14 Tahun Bersama Shaklee, Dari Set Menyusu Hingga Ikhtiar Anak Dengan Psoriasis Kulit Kepala

Bermula dengan mencari milk booster untuk diri sendiri, tak sangka sampai hari ini Shaklee menjadi sebahagian daripada rutin keluarga Kak Niza.

Assalamualaikum semua. Hari ini Kak Niza nak berkongsi sikit.

Nama diberi Asmaniza Yop. Kak Niza berasal dari Alor Setar, Kedah, ibu kepada 4 orang anak dan bekerja sebagai seorang guru.

Perjalanan Kak Niza dengan Shaklee bermula 14 tahun dulu melalui set menyusu. Masa itu, Kak Niza mencari milk booster di internet dan terjumpa blog Surijunior milik Master Farihah.

Kak Niza beli pek percubaan saja dengan Master masa itu, kemudian jadi ahli. Alhamdulillah, dengan izin Allah, Kak Niza dapat menyusukan anak ketiga sepenuhnya selama 2 tahun 6 bulan. Anak keempat selepas itu pun dapat peluang yang sama.

Sepanjang mengamalkan Shaklee, syukur banyak kebaikan yang Kak Niza rasa. Bukan diri sendiri saja, malah seisi keluarga, kawan dan saudara mara pun turut sama mencuba.

Di sekolah, bukan setakat kawan yang jadi ahli. Pentadbir, pekerja pembersihan, makcik kantin dan pengawal keselamatan pun sama ambil Shaklee. Walaupun ada yang ambil sekejap, berhenti sekejap. 😄

Alhamdulillah. Moga Allah izinkan semuanya mendapat kesihatan yang baik melalui ikhtiar ini.

Kak Niza juga nak berkongsi tentang anak sulung. Masa kecil dulu, dia ada ekzema. Kemudian, keadaannya berkurang hinggalah dia besar.

Apabila berumur 20 tahun, dia mula mengalami kelemumur yang tebal dan teruk. Selepas itu, kulit kepalanya jadi luka. Masa itu, Kak Niza ingat luka sebab menggaru. Kan kelemumur buatkan kepala gatal.

Kami sangka ekzemanya datang semula. Macam macam ikhtiar dah dicuba, termasuk rawatan perubatan biasa, homeopati dan bekam. Namun, keadaannya masih sama.

Anakanda sampai simpan rambut panjang sebab segan apabila orang nampak kesan luka di kepala.

Kak Niza mula buat pembacaan sebab nak tahu, betul ke ini ekzema, tinea capitis atau psoriasis kulit kepala?

Dalam masa yang sama, anakanda berpeluang berjumpa ayahanda Master Haji Roslan di satu acara Shaklee. Haji menasihatkan supaya mengambil prebiotik dan probiotik selain Omega Guard.

Anakanda mula mengambilnya bersama ESP. Baru baru ini, dia tambah Vivix pula.

Kami juga berjumpa doktor pakar. Doktor mengesahkan keadaan itu sebagai psoriasis kulit kepala dan membekalkan syampu khas serta semburan untuk kulit kepala.

Alhamdulillah, dengan rawatan doktor dan ikhtiar yang diteruskan, keadaannya semakin baik. Luka pun dah hilang.

Apa pun, anakanda terus menjaga pemakanan dan mengambil suplemen sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan dirinya. Semoga keadaan yang baik ini berterusan.

Sekian perkongsian ringkas daripada Kak Niza. 🥰

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Asmaniza dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Asmaniza untuk berhubung secara terus.

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Threads
WhatsApp
Telegram
X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan