Dulu saya cuma nak cari cara tambah susu untuk anak. Tak sangka dari situlah bermulanya perjalanan bisnes saya.
Hai, Assalamualaikum.
Saya Noorhafiza, 45 tahun. Orang lebih kenal saya sebagai Kakboy. Saya menetap di Jitra dan ada empat orang anak bujang, semuanya lelaki. Umur mereka 19, 15, 12 dan 9 tahun.
Perjalanan Shaklee saya bermula selepas saya dapat anak kedua. Dia tak boleh minum susu lembu. Setiap kali minum susu tepung, dia akan cirit birit. Masa itu saya bekerja dan tak banyak ilmu tentang penyusuan. Disebabkan anak saya kuat menyusu, saya pun cari “ubat” untuk tambah susu.
Saya Google dan terjumpa blog Master Farihah. Saya hubungi Master melalui Facebook, kemudian beli set percubaan menyusu yang asas sebab masa itu duit pun terhad.
Alhamdulillah, susu jadi banyak sampai boleh buat stok. Padahal masa itu berat saya cuma 35 kg, anak pula 8 kg 😅
Dari situlah Master mula ajar saya berbisnes. Caranya mudah saja, kongsi pengalaman menggunakan set menyusu dengan kawan yang menghadapi masalah sama. Alhamdulillah, daripada bonus RM27, saya pernah dapat bonus lima angka.

Niat awal saya cuma nak dapat bonus untuk tampung keperluan vitamin. Akhirnya saya dapat berhenti kerja dan fokus pada bisnes serta keluarga. Sampai sekarang, dah 12 tahun saya bekerja dari rumah.
Kenapa saya berhenti kerja? Sebab anak-anak perlukan perhatian ibu. Dalam masa yang sama, bisnes Shaklee membolehkan saya terus bayar komitmen rumah dan kereta.
Saya tetapkan sasaran pendapatan yang mencukupi. Bila bonus Shaklee dah melebihi gaji saya sebagai eksekutif akaun, saya hantar surat berhenti kerja. Dua kali juga saya hantar surat itu. Selepas lebih setahun bos tangguhkan, akhirnya beliau luluskan 😅
Bagi yang berniat nak bekerja dari rumah, kena pulun sampai capai sasaran. InsyaAllah, selebihnya Allah bantu. Janji kita rajin berusaha untuk capai impian itu.
Rezeki anak-anak sentiasa ada. Inilah anak Shaklee yang buat ibu terjebak dengan Shaklee. Dah remaja dah sekarang.












