Berikan Bayi Anda Makan Dengan Cara Yang Selamat.

Apabila memperkenalkan si kecil anda kepada makanan bayi dan makanan pejal, sentiasa ingat tip-tip keselamatan berikut.

Jangan sekali-kali tinggalkan bayi anda seorang diri ketika dia sedang makan

Ada risiko dia mungkin tercekik ketika anda keluar daripada bilik tersebut.

Jangan tinggalkan bayi anda tanpa pengawasan di kerusi tingginya 

Kerusi tinggi seharusnya mempunyai tali keselamatan; pasangkan tali tersebut setiap kali anda meletakkan bayi anda di atas kerusi tinggi. 

Kacau makanan yang dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro rata-rata 

Jangan lupa periksa suhunya dengan belakang tangan anda sebelum menyuapkannya kepada bayi anda.

Buang makanan bayi yang tidak habis serta-merta

Untuk mengurangkan pembaziran, beri bayi anda jumlah yang kecil dahulu. Jika dia habis, berikan sedikit lagi. Dengan cara ini, makanan yang tidak disentuh dan tidak terkena air liur bayi melalui sudu yang digunakan untuk menyuapnya boleh disimpan dalam peti sejuk atau peti sejuk beku untuk dihangatkan pada keesokan hari.

Sterilkan semua peralatan makan bayi 

Sterilkan semua peralatan makan bayi sehingga dia berumur sekurang-kurangnya enam bulan, walaupun sekiranya anda menggunakan mesin mencuci pinggan. 
Sterilkan botolnya sehingga dia berumur 12 bulan.

Gunakan peti sejuk atau peti sejuk beku anda dengan betul 

Sentiasa tutup makanan bayi yang dimasak sendiri sebelum anda menyimpannya di dalam peti sejuk atau peti sejuk beku. Ini bagi menghalang makanan bayi daripada bersentuhan dengan daging mentah. 
Sejuk bekukan makanan bayi yang dimasak sendiri sebaik sahaja ia telah sejuk.
Pastikan peti sejuk anda cukup sejuk. Suhunya seharusnya sentiasa di bawah 5 darjah C.

sumber: babycentre

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan