Kisah Nisa Bermula Dengan Shaklee, Dari GrabMom Ke Supervisor

Enam hingga tujuh kali sehari Nisa keluar masuk hantar dan ambil anak. Tak sangka rutin GrabMom ni juga yang jadi permulaan kisah bisnes Nisa dengan Shaklee.

Assalamualaikum Maktok dan team Surijunior. 🥰

Hari ini Nisa nak cerita sikit perjalanan Nisa bersama Shaklee. Nisa baru mula ambil suplemen Shaklee pada Februari 2025.

Dulu Nisa memang tak suka makan suplemen. Sejak pindah ke Johor, Nisa kena jadi GrabMom sampai enam hingga tujuh kali sehari. Mak-mak di Johor faham sajalah, sekolah agama ada banyak sesi. Itu yang Nisa banyak habiskan masa atas jalan.

Sampailah satu hari, Nisa terlelap sekejap masa memandu dan terlanggar pagar depan rumah. Mujur masa itu dah dalam kawasan rumah. Kalau jadi di jalan raya, Nisa tak dapat bayangkan. 🥹

Dalam tempoh itu juga, Nisa hubungi Kak Jura sebab nak cuba suplemen untuk rutin harian. Nisa dah lama kenal Kak Jura. Dulu pernah beli produk penjagaan kulit YOUTH dengan dia, lepas itu Nisa hilang. Hahaha. 😂

Cinch Tea dan Performance Drink ialah dua produk Shaklee yang Nisa mula cuba. Nisa suka sebab senang nak masukkan dalam rutin harian yang sibuk. Dari situ, Nisa rasa nak cuba menjual pula. Mula-mula Nisa kongsi dengan keluarga terdekat, kemudian Nisa mula kongsi di Instagram Stories sebab memang aktif di situ. Nisa pun mula “meracun” mak-mak yang follow Nisa. Ramai rupanya GrabMom macam Nisa juga. 😂

Lepas sebulan menjual, dapat RM101 pun Nisa dah seronok. 😆 Masuk bulan kedua, Nisa naik ke rank Supervisor dan dapat pendapatan RM2,200. Masa itu lagi bertambah seronok. Bagi Nisa, jumlah itu dah banyak. Alhamdulillah.

Lepas itu, Nisa mula juga tawarkan set bajet Omega dan Lecithin. Alhamdulillah, sambutannya pun meriah. Harganya mampu milik, kan?

Setakat ini, pendapatan tertinggi yang Nisa pernah capai dengan Shaklee ialah RM3,300. Sampai sekarang Nisa masih teruskan bisnes ni. Ada masa naik, ada masa turun. Bila tengok ramai orang hebat dalam team, Nisa pun rasa bersemangat nak terus menjual.

Terima kasih Master Kak Jura (@Norsyaheera) sebab selalu ingatkan Nisa dan bagi idea untuk buat konten. Dulu pengikut Instagram Nisa sekitar 2,000 hingga 3,000 orang. Sekarang dah 7,400 orang, dengan bimbingan Kak Jura.

Terima kasih juga kepada Maktok dan team Surijunior sebab beri peluang untuk Nisa kongsi perjalanan Nisa bersama Shaklee. 🥰

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Nisa dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Nisa untuk berhubung secara terus.

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Threads
WhatsApp
Telegram
X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan