Umrah Ziarah 5 bintang dengan Shaklee : Hari 1 & 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !
Bercakap tentang trip mewah Shaklee, semuanya best. Salah satu yang paling best adalah makanan. Pergi trip dengan Shaklee, bukan dok fikir apa nak makan? tapi, dok fikir yang mana nak makan? 😀 Memang tak sempat lapar dan hidangan makanan bukanlah yang calang-calang. Semuanya 5-6 bintang. hmm… best tau !
Eh?! payah nak cerita fokus kat makanan. haha. Saya nak kongsikan setiap hari secara ringkas program kami ya 🙂
HARI 1
Kami berlepas dengan penerbangan Etihad Airways dari KLIA ke Abu Dhabi.Penerbangan mengambil masa lebih kurang 4 jam
Kawan-kawan sidelines dari jauh dan dekat yang datang hantar kami. Ada jugak downline Surijunior, tapi gambaq dok tang mana tak tau.sorry2. 
HARI 2
Kami tiba di Abu Dhabi dan menginap di Yas Viceroy Hotel. 
Ketibaan kami di hamparan karpet merah dan diraikan oleh Mr Hermant, Prsiden Shaklee Malaysia. Dikalungkan macam pingat gitu, Tulis Tahniah Syabas. Wow ! hehe
Ni haa.. pingat emas nya. 😀
Foto ihsan : Master Dean Kayree

Foto ihsan : Master Dean Kayree
Welcoming drinks. Juices. Sedap !

Terus ke breakfast. Yas Viceroy ni hotel 5 bintang dan makanan dia memang sedap sangat. Oh ya, kat sini setiap pagi ada dihidangkan susu unta. Kami tak dapat pergi ladang unta macam Umrah 2013 dulu sebab virus kan, jadi belasah susu unta kat sini cukup-cukup. haha. Mr Hermant ni memang baik hati dan peramah, bukan dia saja, semua staff & travel agent, baik-baik belaka. Masa ni Mr President datang menyantuni kami tengah makan. 🙂
Ini bahagian luar cafe tadi. Mintak ihsan gambar Master Wan Muliani & suami 😀

Makan. Makan

Foto ihsan : Master Dean Kayree

Ini bahagian luar cafe yang menghadap ke Track F1. Memang best view dia. Kami pergi saja, tak makan sini, ayah saya berkerusi roda,jadi mudah makan di dalam. Bagus juga, senang ulang ambik makanan banyak kali. haha
Foto ihsan : Master Dean Kayree

Roti kegemaran Amirah 🙂
Foto ihsan : Master Dean Kayree

Oh. Ini super-sedap !
Ok, check in masuk bilik. Seronok tak tau nak habaq dapat bagi mak dan ayah dok bilik mewah macam ni. Lagi seronok pasai Shaklee yang tulung bayaq. hehe. Seronok tengok dok explore bilik ni. Langsir automatik, bilik air cantik, kusyen empuk. Eh.. semualah. Siap bagi cadangan “Rumah kamu kalau buleh tukaq buat tirai (langsir) auto macam ni bagus jugak” Haha. Oh mak ku. 😀

Inilah sebenarnya keluasan bilik tersebut. Besaq. Oh ya, bilik saya triple sharing, sharing bertiga dengan Amirah, sebenarnya Amirah ada 1 tiket dan dia boleh dapat 1 bilik kongsi dengan leader lain. Tapi sebab payah la anak dok jauh, nanti nak panggil bagai, jadi kami ambik triple sharing saja. Bilik pun luas. Takde masalah 🙂

Atas katil, ada kad & sekotak coklat. Ahlan wa Sahlan 🙂

Surat cinta dari Shaklee 🙂
Depan hotel, ada fountain dengan kereta ni. Hotel ini sebenarnya dibina di dalam litar F1. Ia di kelilingi oleh track F1. Hebat sangat. Kiranya, kalau jenguk ke luar tingkap, akan nampak, kereta-kereta dok berlumba.

Ini view dari atas bas ni, sebelum sampai
Rekabentuk Yas Viceroy Hotel. Pengsan tak? haha

Nampak Track F1 kan? Hotel ini, kalau sampai musim perlumbaan F1, harga biliknya boleh mencecah USD5,000 semalam. Masa kami di sana, dalam USD1,000+ semalam. Hebatnya, ianya PERCUMA, dari Shaklee 🙂
Baru cerita pasal hotel dan makan. haha. Panjang pulak ya. Makan tengahari hari tu, kami di bawa ke Al Fanar Restaurant. Antara restoran terkenal di Abu Dhabi. 
On our way to the restaurant, kami singgah di Corniche, bergambar sat. Ambik udara segar. Corniche tu maksudnya persisiran pantai. Sangat cantik 🙂
Selfie dengan Mr President. ekekeke

Cantik Restoran ni. Klasik binaan dia 🙂

Pak Cik unta yang sporting 😀

Unta ni bebas Virus tau !

Takdan nak snap gambaq banyak-banyak. Makan terus. lapaq dan sedap! haha
Menu kami :

Beryani Dajaj – Ayam
Naghar Nashef – Sotong 
Salona Lahan – Kambing 

1 menu untuk seorang. Sebab 5 tiket, kami dapat rasa semua. Makan saja, Shaklee bayaq 😀

Malamnya kami dibawa ke kawasan padang pasir, untuk menikmati makan malam Gala Dinner. Pack juga aktiviti di sini, tapi best ! Gala Dinner ni di Al Khatem Desert Camp. Memang makan betul-betul atas hamparan carpet atas pasir. Best !

Perjalanan kami ke sana. Menaiki Jeep. Merentas Padang Pasir, naik cerun, turun cerun, silap-silap haribulan, boleh keluar semua isi perut, bergolak-golak dalam Jeep tu

Berhenti sat, nak tengok sunset. Masa ni juga ada 1 jeep, terlekat dalam pasir. Jadi kawan-kawan depa tolong keluarkan jeep tersebut

Inilah camp nya. Satu kawasan di buat khas untuk dinner, dengan hamparan carpet dan meja jepun macam tu. Ni dapat hadiah lagi dari Shaklee. Depa panggil setiap keluarga. Dapat plaque AbU Dhabi 🙂

Di Padang Pasir 🙂

Makanan Gala Dinner

Oh, Ni pertunjukan masa dinner. Tarian tradisi, Sepanjang tarian ni, dia berpusing, pusing, pusing badan, tanpa henti. Hebat sangat.

Dan lepas tu, skirt dia tetiba ada lampu. haha. 

Ada peserta mencuba tarian ni. pusing-pusing. last2 pening. haha. Bukan calang-calang skill yang dia persembahkan. Dan yang cuba ni cakap, skirt tu berat sangatttt

Makan lagi !

Ok, itu pengakhiran hari kedua trip di Abu Dhabi. Alhamdulillah, seronok merasa pengalaman baru. Hotel best, layanan best, makanan pun super-best. Semua ini kami dapatkan percuma hanya dari Shaklee.

Esok, kita sambung lagi untuk hari ke 2 dan ke 3. Anda yang nak tengok gambar, boleh tengok di album FB saya di sini dan banyakkkk lagi koleksi gambar di album Master Dean Kayree, Klik, klik. Rasakan keseronokan kami. Semoga tahun-tahun mendatang, anda juga berpeluang menikmati apa yang kami nikmati

Siapa nak pi Umrah Ziarah Free macam ni, meh pm saya 🙂

Thanks for reading !
Salam sayang,

019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

Tips tenaga Luarbiasa sewaktu umrah

 Assalamualaikum & Hai !! Saya nak cerita pengalaman berumrah yang sangat best dan energetic. Rezeki Tuhan, saya dapat sponsor dari Shaklee 4 tiket umrah pada Mei yang lalu. Kami pergi

Read More »

Categories

On Key

Artike Berkaitan

Rezeki Allah sangat luas, selagi kita berusaha dengan yakin dan penuh kesungguhan

 Assalamualaikum & Hai !!! Adam pi Solat Jumaat semalam, saya bagi seringgit, untuk sedekah di masjid. Dah 8 tahun umur Adam. Kenang kembali, sebak pula dengan perjalanan membesarkan dia. Masa mengandungkan Adam, ayah saya diserang stroke. Masa tu, kami di Ampang, Kuala Lumpur. Dalam tempoh sebulan, kami bergegas pindah balik kampung ke Kedah, untuk menjaga ayah. Kami tinggalkan rumah teres yang kami beli & baru lepas renovate, tukarkan sekolah anak-anak dan perkara paling besar sekali adalah suami saya melepaskan jawatannya sebagai guru. Tak tahu lah dari mana kami dapat kekuatan. Semuanya kerana ayah. Ayah dah sihat 💖 ‌برُّوا ‌آباءَكُمْ تَبَرُّكُمْ أَبْنَاؤُكُمْ“Berbaktilah kepada ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu” [hadis riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat]. Balik ke Kedah, masa saya sarat mengandungkan Adam, bina semula kehidupan dari kosong. Pejam celik, dah 8 tahun kisah ini berlalu. Adam menang pertandingan azan di masjid kampung Kini, kami dah stabil di sini, menjalankan bisnes Shaklee, m Pengedar Shaklee asih lagi bisnes yang kami mulakan 2011 yang dulu. Cuma berpindah lokasi, tidak berpindah kerjaya. Dari Pengedar ShakleePengedar Shaklee Ampang kepada Pengedar Shaklee Kodiang.  Saya meneruskan bisnes seperti biasa, bisnes online ni sangatlah fleksibel, tambahan pulak, Shaklee pegang semua stok & barang. Saya cuma promosikan & melatih ahli team sahaja melalui online. Sangat mudah. 4 anak yang lahir di Kedah💖 Rupanya, setelah berpindah ke sini, bisnes kami kian berkembang, Alhamdulillah. Dari ceruk kampung ni, saya dapat satu lagi award tertinggi iaitu Elite Master 25 Award. Ada 6 orang yang dianugerahkan, dan kami salah satunya dan satu-satunya pemenang dari kampung 😂 Lagi gambar di FB : Elite Master Celebration Rezeki Allah sangat luas, Alhamdulillah. Sebab itu, saya sayangkan sangat bisnes Shaklee, sangat mudah dan fleksible untuk bersama keluarga sambil menjana income.  Jika anda ada cita-cita untuk membina bisnes tanpa modal, fleksibel tetapi lumayan, boleh hubungi saya untuk dibantu ya 💜 Farihah Shaklee Effective Master Coordinator  FB : Farihah Abu Kasim Wasap : 0192622200

 Assalamualaikum & Hai !! Saya nak cerita pengalaman berumrah yang sangat best dan energetic. Rezeki Tuhan, saya dapat sponsor dari Shaklee 4 tiket umrah pada Mei yang lalu. Kami pergi suami isteri bersama mak mertua dan anak sulung saya. Mak saya dia sihat saja, cuma dalam usia 77 tahun, dia berjalan agak lambat, dan risau dirempuh atau apa-apa yang tak diingini berlaku, kami bawa sekali wheelchair untuk Mak. Sejujurnya, saya bawa vitamin hampir separuh beg ! tokey vitamin lah katakan 😂😂. Tapi, tak sempat nak makan pun, sibuk ke sana ke sini. Jadi, akhirnya, saya decide untuk kami empat beranak, konsisten dengan ResV dan OsteNutrix sahaja.  2 kapsul ResV pagi dan malam + 4 biji OsteNutrix sebelum tidur. Dan, alhamdulillah, dengan izin Allah kami semua sihat bertenaga, Mak yang pada awalnya macam nak selsema sembuh dan sihat sepanjang umrah. Ini testimoni shaklee saya yang tak tau ke berapa dah. banyak sangat Allah rezekikan sihat & cergas dengan Shaklee ni Pulang ke Malaysia, dari KLIA, kami drive ke utara. Terus beraktiviti macam biasa, kawan-kawan datang ziarah, pi masjid, kenduri, hantar anak sekolah. semuanya seperti biasa. Dan 3 hari selepasnya, drive lagi, hantar Mak balik Terengganu. Alhamdulillah, sihat semuanya dan cergas. Dah tak macam balik umrah, macam pi Aloq Setaq ja pulak 😂😂 Itulah, usaha itu dari kita, izinnya dari Allah. Sebagai manusia yang lemah, semua kebergantungan kita kepada Allah. Tapi, mesti melalui usaha yang bersungguh-sungguh. Tips lain yang asas bila ke umrah # Jangan kerap mandi# Pakai lip balm untuk elak bibir pecah# Banyakkan minum air, bawa botol air, isi air zamzam, minum air zamzam banyak-banyak#Banyakkan baca doa ni semasa di sana, terutama waktu tawaf & saei, minta kekuatan tubuh badan.  Doa ni, arwah mak saya bagitau, mak yang sakit lutut masa tu, boleh bersaei lebih laju dari saya. Alfatihah untuk Mak, moga Mak bahagia di sana Selamat mengerjakan haji & umrah untuk yang dijemput Allah. Semoga ada peluang untuk kita semua pergi berkali-kali ke haramain. Terima Kasih Shaklee, belanja bilik hotel duplex yang best dan luas sangatttt Anda nak umrah percuma? Jom saya bantu 💜 Farihah Shaklee Effective Master Coordinator  FB : Farihah Abu Kasim Wasap : 0192622200