Beberapa hari ini kita telah digemparkan dengan kematian disebabkan
penyakit leptospirosis atau dikenali dengan kencing tikus. Sebanyak 7 kes
kematian akibat penyakit ini telah dilaporkan dalam sinar harian bertarikh 21
jun 2013. Siapa sangka binatang sekecil itu boleh mempengaruhi kehidupan
manusia sehingga membawa maut.
Penyakit kencing tikus?
Lestospirosis adalah nama lain bagi penyakit ini. Ia
berpunca dari bakteria Lestospira yang menjangkiti manusia dari melalui lendir
hidung, mulut, mata cuping telinga dan air kencing. binatang seperti tikus,
kucing, anjing dan khinzir.
Tanda-tanda leptospirosis
Mangsa Leptospirosis peringkat pertama akan mengalami :
         
Suhu badan yang tinggi dan seram sejuk
         
Sakit kepala
         
Loya, hilang selera makan, muntah dan
cirit-birit
         
Radang konjuktiva – kulit yang meliputi bahagian
hadapan mata dan didalam kelopak mata
         
Sakit sendi dan otot terutamanya betis
         
Rasa letih
Stekiranya mangsa kencing tikus mempunyai tahap imun badan
yang tinggi, mereka akan pulih seperti biasa.. Tetapi terdapat sesetengah kes, penyakit
ini akan beralih ke peringkat kedua dimana mangsa akan mengalami:
         
Jaundis (kuning pada mata dan kulit)
         
Sakit perut
         
Cirit-birit
         
Ruam pada kulit
         
Sakit bahagian otot

Pada peringkat kedua ini, bakteria akan mula menjangkiti
organ dalaman badan seperti buah pinggang, hati, otak, mata, jantung dan
paru-paru. Setiap orang akan dijangkiti pada bahagian yang berbeza, namun
kebiasaannya akan berlaku kegagalan hati dan buah pinggang.
Faktor risiko termasuklah:
 
Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas seperti
petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan,
pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
 
Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan
berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
 
Terdedah kepada peralatan dan haiwan di rumah termasuk,
binatang peliharaan seperti anjing, binatang sembelihan dan mengambil makanan
yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Pencegahan

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat pe nyakit.
Thanks for reading!

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan