Dulu saya rasa badan masih sihat. Sampailah tekanan darah naik tinggi, baru saya sedar kesihatan tak boleh diambil mudah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Saya Norimi, berumur 44 tahun, dari Kepala Batas, Pulau Pinang.
Perjalanan saya bersama Shaklee bermula dengan dua produk ini, Lecithin dan Omega Guard.
Sebelum ini, saya memang ada mengambil suplemen lain. Tetapi saya tak begitu serius tentang penjagaan kesihatan. Saya ambil sekadar ambil sahaja sebab waktu itu saya rasa badan saya okey dan saya sihat.
Sampailah satu tahap, tekanan darah saya naik tinggi.
Waktu itu, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya ialah Shaklee.
Kenapa? Saya pun tak pasti kenapa tiba tiba teringat Shaklee. Mungkin sebab saya pernah kenal dan tengok produk Shaklee sejak tahun 1990 dahulu, ketika ayahanda saya mengamalkannya.
Jadi, dalam keadaan panik sebab tekanan darah naik, saya tak tunggu lama.
Saya terus pergi ke cawangan Shaklee Seberang Jaya dan membeli Lecithin serta Omega Guard. Dua produk inilah yang menjadi permulaan perjalanan Shaklee saya.
Sebagai ikhtiar…
Alhamdulillah, dalam tempoh dua minggu itu, bacaan tekanan darah saya kembali lebih baik.
Pengalaman ini buat saya tekad untuk membetulkan gaya hidup dan menjaga kesihatan dengan lebih serius.
Dari situlah saya mula berfikir…
“Selama ini aku ambil mudah tentang kesihatan. Kenapa tunggu badan bagi isyarat baru nak jaga?”
Selepas itu, saya mula belajar untuk cukupkan protein, cukupkan nutrien dan jaga pemakanan.
Sedikit demi sedikit, saya tambah suplemen Shaklee yang lain dalam rutin harian saya.
Alhamdulillah, perjalanan itu masih berterusan sehingga hari ini.
Saya terus konsisten mengambil suplemen sebagai sebahagian daripada usaha menjaga kesihatan dan kekal cergas untuk menjalani aktiviti harian. Insya Allah.
Bermula kerana kesihatan, kekal juga kerana kesihatan. Sepanjang perjalanan ini, Allah hadiahkan juga peluang rezeki.
Alhamdulillah.
Terima kasih banyak kepada Mamareen yang banyak membimbing saya. Terima kasih juga kepada Mak Mak Master yang lain serta kawan kawan Shaklee yang sentiasa memberikan sokongan.
Wallahu a‘lam. ❤️
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Norimi dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Norimi untuk berhubung secara terus.












