Cara Bangkit Semula Dalam Bisnes Shaklee

Dah lama tak fokus pada bisnes Shaklee? Tak apa, kita boleh mula semula perlahan-lahan.

Hari ni giliran saya, jadi saya nak share sikit saja malam ni.

Ramai dalam ni yang masih aktif berbisnes. Ada yang dah suam-suam kuku, dan ada juga yang dah tak fokus.

Tak apa. Itu bukan bermakna dunia bisnes Shaklee dah berakhir untuk kita. Setiap orang ada fasa masing-masing, saya faham. Cuma jangan terlalu lama berhenti. Cari semula kekuatan tu.

Bisnes Shaklee tak pernah pilih orang. Semua orang boleh buat bisnes ni, selagi kita masih jatuh cinta dengan produk dan struktur bisnesnya. Apa kata kita bangkit semula? Jommm!

Zaman sekarang dah banyak perkara yang memudahkan kita. Alhamdulillah. Tinggal kita saja nak bergerak. Tapi nak mula macam mana?

Mulakan dengan perkara yang mudah dulu. Boleh dapatkan panduan daripada upline atau sideline.

Mereka boleh bantu bagi idea, tapi kita sendiri kena cari kelebihan dan kekuatan kita. Buat dengan cara yang sesuai untuk kita. Jangan sampai rasa terbeban, kemudian rasa bisnes ni susah sangat nak dibuat. Lama-lama kita makin jauh daripada tujuan asal kita berbisnes.

Setiap orang ada kekuatan masing-masing. Jangan terlalu pening nak ikut semua yang orang lain buat sampai terfikir, “Bisnes ni bukan untuk aku.” Jangan ukur perjalanan kita dengan kejayaan orang lain. Itu yang boleh buat kita rasa tepu dan akhirnya nak berhenti.

Cari apa yang kita suka. Contohnya, kalau kita banyak buat aktiviti harian, tukarkan aktiviti tu menjadi perkongsian. Bila datang daripada kehidupan sendiri, sharing kita pun rasa lebih dekat dan berkesan.

Kalau suka tentang kesihatan pula, kongsikan apa yang kita tahu dan bagaimana kita boleh bantu orang lain melalui vitamin.

Harap sharing yang tak seberapa ni dapat bantu kita bangkit semula. Sebenarnya, saya tulis ni bukan untuk orang lain saja, tapi untuk diri saya sendiri juga.

Semoga kita terus istiqomah dan sama-sama bangkit dengan bisnes ni. Insya-Allah.

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami.

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan