Dulu kawan usik kulit saya macam “tepung talam”. Tak sangka, dari situlah bermulanya perjalanan saya dengan Shaklee. 😂
Assalamualaikum, hari ini giliran saya berkongsi Shaklee Effect dan perjalanan bisnes saya bersama Shaklee.
Saya nak cerita pengalaman bekerja di kolam udang pada tahun 2017.
Kerja di luar memang banyak menggunakan tenaga. Kulit pun turut terkesan. Antara saya dengan kawan yang lain, kulit saya paling nampak perubahannya.
Beza warna kulit asal dengan bahagian yang sunburn sampai kawan kata macam “tepung talam”. 😂
Balik rumah, ayah pula tegur. Saya pun rasa tercabar dan buat keputusan nak cuba ESP Shaklee.
Disebabkan waktu itu masih belajar, saya beli ikut kemampuan. Bulan pertama beli ESP, bulan kedua baru tambah Vitamin C.
Alhamdulillah, selepas konsisten selama dua hingga tiga bulan dan seterusnya, saya perasan kulit semakin halus, sunburn beransur pulih, kulit kurang mengelupas dan jerawat pasir pun semakin berkurang.
Bila nampak perubahan pada kulit saya, ramai kawan mula berminat nak cuba Shaklee juga.
Dengan duit bonus yang saya dapat, saya terus beli produk Shaklee yang mesra poket seperti Vitamin C, Alfalfa dan OsteNutrix. Bukan saya seorang saja yang amalkan, saya ajak kawan untuk cuba juga.
Syukur alhamdulillah, ada kawan yang berkongsi pengalamannya selepas mengamalkan Alfalfa. Sebelum ini, kalau senggugut teruk, dia sampai tak boleh bangun. Menurutnya, senggugut yang dialami kemudian tak berpanjangan seperti dulu. Pagi berehat di bilik, petang dah boleh hadir ke kelas.
Ada juga yang berkongsi perubahan kulit seperti yang saya alami. Sunburn semakin pulih, jerawat berkurang dan kulit tak lagi nampak terlalu kusam.
Kawan yang mengamalkan OsteNutrix pula ada berkongsi bahawa mereka dapat tidur lebih lena dan rasa lebih segar apabila bangun pagi.
Maklumlah, kerja kami banyak mengangkat barang berat, memberi makan udang dan ikan di kolam serta berjalan jauh. Bila dapat nikmat tidur yang berkualiti, memang lega sangat.
Waktu bulan puasa pula, saya bersahur dengan ESP dan Performance Drink. Sepanjang bekerja di kolam, saya rasa badan kurang letih dan lebih selesa menghadapi rasa dahaga.
Dengan izin Allah, saya bersyukur dapat kenal Shaklee dan merasai sendiri perubahan pada kulit serta badan sepanjang mengamalkannya.
Lebih bermakna, saya dah kenal Shaklee sejak zaman belajar lagi.
Setahun sebelum berkahwin, alhamdulillah saya berjaya mengembangkan pasukan dan naik pangkat ke Supervisor, kemudian Senior Supervisor. Waktu itu, saya berjaya memperoleh pendapatan empat angka sebulan.
Selepas berkahwin, saya menjadi suri rumah. Bisnes Shaklee inilah yang menjadi sumber pendapatan saya untuk membayar komitmen dan membantu perbelanjaan keluarga.
Boleh juga ada simpanan sendiri, alhamdulillah.
Daripada mencuba untuk diri sendiri, akhirnya menjadi sumber rezeki selepas berkeluarga.
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Siti Norsyamim dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Siti Norsyamim untuk berhubung secara terus.













