Kisah Sheda Mula Bisnes Shaklee Pada Usia 46 Tahun

Sheda mula buat bisnes sebab nak ada duit untuk bagi Mak. Kadang dapat hulur RM200, kadang dapat belanja Mak makan. Itu pun dah buat Sheda seronok.

Assalamualaikum. Hari ini giliran Sheda berkongsi dalam group. Terima kasih, Mak Tok, sebab bagi Sheda peluang untuk bercerita.

Sheda mula kenal Shaklee pada tahun 2021. Masa itu Sheda baru lepas bersalin anak keenam dan daftar dengan kawan sekolah. Produk pertama yang Sheda beli ialah Lecithin. Kawan cadangkan, kita beli saja. Masa itu tak tahu pun Shaklee tu apa. Ingatkan jual jamu. 😅

Lepas itu, bila nak dekat bulan puasa, Sheda beli ESP dan Vitamin C. Masa tu Sheda tengah menyusukan anak dan nak cuba untuk bantu penghasilan susu.

Masya-Allah, bila bersahur dengan ESP, Sheda perasan badan rasa lebih bertenaga. Anak ada yang sekolah pagi, ada yang sekolah petang. Dalam masa yang sama, Sheda urus bayi yang masih menyusu, masak untuk berbuka dan sempat juga pi terawih di masjid.

Dulu, masuk tengah hari saja Sheda dah rasa macam kain buruk. Terbaring saja. Kadang masak, kadang tak. Terawih pun buat di rumah. Sedih juga bila dah letih dengan urusan seharian, sampai nak baca al-Quran pun rasa tak larat.

Ramadan kali itu Sheda rasa lebih seronok nak berpuasa. Letih urus anak dan rumah tetap ada, cuma badan rasa lebih bertenaga dan kurang lesu.

Anak Sheda menyusu badan sampai hampir umur empat tahun, baru betul-betul putus susu. Dalam tempoh itu, Sheda tambah Alfalfa dan Omega. Sampai sekarang Sheda masih konsisten dengan ESP, Vitamin C, Alfalfa dan Omega.

Macam mana pula Sheda tergerak nak buat bisnes? Semuanya bermula bila terbaca hantaran Mak Tok di Facebook. Kalau tak silap, Mak Tok cerita bawa mak pi umrah dan naik kelas bisnes. Siap ada duit belanja daripada Shaklee untuk ahli keluarga yang dibawa. Masa baca tu, Sheda terfikir, “Betul ka ni? Seronoklah kalau macam tu.”

Dari situ Sheda mula tengok laman web dan hubungi Master Ita melalui WhatsApp untuk minta tunjuk ajar. Kawan yang daftarkan Sheda dulu dah tak buat Shaklee.

Niat Sheda mula buat bisnes ni sebab nak bagi Mak duit. Setakat ni, ada masa Sheda boleh bagi Mak RM200. Kadang dapat belikan makanan untuk Mak melalui Grab pun dah seronok. Sheda tak minta banyak. Cukuplah ada rezeki yang boleh dikongsi dengan Mak.

Bila dah makin lama kenal Shaklee, Sheda pun rasa teruja nak berkongsi pengalaman sendiri. Sebelum ini Sheda pernah buat dropship dan pernah jadi stokis produk orang lain. Masa jadi stokis, Sheda kena keluarkan modal. Bila mula buat bisnes Shaklee, Sheda boleh mula tanpa keluarkan modal untuk pegang stok. Urusan pos pun pihak ibu pejabat buatkan. Bahan promosi disediakan dan kelas pun percuma.

Bila dengar perkongsian para Master yang dapat pendapatan beribu ringgit dan pergi melancong dengan tajaan Shaklee, siap dapat layanan VVIP, Sheda jadi makin semangat nak buat bisnes.

Bonus Sheda sekarang kadang dua angka, kadang tiga angka. Tak apa, yang penting jalan terus. Sheda baru mula pada umur 46 tahun. Kadang rasa macam lambat dah, tapi Sheda nak cuba juga sampai dapat jana pendapatan empat atau lima angka. Yang penting, jangan putus asa.

Terima kasih kepada semua yang sudi baca perkongsian Sheda. Semoga kita terus berusaha untuk baiki ekonomi keluarga, sedikit demi sedikit.

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Sheda dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Sheda untuk berhubung secara terus.

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Threads
WhatsApp
Telegram
X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan