Bila tengok anak asyik menggaru dan tak selesa, sebagai ibu, kita sanggup mencuba pelbagai ikhtiar. 😢
Itulah yang saya lalui bersama Aina Humaira.
Sejak kecil, Aina mengalami ekzema yang kronik. Bila ekzema datang, kulitnya jadi kering, gatal dan sangat mengganggu keselesaannya.
Bila orang cakap,
“Cuba pergi berubat di sini…”
Kami pergi.
“Cuba tempat ini pula…”
Kami pergi juga.
Pelbagai ubat, krim dan macam lagi ikhtiar kami dah cuba. Sebagai ibu, saya cuma fikir satu perkara. Nak anak rasa selesa dan boleh menjalani kehidupan seperti anak lain. ❤️
Sampailah saya diperkenalkan dengan Herbal Blend Shaklee.
Saya mula menggunakannya secara konsisten. Alhamdulillah, saya perasan ada perubahan pada keadaan kulit Aina. Ekzemanya masih ada dan datang sekali sekala, tetapi keadaan kulitnya semakin baik.
Kemudian, saya bawa Aina ke Klinik Dr. Ko. Kami ikut rawatan yang diberikan, termasuk ubat makan dan ubat sapu.
Apabila keadaan ekzemanya semakin baik dan ubat tidak lagi diperlukan, saya lebih fokus kepada penjagaan kulit supaya tidak terlalu kering.
Herbal Blend menjadi antara ikhtiar penjagaan kulit yang saya teruskan. 🌿
Saya sapukan pada kulitnya, terutama apabila kulit mula terasa kering.
Dulu, Aina juga ada kesan luka dan parut di kaki akibat masalah kulitnya. Saya konsisten menggunakan Herbal Blend pada bahagian yang berparut.
Alhamdulillah, lama kelamaan saya perasan kesan parut di kaki Aina semakin kurang dan sekarang hampir tidak kelihatan lagi. ❤️
Sekarang Aina dah Tingkatan 2.
Kalau masuk asrama, antara barang yang mesti ada dalam stoknya ialah Herbal Blend. 😂🌿
Sekarang, dia tak perlu sapu banyak pun. Kalau ada bahagian kulit yang mula terasa kering, dia akan sapu sedikit.
Sebagai ibu, apabila tengok anak yang dulu selalu bergelut dengan ekzema kini dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa…
Allahu… nikmat yang sangat saya syukuri. 🥹❤️
Saya tak kata pengalaman Aina akan sama dengan semua orang. Ini pemerhatian saya sepanjang penjagaan kulitnya, yang turut melibatkan rawatan doktor. Setiap orang berbeza dan perjalanan setiap anak pun berbeza.
Tapi sebagai ibu, kita akan terus mencari ikhtiar terbaik untuk anak.
Dan bagi saya, inilah salah satu “Shaklee Effect” yang paling bermakna dalam hidup saya. 🌿❤️
Alhamdulillah untuk setiap perubahan.
Alhamdulillah untuk setiap ikhtiar.
Dan paling penting, Alhamdulillah untuk kesihatan Aina hari ini. 🤲🏻❤️
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Aida dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Aida untuk berhubung secara terus.













