Subhanallah…kalah kita benar-benar kaji keajaiban susu ibu, air mata kita boleh menitis dan lebih menambahkan rasa syukur berpeluang memberikan yang terbaik untuk simanja kerana susu ibu berubah mengikut keperluan bayi dan sentiasa sesuai untuk bayi.
Tidak sekadar itu, juga berubah mengikut kehausan bayi + cuaca. Jika dalam keadaan panas,kita boleh dapati susu sedikit cair, untuk menghilangkan dahaga bayi.
Untuk mendapatkan susu yang pekat, ibu perlu express sehingga habis kedua-dua belah payudara. Susu yang dihasilkan pada awal akan sedikit cair untuk menghilangkan dahaga bayi..susu yang di akhir-akhir sesi pekat. Susu diperingkat awal dipanggil foremilk yang yang di akhir dipanggil hindmilk.
- Foremilk
Apabila kali pertama bermula untuk menyusu, susu pertama yang diterima bayi dipanggil foremilk. Ia adalah cair dan berair. Foremilk sebahagian besarnya air yang diperlukan untuk memenuhi dahaga bayi anda.
- Hindmilk
Hindmilk dirembeskan selepas beberapa minit penyusuan. Ia adalah bertekstur krim dan mempunyai kepekatan lemak yang tinggi. Hindmilk membantu bayi anda berasa kenyang. Susukan bayi anda sehingga anda melihat seolah-olah dia mengantuk yang menunjukkan dia kenyang.
Apabila susu dihasilkan, lemak akan melekat di sisi sel-sel susu yang membuatnya manakala bahagian susu yang berair bergerak ke bawah duktus ke arah puting, di mana ia bercampur dengan susu yang ditinggalkan di sana dari suapan terakhir. Susu “berair” ini mempunyai kandungan laktosa yang tinggi dan kurang lemak berbanding susu yang disimpan di dalam sel-sel susu membuatnya (kilang) dalam payudara.
Jadi susuilah / perahlah sehingga payudara kosong untuk mendapatkan kedua-dua foremilk & hindmilk.
NOTA:Tiada anggapan seperti “susu ibu yang lemah.” Badan anda akan menggabungkan bahan-bahan yang tepat yang perlu untuk memenuhi keperluan bayi anda.
Kredit : babies.sutterhealth.org , llli.org















