Macam Mana Saya Mula Kenal Shaklee? Semuanya Bermula Dengan Masalah Sembelit

Saya tak cari suplemen pun waktu itu. Saya cuma makan Vitamin C dan B Complex yang isteri saya beli. 😆

Assalamualaikum.

Kalau orang tanya macam mana saya mula kenal Shaklee, sebenarnya bukan sebab saya nak cari suplemen pun.

Cerita ini bermula masa umur saya belum 30 tahun lagi. Muda lagi waktu itu, tapi tahap kesihatan saya boleh kata agak teruk. Salah satu masalah yang paling saya tak boleh lupa ialah sembelit.

Bukan sembelit sehari dua. Kadang-kadang dua tiga hari baru boleh membuang. Bila sampai waktunya nak ke tandas, memang satu seksaan. Najis terlalu keras sampai pernah menitik darah.

Tandas duduk pun saya tak boleh duduk elok. Terpaksa membuang sambil separuh berdiri sebab sakit sangat. Sampai satu tahap, nak masuk tandas pun dah jadi trauma.

Bila pembuangan tak lancar, badan pun rasa tak best. Cepat letih, selalu rasa badan berat, migrain pun kerap datang. Padahal masa itu umur belum 30 lagi.

Sampailah satu hari, saya saja-saja makan Vitamin C Shaklee dan B Complex.

Bukan beli untuk diri sendiri pun sebenarnya. Isteri saya yang makan. Saya tengok masih ada lagi, jadi daripada terbiar, saya pun makanlah. 😆

Tak sangka, selepas lebih kurang seminggu, saya mula perasan perubahan pada diri sendiri. Saya dah makin mudah membuang. Tak perlu tunggu sampai dua tiga hari. Tak perlu struggle lama-lama dalam tandas.

Bahasa mudahnya, nak membuang pun dah happy-happy. 😂

Bila perkara itu semakin okay, saya perasan badan pun rasa lebih ringan dan bertenaga. Tidur malam rasa lebih lena. Bangun pagi tak rasa terlalu lemau macam dulu. Migrain yang selalu mengganggu pun makin jarang saya alami.

Satu lagi, saya memang jenis mudah batuk. Kalau dah kena batuk, selalunya panjang ceritanya. Tapi waktu itu saya perasan batuk saya pun tak berlarutan macam selalu.

Daripada situ saya mula tertanya-tanya…

“Eh, apa sebenarnya yang aku makan ni?”

Itulah titik permulaan saya mula kenal Shaklee dengan lebih serius.

Saya tak bermula sebab bisnes. Saya tak bermula sebab orang suruh menjual. Saya bermula sebab saya sendiri rasa perubahan pada badan saya.

Daripada pengalaman itulah, sampai hari ini Shaklee kekal menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya.

Setiap orang tentu berbeza pengalaman dan keperluan kesihatan masing-masing. Ini cuma perkongsian pengalaman peribadi saya tentang bagaimana semuanya bermula. 😊

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Hafiz dan pengalaman bersama Shaklee? Boleh klik WhatsApp Hafiz untuk berhubung secara terus.

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Threads
WhatsApp
Telegram
X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan