Usahakan Diri Untuk Solat

 Solat ni wajib, selagi kita sedar, tak mati, tak pengsan, ianya wajib. Dan wajib juga kita solat dalam keadaan sempurna. Pakaian dan tempat solat kena suci (bukan setakat nampak bersih, tapi suci dari najis)

Usahakan untuk dapat solat dengan sempurna, cari ruang untuk qiam, rukuk, sujud dan duduk tahiyat dengan sempurna. Kecuali dalam kapal terbang atau bas yang takmau berhenti contohnya, atau kita dalam keuzuran yang menyebabkan solat kita tidak sempurna, itu dibolehkan. Selain itu, kena usahakan untuk disempurnakan rukun.
Kalau travel, dalam handcarry, sediakan sepersalinan pakaian yang suci & alas solat (sejadah / kain). Untuk kita tukar & guna semasa solat. Untuk wanita, elok juga ada brooch satu, supaya boleh pin kan tudung di belakang ke baju, supaya tak terselak tudung semasa sujud kalau angin kuat.

Solat kita ni walaupun tak sesempurna alim ulama’ , usahakanlah untuk dikerjakan tanpa gagal. Banyak sangat nikmat Allah bagi, jangan sampai hakNya yang satu ini pun kita cuai atau tinggal-tinggalkan. Mudah sangat solat ni, Tak perlu cari masjid setiap kali nak solat. Cuma cari arah kiblat, terus sempurnakan solat.


Bila Islam ini mudah, jangan pula kita terlalu ambil mudah.

Taipei International Airport, VIP Lounge
Shaklee Incentive Trip San Francisco, Las Vegas, Los Angeles

_____________________________


💜,
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator
Hubungi saya
FB : Farihah Abu Kasim
Wasap : 0192622200


Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan