Dari Anti Suplemen Ke Senior Supervisor Shaklee, Kisah Fatin Nadiah

Dulu nak beli suplemen pun takut. Sekali dah daftar Shaklee, terus tanya upline, β€œKalau nak buat bisnes macam mana?” πŸ˜‚πŸ’š

Assalamualaikum dan selamat pagi! Hari ini giliran Fatin berkongsi dalam grup ni. Nanti bila ada masa, bolehlah baca ya. πŸ‘ŒπŸ»

Terima kasih, Maktok, sebab beri peluang untuk Fatin berkongsi pengalaman bersama Shaklee. ☺️

Nama Fatin Nadiah, umur 37 tahun dan ibu kepada tiga orang cahaya mata. Seronok dapat kenal semua dalam grup ni. Kalau sudi nak berkawan, jemput follow Fatin di Instagram dan TikTok. InsyaAllah Fatin follow balik. Kita tambah kenalan, eratkan silaturahim dan saling menyokong. πŸ₯°

πŸ“Έ Instagram @fatinnadiahmarzukhi
🎡 TikTok @fatinnadiahmarzukhi

Salam perkenalan daripada Fatin! 🀍

Cerita Fatin dengan Shaklee bermula masa Fatin kerap mengalami masalah tonsil. Berbulan juga tekak rasa tak selesa. Macam macam cara dah cuba, tapi masih rasa terseksa.

Masa tu Fatin dah kenal jenama Shaklee, cuma nak beli tu memang tak pernah terlintas. Fatin ni dulu anti suplemen! πŸ˜‚ Selalu dengar orang kaitkan suplemen dengan masalah buah pinggang, jadi Fatin pun takut nak cuba.

Bila tekak makin tak selesa, Fatin terbaca perkongsian seorang pengguna tentang Nutriferon. Itulah produk Shaklee pertama yang Fatin beli. Fatin terus daftar sebab nak cuba untuk diri sendiri. Dalam tempoh tu, Fatin perasan masalah tonsil dah kurang kerap berulang. Dari situ, Fatin mula nak kenal Shaklee dengan lebih dekat.

Yang kelakarnya, baru lepas daftar, Fatin dah tanya upline…

β€œKalau nak buat bisnes macam mana?” 🀣

Sebenarnya Fatin memang suka menjual, walaupun Fatin ni introvert. Dulu pernah jadi dropship baju dan tudung, jual kain pasang, malah pernah ada jenama tudung sendiri. Tapi dengan pendapatan kerja makan gaji masa tu, nak pusing modal pun susah. Akhirnya Fatin terpaksa berhenti.

Bila kenal bisnes Shaklee, Fatin suka sebab tak perlu simpan stok sendiri atau urus penghantaran. Dah ada sistem dan sokongan daripada team. Kalau ada jualan, ada peluang untuk jana bonus. Fatin pun fikir, β€œCuba sajalah. Buat santai dulu, tak perlu paksa sesiapa.”

Tapi dalam diam, bila tengok kawan naik rank dan dapat bonus empat angka, terdetik juga…

β€œBestnya! Aku pun nak macam tu!” 😱

Tahun 2021, Fatin mula buat bisnes ni dengan lebih bersungguh. Mula dengan bonus dua angka, kemudian tiga angka. Pada Jun 2021, Allah izinkan Fatin naik ke rank Supervisor dengan bonus empat angka. Bulan Julai pula, Fatin berjaya naik ke Senior Supervisor.

Alhamdulillah, pencapaian tu memang besar maknanya untuk Fatin. ❀️

Sejak itu, Fatin masih teruskan bisnes Shaklee. Bonus ada turun naik. Ada masa rasa nak berhenti juga, tapi ada saja yang buat Fatin nak teruskan. Orang kata dah sebati. Dah jadi darah hijau! πŸ˜‚πŸ’š

Perjalanan Fatin masih panjang. Mungkin belum sampai masa untuk naik ke rank seterusnya, dan Fatin okay dengan itu. Setiap orang ada rezeki dan waktunya sendiri. Bila tengok kawan capai sesuatu yang kita impikan, tumpanglah gembira dan ambil semangat daripada usaha dia.

Untuk semua yang sedang berusaha dalam bisnes ni, jom, chaiyok! Tak apa kalau langkah kita kecil hari ini. Teruskan belajar dan buat apa yang kita mampu. InsyaAllah, bila sampai waktunya, Allah akan buka jalan.

Terima kasih sebab sudi baca sampai habis. Semoga kita semua terus kuat, saling menyokong dan berjaya dalam perjalanan Shaklee masing-masing. πŸ’š

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Fatin dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Fatin untuk berhubung secara terus.

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami.

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Threads
WhatsApp
Telegram
X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan