Umrah 2015

Saya mula serius Shaklee 11 tahun lalu sebab tak mampu nak pi umrah sendiri. Gaji kami cukup untuk kehidupan sekeluarga saja, rumah, kereta, kampung pulak jauh, selalu balik jenguk mak ayah. Umrah itu cumalah impian dan angan-angan. Saya cuma terus mengharap, walaupun tak pernah tahu bila dan bagaimana ianya akan menjadi kenyataan. Jika dulu saya tak mampu, sekarang, saya nak mampukan ramai ke Umrah bersama Shaklee. Insyaallah       Oberoi Madinah 2015 _______________________________________________________________________________________ 💜,  Farihah Shaklee Effective Master Coordinator  Hubungi saya FB : Farihah Abu Kasim  wasap : 0192622200

Umrah Ziarah 5 bintang dengan Shaklee : Hari 3

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Baik, kita sambung. Saya tulis ringkasan bagaimana mendapat tiket trip antarabangsa ini di sini & hari 1 & 2 di sini. Kita sambung hari seterusnya HARI 3 Hari ketiga kami bertolak ke Dubai menaiki bas. dekat saja. Pertama sekali kami di bawa melawat ke Burj Khalifa, pencakar langit tertinggi di dunia. Pencakar langit tertinggi di dunia. Ketinggian 2 kali ganda Menara Berkembar Petronas 🙂 Dulu, Dubai pernah 2 kali diisytiharkan bankrupt. Dulu, hasil negerinya adalah mutiara, yang diperoleh dari laut. Apabila tiram mutiara telah mula diternak, mutiara Dubai telah kurang sambutan. Dan hasil negerinya merosot.Kali kedua di tahun 2008 semasa ekonomi dunia merosot, Dubai mengalami masalah apabila negaranya terlibat dengan banyak projek besar termasuk Burj Khalifa Disaat itu Abu Dhabi datang menghulurkan bantuan. Walaupun dikutuk dan dikecam akan bantuan yang katanya tidak akan memberi pulangan apa-apa, kerana Dubai sudah bankrupt, Abu Dhabi meneruskan hasratnya atas nama persaudaraan dan mengharapkan pemulihan Dubai akan mengelakkan kesan negatif itu berjangkit kepada negara UAE yang lain. Menara itu yang asalnya mahu dinamakan dengan Menara Dubai, akhirnya dinamakan Burj Al Khalifa sebagai menghargai jasa dan bantuan daripada ketua negara Abu Dhabi. Itulah kisahnya 🙂 Shaklee bayaq 😀 Gambar sepanjang perjalanan menuju ke elevator. Ini gambar jurutera yang terlibat dalam pembinaan menara ni Pakcik-pakcik pun berhenti rehat sat 🙂 At the Top 🙂 🙂 Beratur nak naik elevator 🙂 Kemudian kami di bawa ke Palm Island, pulau buatan manusia.  Cantik kan? Hebatnya kuasa Allah beri ilham dan kemampuan kepada manusia mencipta.  Palm Island ini dibina dengan 700juta tan batu dan 320 juta tan pasir.  Batu disusun sebagai benteng pulau, dengan bantuan penyelam professional,  memantau di bawah air Mak terpesona dengan kecantikan bunga-bunga di Dubai.  Bunga-bungaan disini diimport dan digantikan saban tahun supaya pelancong  tak jemu dan suka dengan Dubai  Hotel Atlantis Palm Island ni dikelilingi oleh akuarium. Bukan ikan kecik-kecik saja.  Jaws, bapak Jaws pun ada 😀 Antara hotel ini termahal di dunia. Presidential suite yang dindingnya kaca, akuarium. Harganya boleh mencecah USD 30,000 semalam. Selain menginap, pengunjung juga berpeluang untuk diving, menyentuh dolphin dan aktiviti air yang lain Tahun 2020, Dubai mensasarkan untuk membina hotel di dalam laut. berdinding kaca.  Semua bilik dan hotelnya dinding see-through. Tapi kalau macam tu, manusia pulak  yang dalam akuarium kan? Ikan pulak yang tengok kita? 😀 Selesai lunch di sini, kami ke Dubai Mall dan Gold Souq. Pasar emas. Walaupun namanya pasar emas, tak adalah pak guard setiap 2 meter. Tak ada. dan tak pernah berlaku kecurian di tempat tersebut. Dubai negeri aman dan selamat. Rakyatnya diberi kemewahan oleh pemerintah dan tiada yang terdesak untuk mencuri 🙂 Pasar Emas ! Ini cincin terbesar di dunia. mak ai Dubai Mall, tak ada gambar. Mall biasa saja, kami jalan-jalan, ada yang shopping, dan minum-minum. Kami minum kopi dengan bun 5 beranak pun dalam 100 dirham lebih. haha. Memang kaya betul, orang Dubai kan? Baliknya, kami disaji lagi dengan makan. Tak sempat lapar, dah makan lagi. kehkehkeh. Kali ini masakan Thai di JW Marriot.  Mewah ! Dinner malam ni disini. Hotel mewah yang terlalu cantik dengan layanan super best.  Harga hidangan untuk seorang adalah anggaran 300 dirham. Untuk kami 5 beranak, 1500 dirham. Hanya untuk dinner malam ini.  Cuci tangan, makan saja. Semuanya Shaklee tanggung Cantik ! Menu malam tu. Entahla cemana nak masuk. banyak sangat makannya.  Romantik sangat suasananya haaa Selesai makan, kami pulang ke Viceroy di Abu Dhabi. Berehat, untuk meneruskan esok yang sangat panjang & exciting 🙂 Nanti kita sambung hari ke 4 dan seterusnya. Anda yang merupakan ahli Shaklee, mulalah serius untuk menjadikan Shaklee sebagai bisnes anda. Ini adalah ruang dan peluang yang boleh dan sewajarnya direbut Yang belum menjadi ahli dan inginkan percutian umrah & ziarah sebegini, boleh. Hubungi saya atau wakil Shaklee kesayangan anda di sini. Semua impian pasti boleh dicapai dengan keazaman dan usaha yang gigih, kan? 🙂 Thanks for reading ! Salam sayang, Farihah Abu Kasim  019 228 2147  farihah.abukasim@gmail.com

Umrah Ziarah 5 bintang dengan Shaklee : Hari 1 & 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ! Bercakap tentang trip mewah Shaklee, semuanya best. Salah satu yang paling best adalah makanan. Pergi trip dengan Shaklee, bukan dok fikir apa nak makan? tapi, dok fikir yang mana nak makan? 😀 Memang tak sempat lapar dan hidangan makanan bukanlah yang calang-calang. Semuanya 5-6 bintang. hmm… best tau ! Eh?! payah nak cerita fokus kat makanan. haha. Saya nak kongsikan setiap hari secara ringkas program kami ya 🙂 HARI 1 Kami berlepas dengan penerbangan Etihad Airways dari KLIA ke Abu Dhabi.Penerbangan mengambil masa lebih kurang 4 jam Kawan-kawan sidelines dari jauh dan dekat yang datang hantar kami. Ada jugak downline Surijunior, tapi gambaq dok tang mana tak tau.sorry2.  HARI 2 Kami tiba di Abu Dhabi dan menginap di Yas Viceroy Hotel.  Ketibaan kami di hamparan karpet merah dan diraikan oleh Mr Hermant, Prsiden Shaklee Malaysia. Dikalungkan macam pingat gitu, Tulis Tahniah Syabas. Wow ! hehe Ni haa.. pingat emas nya. 😀 Foto ihsan : Master Dean Kayree Foto ihsan : Master Dean Kayree Welcoming drinks. Juices. Sedap ! Terus ke breakfast. Yas Viceroy ni hotel 5 bintang dan makanan dia memang sedap sangat. Oh ya, kat sini setiap pagi ada dihidangkan susu unta. Kami tak dapat pergi ladang unta macam Umrah 2013 dulu sebab virus kan, jadi belasah susu unta kat sini cukup-cukup. haha. Mr Hermant ni memang baik hati dan peramah, bukan dia saja, semua staff & travel agent, baik-baik belaka. Masa ni Mr President datang menyantuni kami tengah makan. 🙂 Ini bahagian luar cafe tadi. Mintak ihsan gambar Master Wan Muliani & suami 😀 Makan. Makan Foto ihsan : Master Dean Kayree Ini bahagian luar cafe yang menghadap ke Track F1. Memang best view dia. Kami pergi saja, tak makan sini, ayah saya berkerusi roda,jadi mudah makan di dalam. Bagus juga, senang ulang ambik makanan banyak kali. haha Foto ihsan : Master Dean Kayree Roti kegemaran Amirah 🙂 Foto ihsan : Master Dean Kayree Oh. Ini super-sedap ! Ok, check in masuk bilik. Seronok tak tau nak habaq dapat bagi mak dan ayah dok bilik mewah macam ni. Lagi seronok pasai Shaklee yang tulung bayaq. hehe. Seronok tengok dok explore bilik ni. Langsir automatik, bilik air cantik, kusyen empuk. Eh.. semualah. Siap bagi cadangan “Rumah kamu kalau buleh tukaq buat tirai (langsir) auto macam ni bagus jugak” Haha. Oh mak ku. 😀 Inilah sebenarnya keluasan bilik tersebut. Besaq. Oh ya, bilik saya triple sharing, sharing bertiga dengan Amirah, sebenarnya Amirah ada 1 tiket dan dia boleh dapat 1 bilik kongsi dengan leader lain. Tapi sebab payah la anak dok jauh, nanti nak panggil bagai, jadi kami ambik triple sharing saja. Bilik pun luas. Takde masalah 🙂 Atas katil, ada kad & sekotak coklat. Ahlan wa Sahlan 🙂 Surat cinta dari Shaklee 🙂 Depan hotel, ada fountain dengan kereta ni. Hotel ini sebenarnya dibina di dalam litar F1. Ia di kelilingi oleh track F1. Hebat sangat. Kiranya, kalau jenguk ke luar tingkap, akan nampak, kereta-kereta dok berlumba. Ini view dari atas bas ni, sebelum sampai Rekabentuk Yas Viceroy Hotel. Pengsan tak? haha Nampak Track F1 kan? Hotel ini, kalau sampai musim perlumbaan F1, harga biliknya boleh mencecah USD5,000 semalam. Masa kami di sana, dalam USD1,000+ semalam. Hebatnya, ianya PERCUMA, dari Shaklee 🙂 Baru cerita pasal hotel dan makan. haha. Panjang pulak ya. Makan tengahari hari tu, kami di bawa ke Al Fanar Restaurant. Antara restoran terkenal di Abu Dhabi.  On our way to the restaurant, kami singgah di Corniche, bergambar sat. Ambik udara segar. Corniche tu maksudnya persisiran pantai. Sangat cantik 🙂 Selfie dengan Mr President. ekekeke Cantik Restoran ni. Klasik binaan dia 🙂 Pak Cik unta yang sporting 😀 Unta ni bebas Virus tau ! Takdan nak snap gambaq banyak-banyak. Makan terus. lapaq dan sedap! haha Menu kami : Beryani Dajaj – Ayam Naghar Nashef – Sotong  Salona Lahan – Kambing  1 menu untuk seorang. Sebab 5 tiket, kami dapat rasa semua. Makan saja, Shaklee bayaq 😀 Malamnya kami dibawa ke kawasan padang pasir, untuk menikmati makan malam Gala Dinner. Pack juga aktiviti di sini, tapi best ! Gala Dinner ni di Al Khatem Desert Camp. Memang makan betul-betul atas hamparan carpet atas pasir. Best ! Perjalanan kami ke sana. Menaiki Jeep. Merentas Padang Pasir, naik cerun, turun cerun, silap-silap haribulan, boleh keluar semua isi perut, bergolak-golak dalam Jeep tu Berhenti sat, nak tengok sunset. Masa ni juga ada 1 jeep, terlekat dalam pasir. Jadi kawan-kawan depa tolong keluarkan jeep tersebut Inilah camp nya. Satu kawasan di buat khas untuk dinner, dengan hamparan carpet dan meja jepun macam tu. Ni dapat hadiah lagi dari Shaklee. Depa panggil setiap keluarga. Dapat plaque AbU Dhabi 🙂 Di Padang Pasir 🙂 Makanan Gala Dinner Oh, Ni pertunjukan masa dinner. Tarian tradisi, Sepanjang tarian ni, dia berpusing, pusing, pusing badan, tanpa henti. Hebat sangat. Dan lepas tu, skirt dia tetiba ada lampu. haha.  Ada peserta mencuba tarian ni. pusing-pusing. last2 pening. haha. Bukan calang-calang skill yang dia persembahkan. Dan yang cuba ni cakap, skirt tu berat sangatttt Makan lagi ! Ok, itu pengakhiran hari kedua trip di Abu Dhabi. Alhamdulillah, seronok merasa pengalaman baru. Hotel best, layanan best, makanan pun super-best. Semua ini kami dapatkan percuma hanya dari Shaklee. Esok, kita sambung lagi untuk hari ke 2 dan ke 3. Anda yang nak tengok gambar, boleh tengok di album FB saya di sini dan banyakkkk lagi koleksi gambar di album Master Dean Kayree, Klik, klik. Rasakan keseronokan kami. Semoga tahun-tahun mendatang, anda juga berpeluang menikmati apa yang kami nikmati Siapa nak pi Umrah Ziarah Free macam ni, meh pm saya 🙂 Thanks for reading ! Salam sayang, Farihah Abu Kasim  019 228 2147  farihah.abukasim@gmail.com

Umrah Ziarah 5 bintang dengan Shaklee : Hanya PERCUMA :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 2015 telah berlalu, kini sudah 6 hari di 2016. Alhamdulillah, kami menutup 2015 dengan pengalaman umrah dan ziarah yang amat bermakna dengan Shaklee.  Bagaimana ya, saya nak memulakan? Trip Umrah & Ziarah ini memang WAJIB dianjurkan oleh Shaklee setiap tahun. Ianya adalah tawaran PERCUMA kepada leaders Shaklee yang layak dengan kiraan mata pada jumlah tertentu sepanjang setahun berbisnes Kami disambut dengan karpet merah dan President Shaklee Malaysia setibanya di Abu Dhabi. Seronok bila diraikan hasil penat lelah setahun berbisnes 🙂 Kiranya Umrah Ziarah kami kali ini adalah reward daripada penat lelah berbisnes pada cycle yang lalu. Sebenarnya ini adalah umrah ke-2 untuk saya, umrah pertama juga saya ke sana dengan tajaan Shaklee. PERCUMA pada tahun 2013. Boleh baca di sini. 2013 adalah trip antarabangsa pertama saya dengan Shaklee, dan kami dihadiahkan 2 tiket ke umrah percuma. 2014, saya memilih ke US kerana kami diraikan dalam Global National Conference. Kami dihadiahkan 5 tiket. Nanti saya cerita di entry yang lain. 5 tiket Umrah – Abu Dhabi – Dubai Dan tahun 2015, sekali lagi kami dihadiahkan 5 tiket dan kali ini kami memilih ke Umrah – Abi Dhabi.  Trip percuma ini dihadiahkan dengan kiraan points seperti berikut : Jualan kumpulan Bilangan leaders yang berjaya kita hasilkan dalam Empayar kita Bilangan pendaftaran keahlian dengan belian tertentu 3 kriteria ini memegang points pada jumpah tertentu dan dikumpulkan selama 12 bulan. Di akhir cycle, akan ditentukan berapa points yang kita kumpul dan berapa tiket yang kita layak dengan points tersebut.  Trip ini sangat EKSKLUSIF. Ia hanya boleh dimiliki dengan jumlah points yang kita kumpul. TIDAK BOLEH di tambah wang tunai, jika tak cukup points atau nak tambah tiket. Tak boleh ya. Cukup boleh dapat, tak cukup, walaupun 1 point, tak layak untuk dapat. Satu benda lagi yang best tentang trip Shaklee, bukan kita dan pasangan sahaja yang layak. Tiket ini juga melayakkan kita membawa bersama : Suami / Isteri  Anak-anak Ayah Mak Ayah Mertua Mak Mertua Adik beradik kandung (untuk leaders yang belum berkahwin sahaja) Shaklee adalah bisnes keluarga. Manfaat bisnes adalah untuk seisi keluarga, bukan untuk kita seorang atau kita dengan suami sahaja. Best kan? Dan TIADA HAD MAKSIMUM jumlah tiket. Bergantung kepada points yang kita kumpul. Boleh dapat 1 atau 2 atau 3 atau 4 atau 5 atau berapa sahaja tiket yang mampu kita claim. Bagaimana mampu saya gambarkan kegembiraan apabila berjaya membawa bersama ibu dan ayah ke umrah. Niat saya saya nak mak dan ayah rasai pengalaman Umrah mewah dengan Shaklee. Saya juga nak mak dan ayah kenal kawan-kawan Shaklee saya yang hebat, staff Shaklee yang baik hati, juga suasana bisnes Shaklee yang mengujakan. Inilah sebenarnya yang saya ingin dedahkan kepada mak dan ayah. Alhamdulillah, Allah izinkan 🙂 Tapi… yang Shaklee bagi bukanlah tiket sahaja. Belanja yang perlu kita keluarkan adalah membuat passport sahaja. Lain-lain Shaklee tanggung, daripada beg bagasi, kain ihram, telekung, tiket kapal terbang pergi balik, penginapan di hotel 5 -6 bintang, makan-minum dan kos-kos jika masuk ke tenpat-tempat tertentu. Kita cuma bawa duit tambang sahaja. Ehemmm.. best ka syok? Beberapa minggu sebelum ke Umrah, Shaklee poskan kelengkapan ke rumah saya. Beg bagasi, beg sandang, telekung, kain ihram, baju sejuk, buku panduan umrah. 5 tiket, jadi saya dapat 5 set. Sikit pun tak kurang 🙂 Amirah try baju sejuk yang Shaklee poskan. Happy sangat sebab brand Hello Kitty. haha. Saya dan mak dapat warna maroon, Ayah dan suami dapat warna hitam. Amirah dapat warna pink yang comel ni. Girl dengan pink, memang tak boleh dipisahkan kan? 😀 Tiket umrah ini adalah salah satu push factor saya fokus dengan Shaklee, kerana saya nak sangat pergi umrah dan umrah yang Shaklee tawarkan bukan calang-calang pakej. Ianya pakej VIP berharga sekitar RM20,000.  Kenapa perlu saya lepaskan jika ianya di depan mata, bukan? Untuk anda yang memiliki push factor yang sama seperti saya, Shaklee ada peluangnya. Ianya percuma tapi perlu dibayar dengan usaha dan keringat. Anda yang telah menjadi ahli Shaklee, usahalah untuk mendapatkannya. Yang belum menjadi ahli Shaklee, peluangnya terbuka untuk anda. Nanti saya sambung cerita lagi. Oh ya, koleksi gambar Umrah-Dubai-Abu Dhabi ada DI SINI. Jemput menjamu mata ya 🙂 Thanks for reading ! Salam sayang, Farihah Abu Kasim  019 228 2147  farihah.abukasim@gmail.com