Pengalaman Shaklee Cheqsee: Dari Takut Ambil Suplemen hingga Belajar Jaga Nutrisi

Dulu saya anggap vitamin itu ubat. Bila dah melalui sendiri pelbagai masalah kesihatan, saya mula ubah cara fikir. 🥴

Assalamualaikum wbt.

Saya Cheqsee dari Terengganu.

Tahun ini masuk tahun kesembilan saya bersama Shaklee untuk pelbagai keperluan kesihatan, termasuk masalah kulit breakout, skoliosis, slip disc dan pengurusan berat badan.

Kisah saya dengan Shaklee sebenarnya bermula sejak 2012. Masa itu, saya ambil Vitamin C untuk masalah kulit. Tapi masih takut nak makan vitamin sebab saya memang jenis yang menolak pengambilan suplemen.

Jadi, selepas habis sebotol, saya berhenti. Saya belum faham kepentingan nutrisi dan masih tersekat dalam pemikiran bahawa vitamin itu ubat. 🥴

Sampailah pada 2017, doktor pakar mengesahkan saya mengalami masalah meniskus pada lutut dan perlu menjalani prosedur debridemen lutut melalui artroskopi.

Selepas prosedur itu, saya menjalani fisioterapi. Waktu inilah saya mula tertarik semula dengan suplemen Shaklee.

Ahli fisioterapi mencadangkan OsteNutrix dan Omega Guard sebagai sokongan sepanjang pemulihan lutut dan pengurusan masalah skoliosis saya.

Masa ini saya terus daftar sebagai ahli supaya dapat membeli pada harga yang lebih murah, sebab saya merancang untuk konsisten mengambil suplemen setiap bulan.

Sepanjang proses pemulihan bersama fisioterapi dan pengambilan suplemen, alhamdulillah, saya rasa keadaan semakin baik. Sakit belakang pun sangat berkurang.

Tak habis di situ, saya mula dorong diri untuk kenal Shaklee dengan lebih mendalam. Saya tak nak terus berada dalam pemikiran yang menolak suplemen tanpa memahami peranannya.

Saya rasa ada sesuatu tentang Shaklee yang saya belum tahu dan perlu belajar. Saya juga nak berkongsi pengalaman dengan mereka yang menghadapi masalah seperti saya.

Pada 2018, saya cuba YOUTH Skincare yang baru dilancarkan ketika itu. Alhamdulillah, saya nampak perubahan yang baik pada kulit dan masalah breakout saya semakin pulih.

Dari situlah saya mula mengambil langkah untuk mencuba dunia bisnes Shaklee.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, perjalanan bersama Shaklee memberi banyak manfaat kepada saya, dari segi penjagaan kesihatan, pendapatan dan ilmu bisnes dalam talian.

Pada 2020, saya naik ke pangkat Supervisor.

Pada 2021 pula, Allah SWT menguji saya dengan masalah slip disc. Waktu inilah kali pertama saya melabur untuk membeli Vivix.

Saya mengambil Vivix dan Omega Guard sebagai sokongan nutrisi. Dalam tempoh itu, alhamdulillah, sakit belakang dan simptom sciatica yang saya alami berkurang. Saya juga akhirnya tidak lagi mengambil Celebrex, ubat tahan sakit yang sebelum itu sering saya perlukan.

Ini pengalaman peribadi saya sepanjang melalui masalah tersebut.

Paling bermakna, masalah slip disc membuatkan saya nekad untuk menurunkan berat badan. Alhamdulillah, saya berjaya dengan kaedah FBM yang disokong oleh set pengurusan berat badan Shaklee.

Sampai sekarang, walaupun saya mempunyai dua diagnosis, iaitu skoliosis dan slip disc, dengan masalah slip disc pada L4 dan L5, serta pernah mengalami masalah lutut, saya masih boleh bergerak aktif untuk menguruskan keluarga dan bersenam setiap hari.

Suplemen Shaklee menjadi sebahagian daripada rutin sokongan nutrisi saya.

Apa yang saya belajar, suplemen bukan ubat. Pengambilan suplemen secara bijak penting untuk membantu melengkapkan keperluan nutrisi harian kita.

Terima kasih dan semoga perkongsian ini bermanfaat.

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Cheqsee dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Cheqsee untuk berhubung secara terus.

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Threads
WhatsApp
Telegram
X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan