Pernah terfikir nak berhenti sekejap, tapi satu persoalan buat Aisyah pilih untuk teruskan juga…
Assalamualaikum semua 🤍 Selamat pagi!
Hari ini giliran Aisyah pula untuk berkongsi Shaklee Effect Aisyah.
Bila fikir balik, rupanya banyak sangat perkara yang Shaklee dah ubah dalam hidup Aisyah. Tapi ada satu bahagian dalam perjalanan ini yang mungkin tak ramai tahu…
“Aisyah pernah terfikir nak berhenti buat Shaklee untuk sementara waktu.”
Selepas tamat ijazah dalam bidang Psikologi di UIA, Aisyah balik bekerja di Kelantan sebab nak dekat dengan mak.
Ayah dah meninggal sejak Aisyah Tingkatan 5. Adik pun ramai yang dah berkeluarga. Jadi, Aisyah buat keputusan untuk berada dekat dengan mak.
Aisyah pernah buat macam macam kerja. Jadi guru ganti, pembantu penyelidik, guru tadika dan staf pentadbiran. Dalam masa yang sama, Aisyah cuba pelbagai bisnes untuk cari pendapatan tambahan.
Sebagai anak sulung, Aisyah selalu rasa…
“Takkanlah gaji Aisyah sekadar cukup untuk bayar komitmen?”
Aisyah teringin sangat nak bawa mak pergi umrah.
Aisyah nak ada duit untuk memberi tanpa rasa risau. Aisyah juga nak boleh menabung untuk haji dan umrah.
Kemudian, Aisyah berhenti kerja dan mula mencari kerjaya seterusnya. Sampailah seseorang memperkenalkan Aisyah kepada Shaklee.
Awalnya, Aisyah agak berat hati nak sertai. Tak pernah terfikir pun nak buat bisnes Shaklee. Aisyah pun bukan orang yang biasa mengambil suplemen.
Tapi selepas istikharah, Aisyah sertai Shaklee pada September 2021.
Alhamdulillah, pada Januari 2022, Aisyah berjaya naik pangkat sebagai Supervisor.
Kini dah lima tahun Aisyah bersama Shaklee.
Inilah bisnes pertama yang betul betul menjadi untuk Aisyah, tanpa perlu pusing modal atau pegang stok.
Namun, ujian Aisyah sebenarnya bermula selepas naik pangkat sebagai Supervisor.
Hampir setahun Aisyah berusaha untuk kembali efektif. Tapi Aisyah tetap teruskan juga.
Pada tahun yang sama, Aisyah terima tawaran untuk sambung pengajian sarjana. Selepas istikharah, Aisyah terima dengan harapan kajian Aisyah dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Buat sarjana seorang diri ini memang mencabar. Lebih lagi apabila bidang kajian Aisyah jauh berbeza daripada Psikologi dan masuk ke bidang perubatan.
Tak ada kawan untuk Aisyah rujuk atau tanya macam macam.
Waktu itulah Aisyah pernah terfikir…
“Patutkah Aisyah berhenti sekejap buat Shaklee?”
Orang selalu kata, kalau nak fokus pengajian sarjana, padam semua aplikasi media sosial.
Tapi ada satu perkara yang buat Aisyah teruskan juga.
Aisyah fikir…
“Kalau Aisyah berhenti, dan ditakdirkan Aisyah meninggal dunia ketika sedang buat sarjana ini, apa manfaat yang Aisyah sempat beri kepada orang lain?”
Jadi, walaupun tergolek, terbaring dan penat macam mana pun, Aisyah tetap buat setakat yang Aisyah mampu.
Kita tak pernah tahu pintu rezeki mana yang Allah sedang buka untuk kita, kan?
Alhamdulillah, sepanjang perjalanan itu, Aisyah berjaya kembali efektif walaupun belum ada ahli dalam rangkaian sendiri.
Allah rezekikan Aisyah untuk efektif setiap bulan, sampailah Aisyah menerima Personal Volume Growth Award.
Banyak sebenarnya keajaiban yang Allah hadirkan sepanjang perjalanan ini.
Dalam perjalanan itu juga, Allah hadirkan insan yang Aisyah perlu bantu untuk mencapai impian mereka melalui Shaklee.
Jadi, kalau hari ini ada yang rasa sedang diuji, Aisyah nak kita ingat bersama…
Allah tak menguji kita tanpa sebab. Mungkin ada sesuatu yang Allah nak bentuk dalam diri kita melalui ujian itu.
Sebab akhirnya, bukan hasil sahaja yang penting. Tetapi siapa diri kita yang terbentuk sepanjang proses itu.
Jangan bandingkan bab pertama perjalanan kita dengan bab kesepuluh orang lain.
Teruskan buat apa yang kita mampu. Bagi Aisyah, banyak yang kita dapat belajar sepanjang buat bisnes Shaklee ini.
Terima kasih, Mak Tok dan semua 🤍
Doakan pengajian sarjana Aisyah yang tinggal sedikit sahaja lagi nak habis. Doakan Aisyah dan pasukan juga 🥲
Semoga kita sama sama berkembang dan menjadi asbab kebaikan untuk lebih ramai orang. Amin.
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Aisyah dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Aisyah untuk berhubung secara terus.












