Bisnes Shaklee Bantu Nisa Realisasikan Impian Hantar Ibu Ke Umrah

Nisa cuma perlukan lagi RM2,000 untuk cukupkan duit umrah ibu. Tak sangka, langkah pertama dalam bisnes Shaklee menjadi asbab impian itu tercapai. 🥹

Assalamualaikum dan selamat petang semua. 😍🤭

Petang ini giliran Nisa untuk berkongsi santai dengan semua. ✨

Nama saya Annisa, panggil Nisa saja. Nisa baru tiga tahun bersama Shaklee dan berada pada pangkat Supervisor. 😍

Sebelum mula, Nisa nak ucapkan terima kasih kepada Maktok Eha kerana sudi jemput Nisa berkongsi sedikit perjalanan bisnes Nisa dengan semua.

Hari ini Nisa nak cerita bagaimana Shaklee menjadi sebahagian daripada hidup Nisa dan membawa perubahan dalam diri Nisa. ☺️

Nisa bermula sebagai pengguna saja, sama macam ramai orang juga, kan? Memang tak pernah terfikir nak buat bisnes Shaklee.

Memang tak nak. Nak guna produk saja.

Tapi pada Januari 2023, Nisa perlukan duit tambahan RM2,000. Masa itulah Allah gerakkan hati Nisa.

“Kenapa tak cuba buat bisnes Shaklee?”

Nisa terus tanya upline, “Macam mana saya nak dapat RM2,000 dengan Shaklee?”

Upline pun ajar Nisa satu demi satu. Alhamdulillah, dengan izin Allah, doa dan sokongan ibu serta bimbingan upline, Nisa berjaya naik pangkat pada bulan pertama. ☺️

Semuanya tanpa Nisa perlu pegang stok atau uruskan penghantaran sendiri.

Sebelum ini, Nisa pernah buat bisnes yang memerlukan Nisa bungkus barang dan uruskan penghantaran sendiri.

Orang lain cuti, Nisa membungkus barang. Orang lain rehat makan tengah hari, Nisa pergi ambil stok.

Begitulah rutin Nisa sebelum kenal bisnes Shaklee.

Jadi, Nisa bersyukur sangat bila dapat jalankan bisnes tanpa perlu pegang stok. Ketika kurang sihat pun, Nisa masih boleh membalas pertanyaan pelanggan melalui telefon.

Tadi Nisa ada sebut nak cari tambahan RM2,000, kan?

Sebenarnya, Nisa nak cukupkan duit hasil bisnes untuk hantar ibu menunaikan umrah. Nisa nak gunakan 100% duit bisnes untuk perjalanan ibu ke Tanah Suci. 🥹

Waktu itu, duit masih belum cukup RM2,000 lagi.

Alhamdulillah, selepas sebulan berusaha, Allah izinkan pendapatan daripada bisnes Shaklee mencukupkan jumlah yang Nisa perlukan untuk ibu menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Siapa sangka, bermula dengan Cinch Tea sebagai produk pertama yang Nisa cuba, akhirnya membawa Nisa kepada bisnes yang membantu merealisasikan impian ini. ☺️

Sebagai seorang anak, tercapai satu impian ini pun dah cukup bermakna buat Nisa. 🥹

Bila kita ada sebab yang kuat untuk berusaha, kita akan buat sedaya upaya untuk mencapainya. 💪

Perkara kedua yang Nisa belajar ialah membimbing pasukan.

Bahagian ini pun menarik sebab mungkin ramai antara kita dah buat, cuma tak sedar.

Nisa belajar bimbing ahli pasukan buat jualan dan hasilkan kandungan bersama. Kita bantu orang lain, sama macam dulu kita pun perlukan bantuan.

Dalam proses itu, sebenarnya kita sedang membina kemahiran kepimpinan.

Dulu, ketika Nisa menjadi stokis, Nisa pun ada ejen. Tapi Nisa tak ajar mereka cara nak promosi atau hasilkan kandungan.

Bila buat bisnes Shaklee, Nisa belajar cara memimpin dan membimbing pasukan.

Alhamdulillah, ahli pasukan Nisa berjaya memperoleh bonus setiap bulan. Seronok sangat bila mereka kongsikan bonus masing masing. 😍

Inilah antara bahagian yang paling Nisa suka. Lebih lagi bila ahli pasukan yang bergelar suri rumah dapat menjana pendapatan sendiri. Allah, seronok sangat tengok kegembiraan mereka. 🥹😍

Akhir sekali, Nisa dapat belajar pelbagai ilmu daripada lingkungan kawan dalam Shaklee.

Kami datang daripada latar belakang yang berbeza. Ada masa belajar ilmu sains, ada masa ilmu agama. Sekejap lagi, dapat pula belajar hal teknikal daripada mereka yang berlatarbelakangkan kejuruteraan. ☺️

Banyak perkara yang Nisa tak pernah belajar dalam lingkungan Nisa sebelum ini.

Dalam dunia pekerjaan, Nisa pernah berdepan suasana negatif. Jadi, bila jumpa lingkungan baharu yang saling menyokong di sini, Nisa sangat menghargainya.

Mungkin kawan yang bekerja macam Nisa pun boleh faham perasaan ini, kan?

Bagi Nisa, sokongan dan semangat dalam lingkungan Shaklee inilah antara sebab Nisa seronok berada di sini.

Setakat ini dulu perkongsian Nisa. Semoga ada sesuatu yang kawan semua dapat daripada cerita Nisa petang ini. ☺️

Terima kasih semua. Terima kasih, Maktok Eha.

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Annisa dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Annisa untuk berhubung secara terus.

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Threads
WhatsApp
Telegram
X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan