Kisah Nani Bina Bisnes Shaklee Dari Rumah Sambil Menjaga Ayah

Umur 16 tahun, Nani berhenti belajar untuk bantu mak jaga ayah. Bila mak sampai terpaksa gadai emas untuk beli susu ayah, Nani mula fikir macam mana nak cari pendapatan sendiri.

Assalamualaikum semua 🥰

Hari ini giliran Nani pula nak kongsi perjalanan Nani dengan Shaklee. Selamat berkenalan semua!

Masa umur 16 tahun, kulit Nani nampak macam terbakar dan dekat dahi pula penuh dengan tiny bumps. Ada seorang jiran cadangkan Nani cuba Vitamin C Shaklee. Jiran Nani ni bukan ejen pun. Dia sendiri ambil produk tu, jadi dia kongsi dengan Nani.

Masa tu, nak beli sebotol Vitamin C pun Nani minta duit dengan mak. Bila dah beli, hari hari Nani ambil. Lama kelamaan, Nani perasan tiny bumps dekat dahi tu makin berkurang.

Sebelum tu, Nani kurang yakin nak pakai purdah yang nampak dahi. Kalau nak keluar jumpa orang, Nani lebih selesa pakai niqab yang tutup dahi. Dahi penuh tiny bumps, dalam kepala Nani masa tu, gelap macam jalan tar pula 😝

Lepas tu, Nani nampak upline kongsi pasal ESP dekat status masa bulan puasa. Nani pun teringin nak cuba. Maka mintalah duit dengan mak sekali lagi 🤣

Alhamdulillah, dalam tempoh Nani konsisten ambil ESP dan Vitamin C, Nani rasa kulit nampak lebih sihat dan kurang kusam. Putih macam oppa tu memang jauh lagilah 😁 Yang Nani paling seronok, tiny bumps dan jerawat pun dah segan nak naik.

Berhenti belajar untuk bantu mak jaga ayah

Masa umur 16 tahun juga, Nani terpaksa berhenti belajar sebab ayah kena strok sampai tak boleh berjalan. Waktu tu, dekat rumah cuma ada mak dan adik bongsu Nani yang masih sekolah.

Nani anak keenam daripada lapan beradik. Abang dan kakak yang lebih tua semuanya dah berkahwin dan ada keluarga masing masing. Jadi mereka minta Nani balik untuk bantu mak uruskan ayah.

Sambil jaga ayah, Nani mula ajar budak kampung mengaji. Mula mula, dua orang adik beradik saja yang datang. Eh, lepas tu makin ramai pula mak ayah nak hantar anak belajar Iqra’ dan al-Quran dengan Nani. Nani pun terima, alang alang ada masa.

Akhirnya Nani buka dua sesi, satu petang dan satu malam. Jumlah murid masa tu lebih daripada 30 orang. Alhamdulillah, sampai sekarang kelas mengaji tu masih ada.

Kenapa Nani mula buat bisnes Shaklee

Upline Nani sebenarnya dah dua tiga kali ajak Nani buat bisnes Shaklee. Dia nampak Nani ada jual tudung dan sarung tangan dekat status WhatsApp 😂

Masa tu Nani kata tak mahu lagi. Jual tudung Nani berani juga. Bab nak terangkan dan jual suplemen ni, Nani rasa belum pandai.

Sampailah satu masa, mak terpaksa gadai emas untuk beli susu ayah. Duit simpanan daripada upah menjahit dan buat kuih pun habis untuk susu ayah.

Bayangkan, tiga tin susu harganya RM300 dan cuma tahan sembilan hari 🥹

Mak suri rumah. Abang dan kakak pula masing masing baru nak stabil. Waktu tu, mereka belum mampu bantu mak tampung kos susu ayah dan keperluan rumah.

Dari situlah Nani rasa Nani kena cuba cari pendapatan sendiri. Alang alang Nani dah pernah guna produk Shaklee dan ada pengalaman sendiri nak dikongsi, Nani pun serah diri dekat upline. Kali ni Nani nak cuba betul betul.

Tiga bulan baru dapat pelanggan pertama

Pendapatan pertama Nani dengan Shaklee datang selepas tiga bulan 😬

Haa, habis tu apa Nani buat bulan pertama dan kedua?

Hari hari Nani buat promosi dekat status WhatsApp. Dekat Facebook pun Nani konsisten menulis untuk cari pelanggan dan bina kepercayaan orang.

Nani ni budak kampung yang belajar di madrasah. Umur 18 tahun, masa nak mula bisnes Shaklee, barulah Nani ada telefon sendiri. Itu pun telefon lama abang. Abang bagi bila Nani cakap Nani nak mula buat bisnes 😁

Dalam telefon tu, nombor orang terdekat saja yang ada. Jadi memang ambil masa untuk orang kenal Nani. Masuk bulan ketiga, barulah Nani dapat pelanggan pertama.

TikTok buka jalan untuk Nani

Nani cuba macam macam cara untuk bina nama sendiri dan kenalkan bisnes Nani kepada lebih ramai orang. Hampir setahun juga baru Nani dapat idea nak mula buat kandungan di TikTok.

Ada akak RYG yang kata Nani antara yang awal buat kandungan Shaklee di TikTok masa PKP. Nani pun rasa macam tu sebab masa tu jarang sangat Nani nampak ejen Shaklee lain dekat sana.

Alhamdulillah, selepas mula fokus di TikTok, Nani berjaya naik ke pangkat Supervisor pada Mac 2020.

Memang betul orang kata TikTok ni lubuk rezeki. Hari hari ada mesej masuk sampai kadang kadang Nani tak menang tangan nak balas. Dulu Nani ada simpan tangkap layar mesej yang masuk beratur tu. Semuanya dalam telefon lama yang dah rosak 🥹

Nani nak tengok mak tersenyum

Pernah orang tanya mak Nani, “Tak kesian ke dekat Nani tu? Muda lagi dah kena duduk rumah. Umur macam dia sepatutnya belajar lagi, nanti boleh dapat kerja elok.”

Ada juga yang cakap, “Tapi nak cari kerja pun susah juga, kan? Anak Cik Nor tak ambil SPM, semua belajar pondok.”

Nani ambil kata kata tu sebagai penguat semangat. Nani cakap dekat mak, “Tak apa, mak. Duduk rumah pun Nani boleh cari duit. Nani pun boleh berjaya.”

Nani terus fokus buat kandungan di TikTok dan kembangkan pasukan. Bila tengok anak muda sebaya Nani banggakan mak ayah dengan sijil dekan atau ijazah, Nani pun teringin nak buat mak ayah bangga. Alhamdulillah, melalui pencapaian Nani dalam bisnes Shaklee, Nani dah dapat tengok mak tersenyum banyak kali.

Insya-Allah, masih banyak yang Nani nak usahakan. Doakan Nani dapat terus bahagiakan mak dan ayah sementara masih ada masa bersama mereka. Doakan juga Nani dapat bantu lebih ramai anak muda yang ada impian nak bahagiakan mak ayah mereka.

Inilah serba sedikit perkongsian daripada Nani. Nani dah cuba pendekkan tau 😂

Doakan Nani dapat naik ke pangkat Master atau terpilih jadi penceramah di NC Shaklee suatu hari nanti. Kalau dapat naik pentas besar tu, nanti Nani cerita lagi dengan lebih lanjut 😬🤣

Terima kasih banyak, @Adik Farihahh, sebab sudi jemput Nani berkongsi 🤍

Maaf andai terlebih atau terkurang.

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Ummi Hanani dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Ummi Hanani untuk berhubung secara terus.

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami.

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Threads
WhatsApp
Telegram
X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan