tu takda siapa tolong dan kakhana duduk jauh😭 Sebab tu antara pushfactor utama kakhana buat bisnes, nak income yang selesa supaya mak boleh berhenti kerja. Kak hana nak tanggung mak abah yang dah berkorban berpuluh tahun sampai anak dia ni jadi manusia, jadi doktor, dan jadi insan yang ingin bermanfaat untuk masyarakatnya. Pada hari lahir mak yang ke-58 September lepas, mak cakap kat kakhana. “Mak dah habis kontrak, by right mak tak kerja dah. Tapi mak request nak sambung kontrak setahun lagi” Sebab apa mak sambung kontrak kerja? Sebab mak takda pencen. Dan mak masih ada tanggungan. Mak tak mampu berhenti lagi cari rezeki. Kakhana terkilan. Tak mampu menghalang, sebab kerja mak satu keperluan. Kakhana minta semua doakan. Sebelum September tahun depan, kakhana dan suami akan mampu tanggung satu family supaya mak dan abah boleh berehat dan berhenti kerja sebelum usia 60-an. Kakhana sedar, kakhana takkan mampu tunaikan impian ni hanya dengan makan gaji cukup makan. Kakhana minta sangat semua sahabat doakan bisnes dan syarikat kami makin maju jaya. Terima kasih semua😘 Dan kakhana doakan semua kawan-kawan juga kaya dan berjaya dunia akhirat. Kaya harta, kaya jiwa, kaya pahala. Psstt. Ya, kakhana tau. Mak nampak muda. Mak dia memang dah hampir 2 tahun amalkan #vivix Mak cakap kalau mak tak ambik vivix, mak cepat letih. Bila ambik vivix, mak jadi ironlady😄 =========== Impian seorang anak solehah yang menjadi push factor Dr Hana untuk gigih berShaklee . Dalam hidup ni, Allah kadang-kadang hantar orang lain untuk tolak kita maju ke depan. Itulah yang perlu kita syukuri dan sedari. Berkat usaha disebabkan faktor Itu, kita akan membebaskan orang yang kita Sayang dan juga memberikan kesenangan kepada kita. Dr. Hana masih giat berusaha ke tangga Master Coordinator untuk memberikan yang terbaik buat ibu dan keluarga. Tapi, dalam perjalanan Itu, Dr Hana telah pun berjaya membeli sebuah rumah dan menjadikannya Homestay di Changlun, Kedah. Tengok? Niat saja nak berbakti pada ibu dan ayah, melimpah ruah rezeki Allah beri. Jom kita tengok Homestay Dr. Hana Inilah dia. Rezeki. Rumah ini, renovation dan perabot di dalamnya di beli dengan bonus Shaklee. Hebat kan? Jika ada usaha, Allah akan izinkan kehebatan itu menjadi milik kita. Anda yang ada sebab untuk berubah, menjana income dan mencari time freedom, Bisnes Shaklee sentiasa tepat untuk anda 🙂 Bermentorkan Dr. Farhana? Hubungi beliau di 011 3205 7105 Terima kasih atas luangan masa Salam hormat dari SID kesayangan anda 😊 Order Shaklee anda? Hubungi saya ; ❤Master Farihah | 019 228 2147❤
Hidup kita, pilihan kita :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera ! Ada orang tanya saya, bila dah success dalam Shaklee, Shaklee ja la kan? Tak buat benda lain kan? Untuk saya secara peribadi, ini adalah pertimbangan individu. Dulunya, saya tiada minat yang terlalu mendalam dalam bisnes. Niat saya pada asalnya berShaklee cuma nak bantu kawan-kawan dan ibu menyusu, sehinggalah saya sedar, Shaklee sebenarnya boleh menjadikan saya berpencen kaya sewaktu muda. Sebab itu saya usahakan. Bukan sebab saya pencinta MLM atau sebab saya dari latarbelakang bisnes. Bukan. Antara testimoni pelanggan awal Surijunior yang berjaya menyusu dengan Shaklee. Alhamdulillah Pemilik testimoni ini sekarang adalah leader di Surijunior, Puan Tinie 🙂 Inilah Puan Tinie, pemilik testimoni. Lebih tepat, Misi Tinie 🙂 Pencen dari Shaklee ini, jika anda berjaya mendapatkannya, membolehkan anda buat apa sahaja, sebab pasif income ini sentiasa mengalir. Setelah stabil, anda boleh : – Fokus hanya kepada Shaklee – Sambung pengajian tanpa pening memikirkan tajaan biasiswa, bayangkan anda pelajar postgraduate dengan pasif Income RM30,000 sebulan smile Puan Siti Rubiah dan anak-anak Shakleenya. Puan Rubi adalah pelajar Sarjana dengan perbelanjaan sendiri. Income 4 angka bulanan, membolehkan ibu anak 3 ini, menyambung pengajian tanpa pening memikirkan tajaan biasiswa atau pinjaman 🙂 Puan Fatariah, ibu muda dengan anak 2 ini, melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Pemakanan di USM. Income 4 angka Shaklee beliau, menjadi sumber utama membantu pengajiannya. Hebat bukan? – Mulakan bisnes kedua, yang anda pernah cita-citakan suatu waktu dahulu – Berhenti kerja makan gaji, fokus pada Anak, suami, jaga mak dan ayah tersayang, bayangkan anda surirumah dengan pasif Income RM60,000 sebulan. Di bawah adalah beberapa orang anak-anak Surijunior yang telah berjaya menjadi Work-at-home-mom dengan pendapatan hebat, 4-5 angka sebulan. Hebat. Mereka telah buktikan dengan Shaklee 🙂 Puan Nini Nisrin dan Puan Aini Mumtaz kedua-duanya di Perlis Puan Fiza, paling terkini berhenti kerja dan menjadi WAHM. Beliau dari Jitra, Kedah Puan Fahana (Ummu Durrah), baru sahaja memiliki BMW setelah bergelar WAHM 🙂 Apa sahaja yang anda impikan, sebenarnya tidak pernah mustahil dengan Shaklee. Syaratnya, pembinaan empayar mesti berlaku dan terbina dengan JUJUR, bermula dari zero, bukan dengan pinjaman peribadi puluhan ribu. Tak salah terima pasif income dari Shaklee. Macam government staff berpencen, bezanya hanya pada nilai dan kadarnya yang tidak tetap. Bisnes ni sangat mudah, jika ada minat dan kegigihan. Cuba, Rasai kebaikannya dan mula berkongsi. Semudah itu 🙂 Memulakan Bisnes Shaklee anda? Hubungi kami di FB atau 0192282147 atau wakil Shaklee anda di Seluruh Malaysia 🙂 Thanks for reading !
Shaklee mengajar kami tidak hanya selesa di sarang sendiri, tapi membantu yang lain untuk hidup lebih berkualiti & berkongsi rezeki – Wani & Razif

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ! Hari ini saya nak kongsikan kisah cucu Shaklee saya (second level leader). Kisah cinta dan pertemuan mereka dengan Shaklee, sehingga menyebabkan mereka akhirnya memperoleh income 4 angka bulanan. Pasangan suami isteri ini, mengusahakan Shaklee bersama-sama, walaupun part time, tetapi kejayaan mereka boleh dibanggakan. Saksikan Kisah Wani & Razif 🙂 Kisah cinta. Kisah kami Terus terang, sebelum ini saya tak punya passion dlm bisnes.tak suka.tak minat.dan tak rasa ianya satu keperluan.sy dilahirkan dlm keluarga yg tidaklah terlalu kaya, tapi taklah hidup susah. Kedua ibu bapa saya bekerja sebagai guru. Bilangan adik beradik yang sedikit (4 orang), tinggal di kampung yang tidak menuntut perbelanjaan besar, membuatkan kami 4 beradik tidak pernah merasai kesempitan hidup. Sejak kecil, semua keinginan kami adik beradik, sentiasa dipenuhi. Disebabkan itu tak pernah timbul desakan untuk mencari wang tambahan. 2010, saya berkahwin Razif,seorang jurutera Intel (pada masa tu), dan saya pula menunggu masa untuk posting guru.Walaupun saya tidak bekerja, hidup kami masih selesa, kerana masih tidak banyak tanggungan. Dahulunya Jurutera, kini bergelar guru 🙂 Januari 2011, Razif meninggalkan kerjayanya untuk menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan di maktab perguruan. Masa ni kami dah mula rasa kesempitan.. Dengan pendapatan bulanan saya sebanyak RM3000++, saya perlu menyelesaikan pinjaman peribadi (buat rumah) rm1000++, ansuran kereta rm700++, takaful keluarga rm400++, bantu suami, perbelanjaan makan minum, minyak kereta, keperluan bayi dll… Elaun Razif yang cuma rm1300 pula hanya cukup untuk sara diri, kos pendidikan dan kos berulang-alik setiap minggu dr IPDA, Jitra-Baling.. Baki setiap hujung bln dlm akaun kami selalunya RM0.00… Selama setahun kami hidup sebegitu.. Hidup kami mula bernafas baru setelah Razif posting guru.. Jadi pendpatan kami ketika itu cukup untuk kehidupan dan keselesaan kami dan keluarga terdekat.. Tak pernah terfikir untuk orang lain.. 2012 ketika hamil anak kedua, saya diuji dengan masalah kandungan.. saya ditahan di wad O&G selama 2 bulan setelah mengalami kebocoran air ketuban yg serius ketika kandungan 6 bulan. Bermulalah episod luka dan duka dalam kehidupan kami…. Saya ditahan di Wad Kenanga 12 Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani. Dalam keadaan masih belum wean off anak sulung masa tu, mmg memeritkan. Kasihan anak kecil yang tahu umminya sakit, menangis dan meraung seharian mencari susu ibu..Tiada satu hari pun saya lalui tanpa air mata.. Paling menyedihkan Razif terpaksa berulang-alik dari Baling ke Sg Petani hampir setiap hari. Mujur mak dapat bantu menjaga anak kami . Kadang-kala Razif dan famili saya terpaksa tinggal di hotel-hotel bajet bdekatan hospital semata-mata untuk dekat dgn saya…duit???mengalir macam air. Pernah suatu masa hampir terpaksa berhutang. Namun bantuan Allah sentiasa ada.. Allah lorongkan jalan yang mudah buat kami. Ketika saya masih di hospital, kami berbincang dan membuat keputusan besar. Razif buat pinjaman, beli rumah berhampiran hospital & renovate… Kami punya matlamat terhadap rumah ini. Rumah ini bukan untuk kami diami secara tetap, tapi sebenarnya untuk memudahkan keluarga kami menginap andaikata ada dikalangan ahli keluarga yang sakit dan terpaksa ditahan di hospital. Maka bertambah kos potongan gaji setiap bulan rm1000++ lagi… Agak membebankan.. Di hospital juga barulah saya benar-benar mengenali Shaklee. Saya hubungi Kak Farihah menceritakan masalah saya dan minta cadangan vitamin. Sebelum ini saya pernah 2,3 kali beli set bf dengan Kak Eha. Apabila saya beritahu hasrat menjadi ahli, terus kak Farihah letakkan saya bawah anak beliau, Kak Noorhafiza Akib. Mak fiza sangat2 membantu membimbing kami dalam dunia Shaklee. Di hospital saya diletakkan di bawah pengawasan pakar. Darah diambil setiap hari untuk pastikan saya bebas dari sebarang jangkitan kuman. Ketika mula-ditahan lagi saya dah diberi penerangan secara telus oleh pakar berkenaan risiko-risiko yang mungkin terpaksa saya hadapi akibat masalah ini. Antaranya, risiko kematian dan kecacatan bayi. Bayangkan bagaimana bayi dapat survive dalam rahim dengan cecair ketuban yang hampir kering. Doktor juga beritahu saya bahawa tiada ubat untuk masalah ini, dan minta saya agar kurangkan pergerakan dan banyakkan berdoa agar keajaiban berlaku. Atas keizinan doktor, saya hanya berbekalkan vitamin Shaklee sepanjang 2 bulan di hospital. 4.1.13 saya melahirkan anak secara ceasarian section, ketika usia kandungan 32 minggu dengan berat 1.54kg. Selepas itu anak saya ditahan di NICU dan wad paedatrik selama sebulan lebih. Alhamdulillah, Naurah Salsabila dilahirkan dalam keadaan yg sihat dan sempurna tubuh badan. Bermula ujian seterusnya buat saya dimana dalam kesakitan di hari pertama melahirkan, saya terpaksa mengeluarkan susu badan hanya dengan perahan tangan dan pam. Bayi saya ketika itu hanya boleh menyusu melalui tiub. Setiap hari saya berulang-alik ke hospital menghantar susu ke NICU. Keadaan di NICU sangat menyedihkan. Tak sanggup rasanya melihat bayi-bayi lain yang mengalami masalah yang kronik, dengan segala wayar dan alat sokongan hayat di tubuh kecil mereka. Terasa ujian Allah buat kami hanya kecil berbanding mereka. Naurah Salsabila, anak kecil yang dulunya bertarung nyawa di NICU, kini ceria. Razif, dulu penghidap diabetes, kini sihat dan bebas diabetes. Alhamdulillah 🙂 Dalam tempoh itu, sekali lagi kami diuji. Suami disahkan menghidap diabetes type 2. Salah satu faktor yg menjadikan penyakitnya menjadi teruk adalah kerana makan minum yang tidak terurus terutama ketika 2 bulan saya di ward. Saya perasan waktu itu tubuh badan Razif menjadi kurus dengan sangat mendadak (50kg++ berbanding sebelum ini 60kg), dan tanda-tanda diabetes sangat jelas ketara. Kerap kencing, mudah haus, cepat letih. Setelah disahkan, saya paksa Razif makan vitamin Shaklee, tanpa mengambil ubat-ubatan sintetik… Alhamdulillah, Shaklee sangat serasi, dan bacaan diabetesnya menurun. Perlahan-lahan berat makin bertambah dan masalah diabetesnya hilang. Keluarga bahagia 🙂 Suatu hari Razif cadangkan supaya kami serius dalam bisnes Shaklee. Saya sangat terkejut kerana tidak pernah terfikir langsung untuk berbisnes. Awalnya saya turut meragui kemampuan kami. Kami mula hubungi Mak Fiza dan Maktok Eha untuk menuntut ilmu. Bertemu sahabat-sahabat di grup whatsapp dan fb, berkongsi idea dan pengalaman, benar-benar membuka mata kami untuk terus melangkah jauh dalam bisnes ini. Misi Razif sangat luar biasa. Dialah yang mencari customer melalui fb kami, dialah yang membuat iklan dan promosi, dialah yang membungkus, dia jugalah yang pos vitamin kepada customer. Dia juga yang menghubungi mak dan maktok berbulan-bulan menggunakan akaun fb saya. Menyamar! (Pecah rahsia..) Saya pula membantu setakat yang terdaya. (Terima kasih, abang. Kalau tak kerana usaha dan pengorbanan abang, kita tak
Saya percaya saya berada di dalam Shaklee ada sebabnya, bukan kebetulan – Hafez Zaharuddin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ! Semua kita, Allah uji dengan cara masing-masing. Tidak kira kesusahan atau kesenangan, kedua-duanya adalah ujian. Berapa ramai dari kita yang bersyukur dengan ujian yang ditimpakan? Berapa ramai daripada kita yang menjadi semakin baik setelah diuji? Berapa ramai pula antara kita terus mengeluh, tanpa berbuat apa-apa? Hari ni, saya nak kongsikan kisah cicit Shaklee saya, Saudara Hafez Zaharuddin. Allah uji dia dengan jatuh terhenyak, dan akhirnya asbab Shaklee, dia mendapat semula “kehidupan”nya. Bagaimana dia jatuh? Bagaimana dia redha? dan apa yang menyebabkan dia bangkit? ————————– Saya percaya saya berada di dalam Shaklee ada sebabnya, bukan kebetulan. Allah dah susun jalan saya untuk tiba di sini, bersama-sama dengan keluarga Shaklee saya. Mungkin sekarang saya belum semewah saya dulu-dulu, tapi saya positif yang keadaan akan jadi semakin baik. Saya positif yang saya akan jadi lebih mewah daripada dulu. Mewah yang saya harapkan sekarang bukannya mewah wang ringgit semata-mata, tetapi juga – mewah pahala, mewah impian, mewah kesihatan, mewah akhlak, mewah intelek, mewah rohani, mewah emosi, mewah sahabat karib, Buat pertama kali, saya Nampak dengan jelas, visi hidup saya bukan semata mata ingin bebas kekangan wang ringgit, tapi lebih daripada itu. Jom singkap sejarah saya. Dulu saya bekerja sebagai pensyarah. Gaji bersih saya boleh tahan selesa, lebih kurang RM2800 sebulan. Tapi entah kenapa jiwa saya rasa tak seronok, tak tenang. Saya suka mengajar. Saya gemar bercakap depan orang ramai. Saya cintakan usaha berkongsi ilmu. Tapi mengapa semakin lama semakin saya tak selesa dengan profession saya? Hafez Zaharuddin – Versi dulu 🙂 Mungkin sebab bosan selalu disuruh buat kerja admin dan kewangan, mengutip hutang yuran pelajar. Mungkin sebab saya kena bekerja ikut waktu yang ditetapkan. Mungkin saya dah tak mahu dipijak kepala, bayaran rendah daripada jumlah waktu bekerja. Mungkin jam mengajar saya tinggi daripada jam mengajar maksimum yang ditetapkan oleh pihak kolej. Mungkin sebab saya bosan disuruh datang bekerja hari Sabtu dan Ahad dengan alasan sebab saya belum berumah tangga. Entahlah. Semakin hari, semakin banyak alasan yang datang untuk saya berhenti kerja. Bukan saya tak ikhlas mendidik. Saya penat dengan kerja-kerja bukan hakiki yang disuruh di kolej. Bila direnung, saya sedar yang saya suka berniaga. Walaupun saya sudah ada kerja tetap sebagai pensyarah, saya ada buat bisnes sambilan secara online. Saya pernah jual macam macam – alas tilam, sarung bantal, losen tangan, kek, cupcake, lukisan, beg berjenama, kaktus. Macam-macam! Yang paling saya suka ialah jual cupcake dan kek. Lama-lama, pelanggan semakin ramai, tempahan semakin banyak. Saya mula ponteng kerja. Ambil MC untuk siapkan order kek dan cupcake. Lama-lama, saya sedar berniaga lebih seronok daripada profession saya makan gaji sebagai pensyarah. Hafez bersama rakan-rakan, di restoran mereka Maka saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Gempar satu kolej – Apis nak buka restoran. Mesti Apis akan kaya lepas ni. Ye lah, tauke restoran. Duit mesti dapat banyak. Idea restoran ni dah lama berlegar dalam minda saya. Lebih setahun saya berangan-angan nak buka restoran. Dan saya ambil masa dua bulan untuk renovate restoran. Memang cantik, gayanya ikut kehendak saya. Konsep “industrial chic”. Gembira betul saya masa tu. Kawan-kawan datang tak henti henti. Masing-masing puji restoran cantik. Konsep interiornya mengancam. Menunya sedap-sedap dan hiasan atas pinggan setaraf hotel. Memang sengaja saya gajikan 2 orang chef yang pernah praktikal di hotel. Restoran saya pernah masuk TV3 untuk rancangan Jalan Jalan Cari Makan. Masuk surat khabar pun pernah. Waktu ni, saya rasa saya hebat. Ye lah, gaji dah capai 3-4K sebulan. Cupcaje Chapter, pilihan TV3 🙂 Nak beli barang jenama tak risau-risau dah. Kasut kulit Prada? Dompet Gucci? Beg Kenzo? Beg Marc Jacobs? Semuanya saya dah rasa. Citarasa makanan pun dah macam orang lupa daratan. Tak nak makan di gerai. Nak makan tempat ada air cond je. Seminggu sekali kalau tak pergi restoran mahal-mahal, memang tak sah. Snap-snap gambar dan show off dalam instagram. Tapi, tak semua tahu yang bukannya senang nak berniaga restoran. Saya tak malu nak kongsi kejatuhan saya sebab saya mahu anda tahu bahawa bisnes ni bukannya senang. Saya tak nak anda ulangi apa yang saya alami. Restoran Cupcake Chapter Langit bukannya selalu cerah. Selepas 2 tahun, restoran Cupcake Chapter gulung tikar! Cabaran yang saya pernah alami termasuklah duit top up bulanan tak cukup untuk bayar gaji dan sewa, maintenance. Bahaya kalau tiba-tiba ada yang rosak (paip air, pintu, mesin kopi) sebab semuanya menambah kepada perbelanjaan bulan tu. Duit untuk bahan mentah mesti sentiasa cukup. Restoran saya memang best. Bukan saya nak berlagak. Makanan tip top. Kuih kek semuanya marvellous, saya berani cakap. Tapi, salah satu sebabnya yang membuatkan saya gulung tikar ialah tak cukup duit untuk modal pusingan. Meniaga sendiri macam ni memerlukan masa panjang nak dapat untung. Setahun belum tentu dapat pulangan. Saya terpaksa tutup kedai. Rasa nak terjun bangunan bila fikirkan RM700K yang telah dibelanjakan untuk set up restoran. Dengan keadaan sehelai sepinggang saya (dan kawan karib saya Yusof) bawak diri ke Johor Bahru. Maka bermula la episod perit hidup kami. Sewaktu berniaga restoran, memang stress. Jadual makan dan senaman saya tak teratur. Berat badan mencecah 120kg. Doktor diagnos saya borderline diabetes dan high risk untuk serangan jantung. Sudahlah sehelai sepinggang, kesihatan merosot, gemuk pulak tu. Keyakinan diri saya mula menurun. Saya rasa saya ni tak layak untuk berjaya. Hidup selepas gulung tikar amat perit. Duit tak cukup. Waktu tu saya bekerja sebagai tukang masak dengan gaji RM1500 untuk lebih kurang 10 jam sehari. Transformasi Hafez. Hebat bukan? Dulu gaji saya paling tinggi RM4K, maka tak kisah nak swipe kad kredit. Bahananya ialah, komitmen hutang saya besar sangat. Lebih separuh daripada gaji saya sebagai tukang masak di Johor Bahru. Saya menyewa sama-sama dengan Yusof. Taraf ekonomi kami memang menjunam. Makan bubur garam, catu makanan, menangis merenung siling sebelum tidur tu memang rutin setiap hari. Baju ada lubang-lubang halus, nak ganti tak ada duit. Seluar dalam pun tinggal satu sahaja. Itulah yang dibasuh setiap hari. Hanya Allah yang mengerti isi hati saya masa tu. Benda yang positif akibat drama sedih ni ialah, saya rasa lebih rapat dengan Allah. Saya mula rajin ke surau dan cuba untuk solat awal waktu. Dan saya percaya semua ni ada
Saya sudah mula bayangkan bagaimana diraikan dalam Master Celebration nanti – Puan Natrah Mohamed

Assalamualaikum dan Salam sejahtera ! Hari ni saya nak berkongsi cerita anak Shaklee saya. Anak ni kalau biasanya orang sebut downline, tapi kami selalu sebut anak, cucu, cicit dan seterusnya. Natrah ni sebenarnya sepupu ipar saya, bukan orang lain aihhh.. Kita baca bagaimana Puan Natrah Mohamed jatuh cinta dengan Shaklee 🙂 ———————- Cerita saya… Mula kenal Shaklee? Dah lama kot. Lupa dah. Masa sekolah rendah kot. Tapi memang tak hirau la kan. Tahun 2012, saya tengok sepupu ipar saya, nama dia Farihah Abu Kasim jual Shaklee. Saya like page dia. Tapi tak berapa menghiraukan sangat. Masa tu saya sedang fokus dengan Etiqa Takaful. Dia sembang2 dan ajak join bisnes Shaklee, saya tolak. Saya terbaca dalam sebuah majalah, seorang wanita, kerja swasta, berhenti kerja dan fokus buat Shaklee. Pendapatan bulanan dia RM50 ribu. Saya terpegun juga. Tapi bila saya jalan2 di pasaraya atau kiosk2 jual produk kesihatan, tak pernah jumpa botol Shaklee, jadi saya tertanya-tanya, macamana dia boleh kaya dengan Shaklee? Jual kat mana? Puan Natrah dan anak comelnya 🙂 Hari demi hari, saya dapat request friends dari pengedar Shaklee. Saya mula membaca post2 mereka. Sangat menarik post2 mereka. Memang saya tak kenal pun, tapi saya baca juga. Tahun 2012 tu juga saya mula buat dropship baju dan jubah. Ada 2,3 customer saya PM, bagitahu dia jual Shaklee. Ooooo… Macamani cara mereka perkenalkan diri. Mereka juga pelawa saya join dan jual Shaklee. Saya tolak baik2. Pertengahan 2013, saya terima pelawaan Puan Master Farihah untuk sertai group Surijunior. Saya baca di blog Surijunior dan jumpa pasal Family Day di Cameron Highland. Wah, best juga group ni. Encik Sofiyuddin, suami Natrah, juga sepupu saya yang memberikan sokongan padu kepada isterinya 🙂 Akhirnya saya mula berShaklee. Fokus sharing guna FB dan blog. Pelanggan semakin bertambah setiap hari. Saya belajar cara-cara jual diri. Banyak group2 bisnes saya sertai. Tiada group Next Project, tiada group New Supervisor atau group yang fokus untuk naik Supervisor. Saya pun tak fokus nak naik Supervisor bila. Ahmad Nasih anak sulungnya, penggemar ESP Shaklee ! Oktober 2013, saya sertai Magic Aura di Ipoh. Dengar pengisian berapi dari Master2 Jutawan, pelbagai tips dan pengalaman. Saya bulatkan tekad. Bulan ni, nak naik Supervisor juga. Apa jadi pun, jadilah! Hari itu 19 Oktober. Bermula 19 Oktober 2013 saya usaha sehabis baik. Sehinggalah 31 Oktober 2013, saya rank up sebagai Supervisor. Kami bersama Natrah & Sofi, berjumpa dengan Pak Su & Mak Su (Mak & Ayah Sofi) yang baru pulang dari tanah suci Mekah Apa yang saya dapat sebagai Supervisor? Bonus bulanan 4 angka. Saya akan habiskan dalam masa tak kurang 4 hari. Hahaha… Saya ada mak yang berusia 65 tahun yang masih gigih menoreh. Inilah orang pertama yang saya ingat untuk berikan duit. Saya ada kakak beranak 6 yang sangat susah. Kakak saya inilah orang yang dalam ingatan untuk saya bantu. Saya ada anak angkat di Gaza yang yatim piatu. Anak ini saya hulurkan duit setiap bulan melalui NGO From Gaza With Love. Saya ada hutang PTPTN, bil telefon, caruman takaful dan pelaburan dalam MAA Mutual yang saya bayar guna bonus Shaklee. Saya ada jemaah yang sangat disayangi dan sangat memerlukan dana. Saya ada 2 anak lelaki yang saya berikan sedikit reward untuk menceriakan hati saya sendiri. Ok, itu sebahagian yang saya lakukan dengan bonus Shaklee. Jauh daripada itu, saya sangat hargai peluang berada dalam group hebat ini. Tahajud Zikir Sedekah Solat sunat RCA Kasih sayang yang tiada bertepi. Semua ini menguatkan kami. Saya tidak akan berundur atau berpaling. InsyaAllah. Saya yakin, saya mampu gapai Master Coordinator. Saya sudah mula bayangkan bagaimana diraikan dalam Master Celebration nanti. Sudah tak lama. Biiznillah. Natrah MohamedMaster Coordinator in the making. _________________ Keyakinan saya pada leadership Natrah, sangat tinggi. Beliau pasti menggenggam title Master Coordinator. Ameen.. Silakan untuk menyertai Team hebat Puan Natrah. Hubungi beliau : FB : Natrah Mohamed WhatsApp / Telegram / sms : 011 2701 6822 Thanks for reading !
WAHM Impian Semua Ibu

Assalamualaikum & Salam sejahtera ! Tadi petang, saya ke branch Shaklee KL, lokasinya di Taman Sri Rampai. Dulu rajin ke branch, sekarang dah kurang, sangat-sangat kurang. Pergi, beli vitamin untuk kegunaan sendiri saja. Tadi saya beli Lechitin saya yang dah habis juga Vivix & Advanced Joint Health untuk mak dan ayah di kampung. Vivix dah tinggal separuh botol kata ayah tadi ! Branch ni baru lagi, gantikan branch lama yang kecik. Sekarang branch lebih besar & cantik. Senang. Kerja pun lebih cepat! Branch baru, masa launch, Ribbon Cutting Ceremony Perasmian, potong kek dan giliran saya dijemput bagi ucapan sikit. eheh! Sebenarnya, tadi, masuk branch tetiba terharu tengok gambar anak Shaklee Surijunior terpampang sebagai Master Coordinator. Master Farhana, atau lebih glamer dengan nama FB Ummu Durrah. Beliau jatuh cinta pandang pertama dengan OmegaGuard. Kini, haaa bukan saja pengguna tegar, tapi juga penjana income hebat bersama Shaklee sebagai Master Coordinator Poster Master Noor Fahana di Shaklee 🙂 Apa yang anda perlu tahu dalam bisnes Shaklee, Bisnes yang lebih besar dan penting daripada berniaga adalah menjadikan anak anda berjaya sama hebat seperti anda atau lebih hebat dari anda. Inilah bisnes utama yang sangat penting dalam Shaklee. We teach others to teach others to teach others…. We help others to help others to help others… We coach others to coach others to coach others… Master Ummu Durrah menyampaikan sharing Anda takkan berjaya dalam Shaklee selagi anda belum berjaya memberjayakan anak Shaklee anda. Inilah desakan dalam berbisnes Shaklee. Desakan yang menyebabkan kita berkeinginan kuat untuk membantu orang lain hidup hebat dan mungkin merubah kehidupannya 100% dengan Shaklee seperti kita. Master Ummu Durrah dahulunya seperti saya, bekerja office hour, kini, beliau juga seperti saya, mampu berhenti kerja dan menjaga anak-anak sendiri di rumah, seperti fulltime housewife yang lain, bezanya, beliau adalah surirumah dengan pendapatan 5-angka sebulan. Tak percaya? Percayalah. Shaklee online sangat hebat yang memungkinkan anda menjana berapa sahaja yang anda mahukan bersama-sama anak & suami di rumah. Fleksibiliti inilah yang menjerat saya untuk tidak dapat tidak, berusaha meraihnya, kerana WAHM adalah impian saya. Dan saya juga yakin dan percaya, WAHM adalah impian semua ibu di dunia. Jika dulu saya pergi bekerja dengan kereta ber air-cond, tapi terpaksa melepaskan anak pergi tadika dengan van sekolah, kini saya bebas menghantar dan mengambil anak dari sekolah & tadika. Malah kadang-kadang, berpimpin tangan hingga ke bilik darjah 🙂 Itulah, antara kebahagiaan apabila kita memilih untuk bekerja sendiri. Yang lebih bermakna dalam bisnes Shaklee ini adalah apabila kita juga dapat membantu anak-anak Shaklee kita juga menjadi fleksibel seperti kita. Kenapa memilih untuk terkurung, jika kita ada peluang terbang bebas, bukan? Membina karier WAHM impian anda? PM saya atau wakil Shaklee kesayangan anda 🙂 Thanks for reading!
SURIRUMAH BOLEH BERJAYA

Master Coordinator===============Anggaran income: RM600,000 setahunMaster Nini Kopiah Kait adalah Master Coordinator pertama di Surijunior. Hebatnya Nini, dia mencapai Master Coordinator pada business cycle yang sama dengan saya, upline nya. Pesatnya Empayar BijakSihat tidak dapat dibendung lagi, kerana hati mereka bertaut atas dasar ukhuwwah yang sangat kuat. Berikut adalah perkongsian daripada Master Nini, dari Shaklee Today, majalah rasmi Shaklee Malaysia =========SURIRUMAH BOLEH BERJAYA Assalamualaikum wbt Peranan wanita terlalu besar, menjadi anak, isteri, ibu, anak watan, malah juga sebagai penyumbang ekonomi negara. Semua wanita adalah pencorak kepada keluarga, mendidik anak agar berjaya. SURIRUMAH, 1 pekerjaan yang tidak ternilai. Pengorbanannya keluarga tercinta, walau orang kata surirumah seolah olah tiada memberi apa apa kepada masyarakat, saya bangkit untuk menunjukkan kepada umum bahawa SURIRUMAH BOLEH BERJAYA. Siapa sangka seorang suri rumah boleh berjaya menggapai kejayaan pangkat MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Ianya tidak pernah mustahil. Shaklee tidak meletakkan syarat kelayakan akademik mahupun kerjaya dalam masyarakat. SEMUA ORANG BOLEH BERJAYA dalam shaklee. Syaratnya mudah KEINGINAN MEMBARA diikuti TINDAKAN YANG IKHLAS dalam membantu orang lain berjaya. Terima kasih kepada suami (Master Anas Rizuan) yang tidak jemu memberikan semangat, keluarga yang sentiasa memberikan sokongan, Mentor hebat Master Farihah Abu Kasim yang terus menerus mengajar tanpa jemu, Master Iffah Anuar dan Master Shareeza yang sentiasa memberikan didikan terbaik untuk kami. Penghargaan tidak terhingga juga kepada semua anak didik Empayar Bijaksihat. Semoga semua akan berjaya dunia akhirat. warga surijunior penguat semangat dari mula bertatih sehingga ke puncak kejayaan. Terima kasih adik beradik surijunior. Anda hebat. Semoga sama sama berjaya menggapai impian . All the best! We are the champion! Salam sayang,Master Nini Nisrin ___________________Menyertai Empayar Bijaksihat Master Nini yang hebat? Hubungi beliau : FB : Nini Kopiah Kait WhatsApp / Telegram / sms : 014 506 8306