Dulu saya cuma nak jaga kulit. Tak sangka, dari situ bermula perjalanan bisnes yang membantu saya membeli rumah dan kereta untuk keluarga.
Assalamualaikum. Selamat malam semua.
Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Maktok Eha kerana memberi peluang untuk saya berkongsi hari ini.
Saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Syukriyyah binti Md Daud. Tahun ini saya berumur 37 tahun, mempunyai dua orang anak lelaki dan menetap di Sungai Petani, Kedah.
Sekarang saya buat Shaklee sepenuh masa dengan pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan.
Hari ini giliran saya berkongsi dengan kakak, adik dan semua yang dikasihi dalam kumpulan Utara ini. ☺️
Saya bermula dengan Shaklee pada tahun 2014 sebagai pengguna. Masa itu, saya membeli ESP, Vitamin C, Vitamin E dan Alfalfa dengan fokus untuk menjaga kulit.
Pada mulanya, memang tak ada niat untuk berniaga. Tapi alhamdulillah, selepas saya konsisten mengambil set cantik Shaklee selama beberapa bulan, saya mula nampak perubahan pada kulit.
Sebelum ini, kulit saya kusam, kering, kerap naik jerawat dan tona tak sekata.
Alhamdulillah, lama kelamaan kulit makin baik. Jerawat dah jarang naik, kulit nampak lebih berseri dan badan pun rasa lebih bertenaga. 😍
Dari situ, saya mula berkongsi pengalaman sendiri dengan Shaklee. Saya kongsikan apa yang saya guna dan perubahan yang saya rasai.
Alhamdulillah, hasil perkongsian itu, saya berjaya naik pangkat ke Supervisor dengan jualan RM9,000 dan 3,000 UV.
Selepas beberapa bulan, saya berjaya naik pangkat ke Senior Supervisor pula.
Setahun kemudian, saya berjaya mencapai pangkat Coordinator dan Senior Coordinator. Pada tahun itu juga, saya mula layak menerima bonus kereta antara RM500 hingga RM2,500, yang saya terima tanpa gagal sampai hari ini. 😍
Selepas lima tahun buat Shaklee, saya dapat membeli sebuah rumah teres untuk keselesaan keluarga berteduh.
Pada tahun 2025 pula, saya dapat membeli kereta yang lebih selesa untuk anak dan suami berjalan jauh.
Untuk pembelian rumah dan kereta ini, saya gunakan penyata bonus Shaklee sebagai bukti pendapatan. Alhamdulillah, penyata bonus ini diterima pihak bank apabila pendapatan saya kukuh setiap bulan.
Apa yang menarik lagi, tahun ini merupakan tahun ke 10 saya menikmati percutian percuma bersama Shaklee.
Antara destinasi dan pengalaman percutian saya ialah Langkawi, Bangkok, Phuket, percutian kapal persiaran, Amerika Syarikat, Switzerland, Korea, Bali dan Kunming.
Doakan semoga suatu hari nanti saya dapat membantu lebih ramai ahli pasukan berjaya menjana pendapatan 4 hingga 5 angka setiap bulan dan membina kejayaan bersama Shaklee.
Doakan saya juga untuk terus mengejar pangkat Master Coordinator. Tinggal tiga tangga lagi.
Terima kasih kepada upline dan sideline yang sentiasa memberi inspirasi kepada saya.
Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat serta dikurniakan kesihatan yang baik. Moga usaha menjaga kesihatan dan konsisten mengambil Shaklee menjadi sebahagian daripada ikhtiar kita, dengan izin Allah. 🤲🏻🥰
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Syukriyyah dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Syukriyyah untuk berhubung secara terus.












