Kencing Kotor Ketika Hamil? Bagaimana Mengatasinya?

Menurut sumber, hampir 10% wanita cenderung dijangkiti penyakit kencing
kotor semasa hamil. Ia berpunca daripada jangkitan bakteria pada sistem urinari
tubuh yang meliputi bahagian ginjal, ureter, pundi kencing, dan uretra.

Secara umumnya, ia bukanlah penyakit yang
merbahaya dan boleh berlaku kepada sesiapa saja. Namun, ia boleh memberi kesan
negatif kepada kehamilan sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.

1. Punca Jangkitan Kencing Kotor Ketika Hamil
Disebabkan perubahan kondisi saluran kencing pada
wanita hamil – di mana rahim yang semakin membesar menghimpit bahagian pundi
kencing, ia mengakibatkan air kencing tidak dapat dikosongkan dengan efektif
daripada pundi kencing. Apabila keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan
jangkitan.
Jangkitan inilah yang dikenali sebagai kencing kotor atau urinary tract infection.

2. Tanda Kencing Kotor Semasa Hamil
Kencing kotor boleh diatasi dengan mudah dan cepat sekiranya ia dikesan
awal. Oleh itu, sekiranya berhadapan dengan tanda-tanda ini, cepat-cepatlah
pergi membuat pemeriksaan di klinik.
  • Lebih kerap kencing berbanding biasa, kekadang secara tiba-tiba (kencing tak lawas)
  • Masalah / keakitan semasa hendak buang air kecil
  • Rasa perit  cramps pada bahagian belakang, punggung dan perut
  • Rasa sakit ketika membuang air kecil
  • Warna air kencing yang keruh dan disertai dengan bau air kecing yang luarbiasa
  • Demam, loya dan muntah

3. Kencing Kotor Memberikan Kesan Kepada Bayi Dalam Kandungan?

Sekiranya kencing kotor tidak dirawat seawal
mungkin, ia boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian ginjal / buah pinggang.
Jangkitan pada buah pinggang boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan bayi
yang kurang berat.

Penyakit kencing kotor boleh dikesan melalui ujian air
kencing. 
Sekiranya ia dirawat dengan cepat dan menyeluruh, kencing
kotor semasa hamil tidak akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
4. Rawatan Kencing Kotor Untuk Ibu Hamil
Kencing kotor semasa hamil boleh dirawat dengan antibiotik. Selalunya, doktor akan mempreskripsikan antibiotik yang
perlu dihabiskan dalam masa 3-7 hari. Antibiotik yang diberikan ini adalah
selamat untuk bayi dalam kandungan.
Namun, sekiranya anda mengalami sebarang kesan
sampingan seperti demam, menggigil, sakit perut, loya, muntah, atau kontraksi,
pastikan anda memberitahu doktor tentangnya.
5. Cara Mencegah Kencing Kotor Semasa Hamil
Kencing kotor boleh dielakkan melalui beberapa
cara seperti berikut.

  • Kerap ke tandas dan tidak tahan kencing
  • Membuang air kecil setiap kali sebelum dan selepas hubungan seksual
  • Memakai seluar dalam daripada kapas
  • Mengelakkan penggunaan pewangi, bedak, douche, semburan atau sabun pada vagina
  • Mengelap alat sulit dari hadapan ke belakang, bukan sebaliknya
  • Banyak Minum air kosong 

Amat penting bagi ibu-ibu hamil mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta gaya hidup yang sihat.

Selain daripada perkara di atas, cuba juga
elakkan bahan yang boleh mengganggu fungsi pundi kencing anda seperti minuman 
berkafein dan coklat. Pengambilan makanan ini secara berlebihan boleh menyebabkan
keradangan dan mengundang bakteria pada organ tersebut.


——————————————————————————————————-

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior




Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan