Perjalanan Shaklee Anne Nany, Dari Pengguna Pada 2015 Kini Mengejar Impian Master

Dulu saya beli sekali sahaja untuk makan sendiri. Tak sangka, sampai tahun 2026 saya masih di sini, belajar dan mengejar impian yang sama. 🤍

Assalamualaikum, hai semua! Hari ini giliran saya untuk berkongsi perjalanan saya dalam Shaklee.

Nama penuh saya Nuraini Che Azman, tapi di media sosial saya lebih dikenali sebagai Anne Nany. Nama ini saya dah guna sejak zaman sekolah lagi. Ada sejarah di sebaliknya. 🤭🤭

PERMULAAN SAYA PADA TAHUN 2015 🤍

Saya sertai Shaklee pada tahun 2015.

Masa itu niat saya ringkas sahaja. Saya nak ambil suplemen untuk tambah berat badan. Dalam masa yang sama, selepas enam bulan berkahwin, haid saya tak teratur.

Tapi masa itu beli sekali sahaja. 😂

Tak terfikir pun yang Shaklee akan jadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya sampai bertahun lamanya.

Tahun 2016, saya bersalin anak pertama.

Masa itu saya tak ambil suplemen Shaklee. Selepas bersalin, saya melalui fasa keresahan yang agak teruk dan apa yang saya gambarkan sebagai meroyan. 🥺

Bila anak dah setahun, barulah saya mula ambil ESP dan Vitamin C ketika menyusu.

Masa itu terdetik dalam hati, “Kalaulah dari awal aku tahu…”

Ada juga rasa menyesal sebab tak ambil semasa berpantang dahulu. Tapi waktu itu saya tak bekerja dan bergantung sepenuhnya pada suami. Kemampuan untuk membeli pun terhad.

MULA BERJINAK DENGAN BISNES SHAKLEE

Tahun 2018, saya mula berjinak dengan bisnes Shaklee untuk cari pendapatan sendiri.

Waktu inilah saya kenal “tong biru”. Alhamdulillah, dalam beberapa bulan buat bisnes, ada juga yang sudi membeli.

Masa ini anak baru seorang, saya pun belum pandai nak bergaya. 😂

Tapi jujurnya, saya belum serius. Banyak juga berhenti dan mula semula sebab saya sendiri belum faham tentang Shaklee dan tak tahu cara nak buat bisnes dengan betul.

Saya cuba macam bisnes lain juga. Jual barang bayi, tudung dan macam lagi.

Banyak modal yang keluar, banyak benda yang saya cuba, tapi masih belum jumpa jalan yang saya rasa sesuai untuk diri sendiri.

Pemikiran saya masa itu, hari ini buat bisnes, esok terus dapat pulangan berganda. Aduhai, lurusnya saya dahulu! 😂😂

KEHAMILAN KEDUA KETIKA PKP

Kemudian, saya hamil anak kedua dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Sepanjang hamil, saya konsisten ambil Vitamin C, B Complex dan Vitalize. Waktu itu doktor pernah menyebut kemungkinan kehamilan ektopik, jadi memang saya sangat takut dan risau.

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan saya tak mengalami masalah Hb rendah dan tak pernah dimasukkan ke wad. 🤲🏻

Selepas bersalin secara pembedahan Caesarean, saya mengambil Vitamin C, B Complex, Zinc dan OsteNutrix.

Alhamdulillah, pada pengalaman saya ketika itu, proses pemulihan terasa lebih baik dan luka pembedahan juga pulih dengan baik.

TAHUN 2021, SAYA CUBA LAGI 🤍

Tahun 2021, saya mula cari semula jalan untuk buat bisnes.

Ada satu perkara yang sampai hari ini saya sangat bersyukur.

Master yang pernah saya tinggalkan dahulu masih sudi tarik saya kembali. 🥹❤️

Orang yang sama, Master Mamareen.

Walaupun saya pernah berhenti dan mula semula, beliau masih buka ruang untuk saya kembali dan cuba lagi.

Dari situlah saya cuba untuk istiqamah dan setia dalam Shaklee.

Saya belajar.
Saya cuba.
Saya jatuh bangun.
Saya buat lagi.

Sampailah pada 30 Mei 2022, saya berjaya naik pangkat Supervisor! 🥹🎉

Tak sangka perjalanan yang bermula pada tahun 2015 dengan niat nak makan sendiri sahaja akhirnya membawa saya sampai ke tahap ini.

TAHUN 2023, KEHAMILAN KETIGA 🤰🏻❤️

Tahun 2023, saya hamil untuk kali ketiga.

Kali ini saya buat keputusan yang berbeza. Saya pilih untuk melabur bagi penjagaan diri sendiri.

Saya mengambil set suplemen hamil Shaklee dari awal kehamilan sehingga bersalin. Kali ini juga saya menjalani pembedahan Caesarean buat kali ketiga.

Ketika berpantang, saya turut mengambil Vivix dan ResV.

Sejujurnya, kali ini saya rasa pengalaman berpantang saya sangat berbeza. 🥹

Saya berpantang seorang diri dan agak lasak menguruskan anak.

Baru tiga hari berpantang, saya dah perlu uruskan anak ke sekolah, ambil anak, berulang ke klinik dan macam lagi.

Sampai doktor sendiri terkejut melihat saya berjalan agak laju walaupun baru lepas pembedahan. 😂

Saya sendiri rasa, “Eh, macam bukan orang tengah berpantang!” 😆

Malah, saya rasa luka pembedahan pulih lebih awal daripada yang saya jangka.

Itulah pengalaman peribadi saya waktu itu. Saya rasa pengalaman berpantang kali ini lebih baik ketika saya memberikan perhatian kepada penjagaan diri dan konsisten dengan rutin suplemen pilihan saya.

TAHUN 2026, SAYA MASIH DI SINI ❤️

Masih berjalan.
Masih belajar.
Masih mencuba.
Masih belum mengalah.

Walaupun perjalanan saya belum dipenuhi pencapaian yang besar, saya percaya setiap orang ada masa masing.

Saya percaya, insya Allah satu hari nanti saya akan sampai ke peringkat Master. 🤲🏻

Saya cuma perlu terus istiqamah.

Doakan saya terus kuat, terus konsisten dan dipermudahkan perjalanan untuk mencapai Master serta Car Bonus suatu hari nanti.

Aamiin ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻❤️

Sebab saya percaya, perjalanan yang panjang bukan bermaksud kita lambat.

Ada kalanya Allah sedang ajar kita untuk jadi lebih kuat sebelum sampai ke destinasi.

Bismillah untuk perjalanan seterusnya.

Tahun 2026, saya masih belum berhenti. 🤍

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Nuraini dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Nuraini untuk berhubung secara terus.

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami.

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Threads
WhatsApp
Telegram
X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan