Pada suatu hari, nabi Ibrahim as datang ke Mekah bertujuan
untuk menziarahi anaknya Ismail. Ketika baginda tiba, nabi Ismail tiada di
rumah sebaliknya ada seorang perempuan yang tidak dikenalinya dalam rumah itu.
Perempuan itu merupakan menantunya sendiri tetapi baginda memang tidak
mengenalinya dan perempuan itu pun tidak mengenali bapa mertuanya iaitu nabi
Ibrahim. Tanpa berlengah baginda bertanya kepada perempuan itu tentang nabi
Ismail. Perempuan itu memberitahu bahawa nabi Ismail keluar memburu. Apabila
disoal tentang suasana kehidupan mereka maka perempuan itu menjawab : ”
Kami hidup susah dan kesempitan”. Nabi Ibrahim bertanya lagi : ”
Adakah kamu mempunyai tetamu? Adakah kamu mempunyai bekalan makanan dan
minuman?”. Jawab perempuan tadi :” Kami tidak mempunyai tetamu dan
kami juga tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman”.

Melihat dan memerhati kepada tingkah laku serta jawapan yang diberikan oleh
perempuan itu maka nabi Ibrahim mendapati bahawa perempuan itu merupakan
seorang tidak berakhlak mulia serta selama ini tidak pernah senang hati hidup
bersama nabi Ismail. Dia juga bersifat bakhil dan tidak menghormati tetamu.
Sebelum bertolak pulang maka nabi Ibrahim berpesan kepada perempuan tadi yang
juga merupakan menantunya : ” Sampaikan salamku kepada suamimu dan
pesanlah kepadanya agar menukar bingkai pintu rumahnya”.

Sebaik sahaja nabi Ibrahim meninggal rumah itu maka pulanglah nabi Ismail dalam
keadaan seperti orang yang merasakan sesuatu telah berlaku sepanjang
sepeninggalannya pergi memburu. Lalu baginda bertanya kepada isterinya :”
Adakah ada seseorang datang menziarahimu?”. Jawab isterinya :” Ya!
ada iaitu seorang tua begini sifatnya telah datang menziarahi dan telah
menyoalku tentang dirimu. Aku telah menerangkan segala apa yang berlaku kepadanya”.
Baginda bertanya lagi :” Adakah dia meninggalkan sebarang pesanan
kepadamu?”. Jawab isterinya : “Ya! dia telah berkirim salam kepadamu
dan meminta aku memberitahumu agar engkau menukar bingkai pintu rumahmu”.
Mendengar jawapan daripada isterinya lantas nabi Ismail menjelaskan kepadanya
:” Itulah dia bapaku dan dia telah memerintahkan aku supaya berpisah
denganmu dan pulanglah kepada keluargamu semula”. Nabi Ismail terus
menceraikan isterinya dan mengahwini perempuan yang lain.

Setelah berlalu beberapa lama masa maka nabi Ibrahim datang semula ke Mekah
untuk menziarahi anaknya Ismail. Kali ini sebagaimana yang pernah berlaku
ketika penziarahannya yang dulu yang mana nabi Ismail tiada di rumah. Baginda
mendapati ada seorang perempuan yang baru dalam rumah anaknya. Perempuan itu
menyambut kedatangannya dengan penuh hormat dan diberi layanan yang baik. Nabi
Ibrahim bertanya perempuan itu yang juga merupakan menantunya yang baru :
” Adakah kamu mempunyai tetamu?”. Jawab perempuan itu :” Ya!
iaitu engkau”. Kemudian baginda bertanya mengenai kehidupan mereka berdua
lalu perempuan itu menjawab :” Kami berada dalam keadaan baik dan
bahagia”. Sambil itu dia memuji-muji Allah. Sebelum pulang nabi Ibrahim
berpesan kepada perempuan itu : ” Apabila suamimu pulang maka sampaikan
salamku kepadanya dan beritahunya supaya terus kekalkan bingkai pintu
rumahnya”. Kemudian nabi Ibrahim berlalu pergi.
Setelah nabi Ismail tiba di rumahnya maka isterinya telah menceritakan bahawa
ada seorang tua yang datang menziarahinya sepanjang ketiadaannya. Dia
memberithu tentang rupa bentuk dan sifat lelaki tua itu serta menyampaikan
salam dan pesanan daripada lelaki tua itu kepada nabi Ismail. Mendengar
penjelasan yang diberikan oleh isterinya lalu nabi Ismail dengan gembira
memberitahu :” Dia merupakan bapaku dan dia berpesan agar menjagamu dan
jangan menceraikanmu”. Nabi Ismail terus hidup bersama isterinya itu
sehinggalah beranak cucu.
Petikan : Nabi Ibrahim Menguji Menantunya
Thanks for reading!