Niat asal cuma nak cari suplemen untuk hamil. Tak sangka, dari situ bermula perjalanan saya bersama Shaklee.

Assalamualaikum. Hari ni giliran saya untuk berkongsi. Minta maaf sebab lambat 🙇🙏
Saya mula mengenali Shaklee ketika mencari suplemen semula jadi untuk hamil. Dari situlah saya mula mencuba produknya.
Saya mengambil suplemen Shaklee sepanjang hamil, berpantang dan menyusukan anak pertama. Kemudian, saya terus mengambilnya ketika berikhtiar untuk hamil anak kedua dan ketiga.
Pada saya, Shaklee banyak membantu sepanjang saya melalui fasa sebagai seorang ibu. Saya rasa pemulihan luka lebih cepat, lenguh badan berkurang, nutrisi lebih terjaga ketika hamil dan menyusu, berat badan pun lebih ideal. Kulit juga nampak lebih sihat dan cantik.
Selepas itu, saya mula menjalankan bisnes Shaklee. Saya cuba hampir semua produknya, daripada suplemen dan produk penjagaan kulit sehinggalah barang pencuci rumah.
Bagi saya, produk Shaklee memang bagus dan sesuai dengan keperluan saya. Sebab itulah saya setia bersama Shaklee sejak tahun 2013 sehingga kini.
Saya juga bersyukur dipertemukan dengan bisnes yang bagus, syarikat yang bagus dan kumpulan yang positif serta sentiasa menyokong. Alhamdulillah. 🙏
#SetBersalin












