Kurang darah? Anemia?

Fahami darah
Darah dibina dari cecair yang dikenali sebagai plasma. Ia
terdiri daripada :
  •       Sel darah merah, mengandungi haemoglobin iaitu
    sel merah yang kaya dengan zat besi dan protein. Ia berfungsi membawa
    oksigen dari paru-paru kepada seluruh otot-otot dan organ di dalam badan.
  •       Sel darah putih adalah bertanggungjawab
    untuk melawan jangkitan kuman.
  •     Platelet (sel darah beku) bertanggung
    jawab untuk menolong memberhentikan pendarahan akibat sesuatu kecederaan.
 Tanda Anemia
  •       merasa letih dan lemah
  •       pucat dan kadang-kadang kuku jari mudah patah
  •       sakit dada
  •       sakit kepala atau pening
  •       denyutan jantung yang pantas atau tidak normal
  •       sesak nafas
  •       masalah kognitif
  •       kemurungan atau keresahan
 Komplikasi
Jika tidak dirawat, anemia akan
menyebabkan banyak komplikasi. Contohnya seperti:
  •      Keletihan yang teruk- Bila berlaku anemia yang
    teruk,seseorang itu akan merasa terlalu letih dan tidak bertenaga untuk
    menjalankan tugas-tugas hariannya.
  •     Penyakit jantung- anemia akan menyebabkan denyutan
    jantung terlalu pantas atau tidak normal yang dipanggil arrhythmia. Ini
    kerana jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah dalam mengatasi
    kekurangan oksigen dalam darah. Ini akan mengakibatkan kegagalan
    jantung (heart failure)
  •      Kerosakan saraf- kekurangan vitamin B 12 akan
    menganggu penghasilan sel darah merah dan fungsi saraf.
  •     Gangguan fungsi otak/mental- kekurangan vitamin B12
    juga boleh menjejaskan fungsi otak seperti memori (daya ingatan).
  •      Kematian – anemia yang disebabkan keturunan
    seperti sickle cell akan mengakibatkan komplikasi yang
    serius dan boleh membawa kematian. Kehilangan darah yang banyak dan cepat
    akan menyebabkan anemia yang teruk dan membawa kematian.
 Pencegahan
Kebanyakan anemia boleh dicegah.
Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi atau vitamin boleh dielakkan
jika kita mengambil makanan yang sihat seperti:
  •     Iron (zat besi): makanan yang kaya zat besi adalah
    daging, kekacang, bijirin, sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan kering
    dan peanut butter.
  •      Folate: boleh di dapati dalam jus limau dan
    buah-buahan, pisang, sayur-sayuran berwarna hijau, bijirin, kekacang, roti
    dan pasta.
  •      Vitamin B12: vitamin ini tedapat dengan banyaknya
    didalam daging dan susu.
  •     Vitamin C: Makanan yang mengandungi vitamin C adalah
    buah-buahan seperti buah oren, tembikai dan lain-lain. Vitamin C ini
    menolong penyerapan zat besi.
 Bagaimana Shaklee membantu anda?

**
VITA-LEA IRON FORMULA : Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel
darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian
daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.
** SUSTAINED RELEASE VITA-C / CHEWABLE VITA-C : Membantu penyerapan vitamin B12
dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan
pertahanan badan.
** B- COMPLEX : Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex
adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.
** ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) : Sebagai sumber protein untuk membantu badan
menghasilkan sel darah. Selain itu ESP juga membantu membekalkan tenaga kepada
badn yang lemah terutama badan yang sedang mengalami proses pemulihan.

Thanks for reading!

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan