Kenapa Saya Sayang Shaklee? Kisah Saya Mula Berbisnes Dari Rumah di Jordan

Bonus ada turun naik. Ada juga kawan yang dah berhenti. Tapi kenapa saya masih setia dengan Shaklee? 😍

Izinkan saya kenalkan diri dulu. Nama saya Hasma Mustafa Khama, berumur 37 tahun dan ibu kepada dua orang puteri.

Bila orang tanya kenapa saya sayang Shaklee, sebenarnya susah saya nak ungkap dengan kata-kata, apatah lagi dalam tulisan.

Cuba fikir. Kalau kita sayang seseorang sebab dia cantik, bila dia dah tak cantik, adakah kita berhenti sayang dia?

Macam itulah juga dengan saya dan Shaklee. Adakah sebab bonus tinggi? Bonus saya pun ada masa tinggi, ada masa rendah. Biasalah, dalam bisnes ada turun naik. Betul tak?

Adakah sebab kawan-kawan? Dah ramai juga kawan yang berhenti, tapi saya masih setia bersama Shaklee. 😍

Bila saya mula kenal Shaklee?

Saya kenal Shaklee pada tahun 2013, masa saya berada di Jordan. Saya bermula dengan #SetMilkBoosterShaklee. Dalam tempoh itu, alhamdulillah, saya berjaya menyusukan anak sulung selama dua tahun.

Selepas bersalin anak kedua, saya ambil pula #SetPantangShaklee. Masa dalam pantang itu, berat saya turun 10 kg, daripada 62 kg kepada 52 kg.

Okey, sambung balik cerita macam mana saya jatuh cinta dengan Shaklee. 🤣

Masa masih di Jordan, saya saja nak cuba berbisnes dari rumah. Alhamdulillah, walaupun jauh di sana, saya masih boleh jalankan bisnes dari rumah. Maklumlah, klik sana sini saja, kan? 😁

Saya pun cubalah. Alhamdulillah, bulan pertama dah nampak hasil. Syukur sangat masa itu. 😍

Sejak itu, memang saya jadi Shaklee lover. Satu demi satu produk saya cuba. Dari situlah saya mula berkongsi pengalaman saya dengan orang lain. 😘

Alhamdulillah, sampai sekarang saya masih bersama Shaklee. Saya juga berpeluang membimbing ramai ahli dalam pasukan saya. Ada yang meraih pendapatan dua, tiga, empat, lima, malah enam angka. Seronok sangat bila dapat bantu mereka, kan? 😘

That’s why I love Shaklee! 😍

Terima kasih kepada upline saya, Master Fahana dan Master Eha, yang banyak membantu saya. Terima kasih juga kepada semua ahli pasukan saya yang masih setia bersama Shaklee. ❤️

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Hasma dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Hasma untuk berhubung secara terus.

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Threads
WhatsApp
Telegram
X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan