Shaklee National Conference sebagai acara pengiktirafan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !
Tiba-tiba hati terimbau kenangan National Conference Shaklee 🙂 Sebak pulak rasa. Ecewah. tetiba. haha. Eh, betul, sebak. NC 2014 diadakan di Sunway Pyramid selama 2 hari. Tahun-tahun lepas sehari saja, tahun ni 2 hari, ramai sangat yang dapat award nya !
Tahun 2012, saya terima 1 award. Masa tu, takde impian besar sangat dalam Shaklee. Cuma nak share dengan kawan-kawan, dan nak dapatkan sikit income extra. Eh, kalau RM2K, tak sikit la kan? Banyak la tu. Masa tu saya rank Senior Supervisor, pergi sorang-sorang ja NC, suami & anak-anak tak ikut. Takyahla kot, 1 award saja, kesian anak-anak bersesak-sesak. Tulah dalam fikiran saya pada masa tu.
Nama dipanggil naik pentas, bangganya! Tak tau nak habaq. Rasa lama dah tak naik pentas lepas konvo tahun 2005. haha
Kanan : Mr Victor Lim, Presiden Shaklee Malaysia
Kiri : Bradford Richardson, Presiden  Shaklee International
(Awat muka jadi lagu tu tak tau. haha)
Semasa conference ni juga, saya banyak tersedar dari zon selesa. Saya lihat ramai yang berjaya, capai puluhan ribu income, ada yang datang dengan kakak, adik sekeluarga yang turut menerima award. Tapi, saya hanya terima award seorang diri. Belum ada downline yang saya bantu mendapat seperti apa yang saya nikmati. Masa ni juga saya berpeluang, duduk bersama Nanny Shaklee saya, PM Shareeza (Cery Mamafaiz) dan seorang lagi rakan Alin, sekarang dah Master Azlin. 
Perbincangan mereka, kadang-kadang saya sampuk, minta penjelasan, masa tu Alin dah Coordinator. Suasana di NC & perbincangan itu menjadi turning point untuk saya keluar dari zon selesa. Shaklee bukan sekadar itu, bukan sekadar biasa-biasa, saya mampu membantu lebih ramai senang! Saya mampu membantu lebih ramai kaya, macam yang orang lain buat. 
Rakan-rakan Kumpulan Jutawan yang hadir masa NC 2012. Masa ni, hanya PM Cery & PM Iffah sahaja Master Coordinator. Tapi sekarang, hanpir semua dalam gambar ni, 
sudah bergelar Master Coordinator 🙂
Saya pulang dengan semangat baru, harapan baru, dan dimensi baru. NC tahun depan, saya tak akan datang seorang lagi, saya mesti bantu lebih ramai dapat apa yang saya dapat. Peluang pahala berganda!
NC 2013, saya berjaya dengan misi tersebut. Alhamdulillah.. saya tidak bersendirian menerima award. Ramai downline saya juga berpeluang naik ke pentas dan menerima trophies. Kini, bukan saya sahaja yang menjana income 4-5 angka, malah, mereka juga. NC 2013, saya ke pentas dengan rank Key Coordinator 🙂
Key Coordinator dengan 7 awards 🙂
4 Master Coordinators bersama Mr Bradford Richardson, President Shaklee International
Anak-anak cucu Surijunior yang hadir dan terima anugerah

Ini saja yang sempat ditangkap, anak cucu lain tak sempat, 
hilang dek kesesakan event. haha
Sewaktu NC 2013 ini berlangsung, Surijunior telah menghasilkan berpuluh orang leaders dengan income 4 angka. Syukur alhamdulillah. Fokus & usahakan saja, jika niat kita baik, insyaAllah akan dibantu & dipermudahkan.
NC 2014? Sehingga bertemu di entry seterusnya ya 🙂
Thanks for reading!

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan