Umrah Ziarah 5 bintang dengan Shaklee : Hari 3

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Baik, kita sambung. Saya tulis ringkasan bagaimana mendapat tiket trip antarabangsa ini di sini & hari 1 & 2 di sini. Kita sambung hari seterusnya

HARI 3

Hari ketiga kami bertolak ke Dubai menaiki bas. dekat saja. Pertama sekali kami di bawa melawat ke Burj Khalifa, pencakar langit tertinggi di dunia.

Pencakar langit tertinggi di dunia. Ketinggian 2 kali ganda Menara Berkembar Petronas 🙂

Dulu, Dubai pernah 2 kali diisytiharkan bankrupt. Dulu, hasil negerinya adalah mutiara, yang diperoleh dari laut. Apabila tiram mutiara telah mula diternak, mutiara Dubai telah kurang sambutan. Dan hasil negerinya merosot.
Kali kedua di tahun 2008 semasa ekonomi dunia merosot, Dubai mengalami masalah apabila negaranya terlibat dengan banyak projek besar termasuk Burj Khalifa

Disaat itu Abu Dhabi datang menghulurkan bantuan. Walaupun dikutuk dan dikecam akan bantuan yang katanya tidak akan memberi pulangan apa-apa, kerana Dubai sudah bankrupt, Abu Dhabi meneruskan hasratnya atas nama persaudaraan dan mengharapkan pemulihan Dubai akan mengelakkan kesan negatif itu berjangkit kepada negara UAE yang lain.

Menara itu yang asalnya mahu dinamakan dengan Menara Dubai, akhirnya dinamakan Burj Al Khalifa sebagai menghargai jasa dan bantuan daripada ketua negara Abu Dhabi. Itulah kisahnya 🙂

Shaklee bayaq 😀
Gambar sepanjang perjalanan menuju ke elevator. Ini gambar jurutera yang terlibat dalam pembinaan menara ni
Pakcik-pakcik pun berhenti rehat sat 🙂

At the Top 🙂

🙂

Beratur nak naik elevator 🙂
Kemudian kami di bawa ke Palm Island, pulau buatan manusia. 
Cantik kan? Hebatnya kuasa Allah beri ilham dan kemampuan kepada manusia mencipta. 
Palm Island ini dibina dengan 700juta tan batu dan 320 juta tan pasir. 
Batu disusun sebagai benteng pulau, dengan bantuan penyelam professional, 
memantau di bawah air
Mak terpesona dengan kecantikan bunga-bunga di Dubai. 
Bunga-bungaan disini diimport dan digantikan saban tahun supaya pelancong 
tak jemu dan suka dengan Dubai 
Hotel Atlantis Palm Island ni dikelilingi oleh akuarium. Bukan ikan kecik-kecik saja. 
Jaws, bapak Jaws pun ada 😀

Antara hotel ini termahal di dunia. Presidential suite yang dindingnya kaca, akuarium. Harganya boleh mencecah USD 30,000 semalam. Selain menginap, pengunjung juga berpeluang untuk diving, menyentuh dolphin dan aktiviti air yang lain

Tahun 2020, Dubai mensasarkan untuk membina hotel di dalam laut. berdinding kaca. 
Semua bilik dan hotelnya dinding see-through. Tapi kalau macam tu, manusia pulak 
yang dalam akuarium kan? Ikan pulak yang tengok kita? 😀
Selesai lunch di sini, kami ke Dubai Mall dan Gold Souq. Pasar emas. Walaupun namanya pasar emas, tak adalah pak guard setiap 2 meter. Tak ada. dan tak pernah berlaku kecurian di tempat tersebut. Dubai negeri aman dan selamat. Rakyatnya diberi kemewahan oleh pemerintah dan tiada yang terdesak untuk mencuri 🙂
Pasar Emas !

Ini cincin terbesar di dunia. mak ai
Dubai Mall, tak ada gambar. Mall biasa saja, kami jalan-jalan, ada yang shopping, dan minum-minum. Kami minum kopi dengan bun 5 beranak pun dalam 100 dirham lebih. haha. Memang kaya betul, orang Dubai kan?
Baliknya, kami disaji lagi dengan makan. Tak sempat lapar, dah makan lagi. kehkehkeh. Kali ini masakan Thai di JW Marriot. 
Mewah ! Dinner malam ni disini. Hotel mewah yang terlalu cantik dengan layanan super best. 
Harga hidangan untuk seorang adalah anggaran 300 dirham. Untuk kami 5 beranak, 1500 dirham. Hanya untuk dinner malam ini. 
Cuci tangan, makan saja. Semuanya Shaklee tanggung

Cantik !
Menu malam tu. Entahla cemana nak masuk. banyak sangat makannya. 

Romantik sangat suasananya haaa
Selesai makan, kami pulang ke Viceroy di Abu Dhabi. Berehat, untuk meneruskan esok yang sangat panjang & exciting 🙂
Nanti kita sambung hari ke 4 dan seterusnya. Anda yang merupakan ahli Shaklee, mulalah serius untuk menjadikan Shaklee sebagai bisnes anda. Ini adalah ruang dan peluang yang boleh dan sewajarnya direbut
Yang belum menjadi ahli dan inginkan percutian umrah & ziarah sebegini, boleh. Hubungi saya atau wakil Shaklee kesayangan anda di sini. Semua impian pasti boleh dicapai dengan keazaman dan usaha yang gigih, kan? 🙂
Thanks for reading !
Salam sayang,

019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

Tips tenaga Luarbiasa sewaktu umrah

 Assalamualaikum & Hai !! Saya nak cerita pengalaman berumrah yang sangat best dan energetic. Rezeki Tuhan, saya dapat sponsor dari Shaklee 4 tiket umrah pada Mei yang lalu. Kami pergi

Read More »

Categories

On Key

Artike Berkaitan

Rezeki Allah sangat luas, selagi kita berusaha dengan yakin dan penuh kesungguhan

 Assalamualaikum & Hai !!! Adam pi Solat Jumaat semalam, saya bagi seringgit, untuk sedekah di masjid. Dah 8 tahun umur Adam. Kenang kembali, sebak pula dengan perjalanan membesarkan dia. Masa mengandungkan Adam, ayah saya diserang stroke. Masa tu, kami di Ampang, Kuala Lumpur. Dalam tempoh sebulan, kami bergegas pindah balik kampung ke Kedah, untuk menjaga ayah. Kami tinggalkan rumah teres yang kami beli & baru lepas renovate, tukarkan sekolah anak-anak dan perkara paling besar sekali adalah suami saya melepaskan jawatannya sebagai guru. Tak tahu lah dari mana kami dapat kekuatan. Semuanya kerana ayah. Ayah dah sihat 💖 ‌برُّوا ‌آباءَكُمْ تَبَرُّكُمْ أَبْنَاؤُكُمْ“Berbaktilah kepada ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu” [hadis riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat]. Balik ke Kedah, masa saya sarat mengandungkan Adam, bina semula kehidupan dari kosong. Pejam celik, dah 8 tahun kisah ini berlalu. Adam menang pertandingan azan di masjid kampung Kini, kami dah stabil di sini, menjalankan bisnes Shaklee, m Pengedar Shaklee asih lagi bisnes yang kami mulakan 2011 yang dulu. Cuma berpindah lokasi, tidak berpindah kerjaya. Dari Pengedar ShakleePengedar Shaklee Ampang kepada Pengedar Shaklee Kodiang.  Saya meneruskan bisnes seperti biasa, bisnes online ni sangatlah fleksibel, tambahan pulak, Shaklee pegang semua stok & barang. Saya cuma promosikan & melatih ahli team sahaja melalui online. Sangat mudah. 4 anak yang lahir di Kedah💖 Rupanya, setelah berpindah ke sini, bisnes kami kian berkembang, Alhamdulillah. Dari ceruk kampung ni, saya dapat satu lagi award tertinggi iaitu Elite Master 25 Award. Ada 6 orang yang dianugerahkan, dan kami salah satunya dan satu-satunya pemenang dari kampung 😂 Lagi gambar di FB : Elite Master Celebration Rezeki Allah sangat luas, Alhamdulillah. Sebab itu, saya sayangkan sangat bisnes Shaklee, sangat mudah dan fleksible untuk bersama keluarga sambil menjana income.  Jika anda ada cita-cita untuk membina bisnes tanpa modal, fleksibel tetapi lumayan, boleh hubungi saya untuk dibantu ya 💜 Farihah Shaklee Effective Master Coordinator  FB : Farihah Abu Kasim Wasap : 0192622200

 Assalamualaikum & Hai !! Saya nak cerita pengalaman berumrah yang sangat best dan energetic. Rezeki Tuhan, saya dapat sponsor dari Shaklee 4 tiket umrah pada Mei yang lalu. Kami pergi suami isteri bersama mak mertua dan anak sulung saya. Mak saya dia sihat saja, cuma dalam usia 77 tahun, dia berjalan agak lambat, dan risau dirempuh atau apa-apa yang tak diingini berlaku, kami bawa sekali wheelchair untuk Mak. Sejujurnya, saya bawa vitamin hampir separuh beg ! tokey vitamin lah katakan 😂😂. Tapi, tak sempat nak makan pun, sibuk ke sana ke sini. Jadi, akhirnya, saya decide untuk kami empat beranak, konsisten dengan ResV dan OsteNutrix sahaja.  2 kapsul ResV pagi dan malam + 4 biji OsteNutrix sebelum tidur. Dan, alhamdulillah, dengan izin Allah kami semua sihat bertenaga, Mak yang pada awalnya macam nak selsema sembuh dan sihat sepanjang umrah. Ini testimoni shaklee saya yang tak tau ke berapa dah. banyak sangat Allah rezekikan sihat & cergas dengan Shaklee ni Pulang ke Malaysia, dari KLIA, kami drive ke utara. Terus beraktiviti macam biasa, kawan-kawan datang ziarah, pi masjid, kenduri, hantar anak sekolah. semuanya seperti biasa. Dan 3 hari selepasnya, drive lagi, hantar Mak balik Terengganu. Alhamdulillah, sihat semuanya dan cergas. Dah tak macam balik umrah, macam pi Aloq Setaq ja pulak 😂😂 Itulah, usaha itu dari kita, izinnya dari Allah. Sebagai manusia yang lemah, semua kebergantungan kita kepada Allah. Tapi, mesti melalui usaha yang bersungguh-sungguh. Tips lain yang asas bila ke umrah # Jangan kerap mandi# Pakai lip balm untuk elak bibir pecah# Banyakkan minum air, bawa botol air, isi air zamzam, minum air zamzam banyak-banyak#Banyakkan baca doa ni semasa di sana, terutama waktu tawaf & saei, minta kekuatan tubuh badan.  Doa ni, arwah mak saya bagitau, mak yang sakit lutut masa tu, boleh bersaei lebih laju dari saya. Alfatihah untuk Mak, moga Mak bahagia di sana Selamat mengerjakan haji & umrah untuk yang dijemput Allah. Semoga ada peluang untuk kita semua pergi berkali-kali ke haramain. Terima Kasih Shaklee, belanja bilik hotel duplex yang best dan luas sangatttt Anda nak umrah percuma? Jom saya bantu 💜 Farihah Shaklee Effective Master Coordinator  FB : Farihah Abu Kasim Wasap : 0192622200