Tips Bagi Ibu Menyusu Yang Perlu Travel

Ramai kalangan para ibu yang mempunyai bayi tetapi risau untuk pergi travel jauh, atas sebab masih menyusukan bayi. Bagaimana cara untuk kaum ibu mengatasi masalah ini?  Jom saya kongsikan beberapa tips bagaimana ibu-ibu yang perlu travel, dan masih boleh menyusukan bayi seperti biasa. 1. Pastikan kita merancang perjalanan dengan baik, ini supaya kita boleh menganggarkan jarak dan masa perjalanan. Bagi memastikan ada tempat rehat dan masa untuk kita menyusukan bayi. 2. Perjalanan yang selamat dan tidak perlu tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi. Jika si ibu pergi atas sebab kerja di luar kawasan, perlulah bertolak lebih awal untuk mengelakkan dari pihak lain tertunggu untuk mesyuarat dan sebagainya. 3. Ibu perlu memastikan bekalan makanan yang dibawa mencukupi. Yelah…ibu yang menyusu nie selalu berasa cepat lapar. So jangan lupa bawa bekalan makanan sebagai kudap-kudapan sepanjang perjalanan. Dan yang paling penting, bekalan air masak perlulah cukup untuk membantu ibu tidak berasa letih dan dapat membantu membanyakkan susu badan. 4. Ibu yang travel mesti bawa segala keperluan tambahan bayi untuk mengelakkan dari terpaksa singgah ke kedai untuk membeli. Bawa terus dari rumah. Barang keperluan bayi seperti pampers, baby wipes, tuala dan sebagainya perlu dibawa dalam kuantiti yang lebih bagi menyenangkan ketika travel. 5. Jangan lupa juga, keperluan storage untuk susu EBM bayi anda. Terutama bagi ibu-ibu yang masih memerah susu untuk dibuat stok. Keperluan seperti botol susu kecil (5oz), plastik storage, ice pack, cooler bag, berus botol, pam susu dan kotak untuk menyimpan bekalan susu untuk dibawa pulang sepanjang perjalanan. 6.Persediaan mental dan emosi juga perlu buat ibu yang menyusukan bayi. Ini kerana, menyusukan bayi sambil berada diatas jalan raya bukanlah sesuatu yang mudah. Walau apapun, para ibu perlu bersedia untuk menangani sebarang cabaran sepanjang perjalanan. p/s: bagi ibu-ibu yang perlu travel jauh, dan takut menghadapi masalah susu badan drop. Para ibu boleh mencuba cadangan Vitamin Shaklee bagi ibu yang menyusukan bayi. Salam sayang 🙂  Farihah Abu Kasim +6019 2282147 

Tips membawa EBM (Perahan Susu Ibu) untuk perjalanan jauh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salah satu cabaran ibu menyusu adalah nak travel dengan EBM. Nak bawak balik kampung, atau bawa balik ke rumah setelah habis berpantang di kampung. Saya kongsikan tips ringkas di sini, semoga bermanfaat untuk semua 1. Sediakan tong ais polisterine, saiz mengikut jumlah susu 2. Sediakan kiub ais agak-agak cukup untuk cover semua EBM 3. Letak ais dlm tong selapis, kemudian susun EBM 4. Letak lagi ais untuk di lapisan atas 5. Tabur garam untuk mengelakkan ais cepat mencair Gambar ni saya dapat lama dah dari kawan FB. Tak ingat siapa. Semoga Allah panjangkan pahala beliau, asbab berkongsi 🙂 Tips lain :> Pack EBM anda setelah selesai pack barang-barang lain> Mulakan perjalanan di awal pagi / malam> Terus pindahkan susu ke dalam freezer setelah sampai ke destinasi > Lapik atau bungkus cooler dengan tuala > Tempatkan cooler atau box polisterine ni di bahagian dalam /seat kereta, bukan dalam bonet kereta Thanks for reading! Salam sayang, Farihah Abu Kasim / Surijunior Email : farihah.abukasim@gmail.com WhatsApp / Telegram / sms : 019 228 2147