Dulu tengok orang bersenam sambil baring atas katil. Sekarang saya pula terfikir nak cuba HYROX. 😂
Salam semua, saya Nina Salleh, seorang isteri dan ibu kepada empat orang anak. ❤️
Tahun ini genap 10 tahun saya bersama Shaklee. Bulan Jun tahun ini pula, saya mula perjalanan #fitmomjourney saya.
Kalau nak cerita kenapa saya mula amalkan Shaklee dulu, sebenarnya bukan sebab nak jadi fit pun.
Masa itu saya sedang menyusukan anak. Saya nak jaga diri dan cukupkan nutrisi. Dalam masa yang sama, saya sedang fikir nak berhenti kerja dan cari sesuatu yang boleh saya buat sendiri dari rumah.
Tak pernah terlintas pun, 10 tahun kemudian Shaklee masih jadi sebahagian daripada hidup saya. Dulu saya mula untuk jaga diri sebagai ibu menyusu. Sekarang saya semakin fikir tentang kesihatan dan kekuatan badan sendiri.
Saya memang bukan orang yang aktif bersenam. Nak pergi gym pun tak. Nak berlari pun tak. Kalau orang cakap pasal training, saya tengok dari jauh saja. 😂
Sebenarnya saya selalu tengok Adik Farihah bersenam. Tapi saya tengok sambil baring atas katil nan empuk. Kahkah!
Bila Master Farihah dah jadi mak anak sembilan, saya masih mak anak empat, tapi perangai malas itu masih sama. Saya rasa, “Eh, ada benda yang kena baiki ni.”
Saya pun mula beri perhatian pada kesihatan perut. Saya cuba konsisten ambil prebiotik dan probiotik Shaklee. Sebelum itu, macam macam juga saya pernah beli di kedai dan farmasi, tapi saya sendiri rasa kurang serasi.
Lambat saya mula sebab produk Shaklee itu pun lambat masuk. Ish, nasib baik masuk juga! Kalau ada yang rasa asyik malas nak bergerak macam saya dulu, bolehlah mula tengok semula rutin diri. Jangan biarkan orang lain saja yang fit. Lagi lagi mak anak sembilan itu. Maluuu! 🤣
Bila umur makin meningkat dan anak pun makin besar, saya mula fikir,
“Aku nak jadi mak yang macam mana bila umur 40-an nanti?”
Saya tak nak sekadar kurus. Saya nak kuat. Nak ada stamina. Nak boleh berjalan jauh, main dengan anak dan travel tanpa cepat penat. Saya nak terus boleh buat aktiviti walaupun umur semakin bertambah.
Jadi saya mula perlahan lahan.
Dulu memang mudah nak cari alasan. Masa anak kecil, saya kata tak larat bersenam sebab nanti kena menyusu. 🤣 Penimbang pun saya biarkan berhabuk. Jam pula lama tak cas. Malas sungguh nak layan!
Suami pun pernah saya salahkan sebab asyik puji saya. Macam mana nak rajin dan nak kurus kalau macam itu? 😂 Pil perancang pun saya pernah salahkan bila berat susah turun.
Tapi kalau asyik salahkan macam macam, saya tahu saya akan terus bertangguh. Berat mungkin susah nak turun, tapi dalam masa yang sama, saya masih boleh usaha bina stamina.
Sepuluh tahun lepas, saya mula Shaklee sebab nak jaga diri sebagai ibu menyusu. Hari ini, saya masih bersama Shaklee, cuma impian saya dah berubah.
Dulu saya nak cukup tenaga untuk jaga anak anak. Sekarang saya nak cukup kuat untuk menikmati hidup bersama mereka. ❤️
Dan kalau saya yang dulu tak suka bersenam pun boleh sampai tahap teringin nak cuba HYROX, mak mak lain pun boleh mula.
Tak perlu terus cuba HYROX lah. 😂 Keluar rumah dan berjalan 10 minit pun dah dikira mula.
Yang penting, jangan tunggu badan “jadi” baru nak jaga badan. Jaga diri kita hari ini supaya kita boleh terus menikmati banyak lagi tahun bersama orang yang kita sayang. ❤️
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Nina dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp NAMA untuk berhubung secara terus.













