Bonus pertama Ain cuma RM40 lebih, tapi dengan penyata pendapatan itulah Ain berani minta izin arwah abah untuk kahwin.
Assalamualaikum dan selamat petang.
Hari ini giliran saya untuk berkongsi.
Sebelum itu, Ain kenalkan diri dulu. Nama Ain, Nurul Ainshah Muzamli Shah, sama seperti nama akaun Facebook Ain.
Dilahirkan di Kuala Lumpur, membesar di Kedah dan sekarang menetap di Kuala Lumpur.
Ibu kepada 3 orang anak, berusia 33 tahun.
Ini kisah 9 tahun lepas. Ain sebenarnya tak kenal satu pun produk Shaklee. Tapi sebab mengikuti Instagram upline, dan upline masa itu selalu bercerita tentang “beli rumah dengan payslip Shaklee”, terus buat Ain mengikuti perkongsiannya dengan lebih rapat.
Sebenarnya, masa itu Ain nak kahwin. Tapi arwah abah tak bagi kahwin selagi Ain tak ada pendapatan sendiri.
Ain baru tamat belajar, tak ada pengalaman kerja dan memang dah berniat tak nak bekerja makan gaji. Bakal suami pun izinkan.
Jadi, bila dengar bisnes Shaklee ada PAYSLIP, terus Ain mesej upline dan beritahu nak sertai bisnes.
Ain daftar pada 21 November 2017. Bonus pertama Ain pada kadar 8%, iaitu RM40 lebih.
Dengan yakinnya, Ain minta izin abah nak kahwin. Sebab bisnes ini ada PAYSLIP.
Arwah abah memang orang bisnes. Tak sangka, abah pun yakin dengan bisnes Shaklee dan beri lampu hijau.
Januari 2018, Ain bertunang.
Mei 2018, Ain kahwin.
Jun 2018, Ain naik pangkat Supervisor. #pengantinSV
Alhamdulillah, pendapatan dah cecah 4 angka. Tercapai niat nak kahwin dan tak nak bekerja makan gaji.
Perjalanan Ain tak laju, tapi tak pernah jatuh pangkat. Tak pernah tak memenuhi syarat untuk mengekalkan pangkat yang dilantik.
Dengan Shaklee, alhamdulillah, pada usia 28 tahun, Ain berjaya naik pangkat Master Coordinator.
Ain memperoleh pendapatan 5 angka sebulan, dengan bonus tertinggi RM25,000.
Dapat beli SUV.
Dapat beli rumah di tengah Kuala Lumpur.
Pinjaman RM1 juta lulus sepenuhnya dengan payslip Shaklee.
Simpanan emas pun sampai kena zakat.
Itu yang nampak.
Yang tak nampak, terlalu banyak.
MASA, terutamanya.
Sekarang, Ain dapat urus anak sendiri sambil fokus pada bisnes.
Sasaran seterusnya, Ain nak bantu lebih ramai WANITA untuk berjaya bersama.
Dengan Shaklee ini, kalau kita nak pendapatan macam orang bekerja, memang tersangatlah boleh dapat.
Dengan syarat, kena buat dan usaha betul-betul.
Orang keluar bekerja, kita di rumah fokus pada bisnes.
Bukan sekadar buat sambil-sambil. Kalau sambil-sambil, hasilnya nanti pun macam pendapatan sampingan sajalah.
Kalau ditanya tentang testimoni Shaklee pula, Ain tak berapa ada testimoni yang hebat sangat sebab memang dari awal dah bersama Shaklee.
Set hamil Shaklee, dah 3 orang “baby Shaklee”.
Set berpantang Shaklee pula, Ain tak pernah rasa apa yang orang panggil rengat dan sebagainya.
Jadi, kalau nak guna testimoni sendiri untuk set menyusu, set kurus dan set cantik Shaklee, Ain tak ada kisah hebat sangat nak diceritakan.
Tapi tak ada testimoni hebat tak semestinya tak boleh pergi jauh.
Kita boleh kalau kita mahu.
Panjang pula kan. Jemputlah tengok episod 1 di sini. ⤵️
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Nurul Ainshah dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Nurul Ainshah untuk berhubung secara terus.













