Bisnes Shaklee Sejak Zaman Pelajar Perubatan, Kini Jadi Pilihan Untuk Lebih Fleksibel

Dulu daftar sebab nak beli produk dengan harga ahli. Tak sangka bisnes inilah yang akhirnya jadi pelan sokongan saya untuk keluar daripada KKM.

Assalamualaikum. Hari ini giliran Cuiya untuk berkongsi sedikit sebanyak perjalanan dalam bisnes Shaklee.

Kita buat ringkas dan santai ya. 💕

Nama penuh saya Nor Suriya Murni Abdul Razak, tapi lebih dikenali di media sosial sebagai Cuiya Razak.

Saya menyertai Shaklee pada 29 Mac 2016 di bawah Master Cip sebagai pengguna sendiri sebab nak beli dengan harga lebih murah. Waktu itu, saya masih pelajar perubatan di Rusia.

Saya hubungi Master Cip untuk membeli produk ketika balik bercuti musim sejuk. Saya bermula dengan ESP, Vitamin C dan Vitamin E sebagai ikhtiar menjaga kulit yang sedang mengalami breakout.

Alhamdulillah, selepas sebulan, saya rasa keadaan kulit semakin baik. Jadi, saya buat keputusan untuk menjadi ahli sebab nak beli lagi.

Waktu itu saya dah berada pada tahun akhir pengajian. Saya tahu, apabila tamat belajar dan balik ke Malaysia nanti, saya kena mula cari duit sendiri sebab tajaan pun dah habis.

Jadi, sejak tahun akhir itu, macam macam bisnes saya cuba. Bisnes tudung, dropship kosmetik dan barangan kesihatan. Tapi semuanya macam tak menjadi. Kalau dapat untung pun, sekitar RM5 untuk satu barang.

Kemudian Master Cip tanya saya,

“Awak nak buat bisnes? Shaklee ni boleh buat bisnes. Awak cuma promosikan kebaikan produk dan kumpulkan pesanan.”

Memang macam orang mengantuk disorongkan bantal. Saya terus setuju dan mula mempromosikan produk di Facebook.

Tak sangka, ada yang buat pesanan. Kawan pun ramai yang membeli.

Pada Julai 2016, saya tamat pengajian perubatan dan pulang terus ke Malaysia. Bulan yang sama juga, saya berjaya naik pangkat Supervisor dengan bonus pertama sebanyak RM1,700.

Jumlah itu lebih banyak daripada duit tajaan bulanan yang saya terima semasa belajar!

Sejak Julai 2016 sehinggalah sekarang, saya tak pernah terlepas menerima bonus empat angka daripada Shaklee.

Pada awalnya, saya tak ada sebab atau impian yang besar pun. Sebenarnya, saya boleh saja minta duit daripada suami sebab waktu itu saya dah berkahwin.

Tapi saya memang jenis yang suka ada duit sendiri. Suka makan dan suka membeli belah. Jadi, pada mulanya saya buat bisnes sebab nak duit lebih untuk diri sendiri saja. 😁

Siapa sangka, daripada bisnes inilah saya dapat beri duit lebih kepada mak ayah, belanja suami dan anak pada hari istimewa mereka.

Ketika masih menunggu panggilan kerja, saya dah mula ada simpanan sendiri dan dapat menghulurkan duit kepada mak ayah setiap bulan.

Saya juga berjaya membeli Honda Jazz dengan menggunakan penyata pendapatan Shaklee dan pendaftaran SSM bisnes saya untuk urusan pembelian kereta.

Selepas lapan bulan, saya diterima bekerja di sebuah hospital. Syukur sangat sebab saya tak perlu susahkan suami untuk urusan pengangkutan. Saya pergi bekerja dengan Honda Jazz yang saya beli hasil pendapatan bisnes Shaklee.

Dulu, pernah ada orang berkata,

“Buat bisnes Shaklee tu, macam tak ada duit sangat ke?”

Sedangkan ketika itu, saya dah ada pendapatan sendiri sebanyak empat angka dan berjaya memiliki kereta sebelum mula bekerja.

Saya rasa, saya tak rugi apa apa pun.

Walaupun sibuk bekerja sebagai doktor perubatan, alhamdulillah saya masih boleh meneruskan bisnes Shaklee dan menerima bonus empat hingga lima angka sebulan.

Bagi saya, bisnes ini sangat fleksibel.

Melalui pendapatan bisnes ini juga, saya berjaya membeli kereta kedua dan sebuah rumah subsale di kampung yang kini dijadikan rumah sewa.

Pejam celik, akhirnya bisnes inilah yang menjadi pelan sokongan saya untuk keluar daripada KKM.

Alhamdulillah, sekarang saya dan suami mengusahakan klinik sendiri. Saya pula memberikan fokus sepenuhnya kepada bisnes Shaklee sambil menguruskan anak syurga saya yang mempunyai sindrom Down.

Saya rasa sangat beruntung. Daripada pelbagai bisnes yang pernah saya cuba, bisnes Shaklee paling fleksibel untuk saya. Saya juga suka pelan ganjarannya serta peluang membina bisnes yang boleh diwariskan kepada keturunan.

Saya mula buat bisnes Shaklee sejak zaman suami masih obes. Alhamdulillah, sekarang suami dah kurus selepas mula mengikut diet FBM bersama pengambilan Shaklee dan meneruskan pemakanan sihat sehingga sekarang.

Untung kan, buat bisnes sambil sama sama belajar menjaga kesihatan. Pendapatan dapat, kesihatan pun kita usahakan. 🤍

Sekian perkongsian daripada saya. Terima kasih sebab sudi baca.

Doakan saya berjaya mencapai Effective Coordinator dan seterusnya naik pangkat Senior Coordinator.

Semoga kita semua terus maju jaya dan tak putus asa mengejar impian. 💕💪🏽

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Nor Suriya Murni dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Nor Suriya Murni untuk berhubung secara terus.

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Threads
WhatsApp
Telegram
X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan