Mula-mula saya skeptikal juga. Betul ke produk Shaklee bagus, dan betul ke bisnes ni boleh jana pendapatan? 🤭
Assalamualaikum. Hari ni giliran saya pula untuk berkongsi. Saya Nina Mahizan. Saya mula buat Shaklee sejak tahun 2017 dan sekarang berada pada rank Senior Key Coordinator.
Pada mulanya, saya skeptikal sikit dengan Shaklee. Yalah, betul ke produk ni bagus? Dah lah mahal. Betul ke bisnes ni boleh dapat bonus? 🤭
Tapi saya tengok upline saya. Dia dah ada pendapatan stabil sebagai pegawai kerajaan, tapi masih buat Shaklee. Jadi, saya pun ikutlah.
Nak dijadikan cerita, bonus bulan pertama saya cecah RM500. Seronoknya saya! Lepas tu saya mula pasang niat, nak dapat bonus empat angka pula.
Mungkin bunyi macam klise, tapi kadang-kadang kita tak sedar yang kita sebenarnya boleh capai sesuatu bila kita betul-betul tetapkan fikiran dan usaha ke arah itu.
Baru mula buat Shaklee, boleh ke dapat bonus empat angka? Boleh saja. Saya naik rank SV pada bulan kedua, dan tercapailah hasrat saya.
Apa yang saya buat?
- Jelas dengan apa yang kita nak. Kalau nak bonus empat angka, tetapkan matlamat itu.
- Rancang macam mana nak capai. Contohnya, untuk capai SV perlukan 3,000 UV. Jadi fikir, berapa ahli yang kita perlukan atau berapa UV sehari yang perlu dicapai? Nak jual produk apa? Kita pandai terangkan produk apa, dan siapa yang mungkin memerlukannya?
- Selalu berdamping dengan upline. Sebab upline dah pernah buat perkara yang kita sedang cuba capai.
Enam bulan buat bisnes Shaklee, saya berjaya tukar kereta. Sebelum tu saya pakai Kancil, kemudian saya tukar kepada Honda Jazz.
Salah satu sebab saya jaga prestasi bisnes setiap bulan ialah saya nak penyata pendapatan Shaklee saya cantik. Masa mohon pinjaman kereta pada tahun 2017, saya hantar penyata pendapatan bisnes Shaklee, dan permohonan saya lulus.
Banyak lagi yang saya capai bersama Shaklee. Saya tulis dalam vision board nak beli rumah semi D, dapat. Nak bonus lima angka, dapat. Nak pergi umrah dengan duit sendiri pun dapat. ❤️ Masya-Allah.
Kalau cerita tentang perubahan pada diri pula, yang paling ketara bagi saya ialah kulit. Dulu saya ada jerawat batu yang teruk. Selepas saya mula jaga pemakanan dan ambil suplemen, kulit saya nampak lebih cantik. Mungkin perubahan itu juga yang buat orang lebih yakin dengan perkongsian saya.
Untuk yang sedang buat bisnes, ini tiga pesanan saya:
- Jangan berhenti buat branding. Sama ada branding bisnes atau personal branding. Sekecil-kecil pencapaian kita pun, kongsikanlah. Akan sentiasa ada orang yang suka mengikuti perjalanan kita.
- Jangan terus berhenti buat Shaklee. Kalau dah berhenti, susah nak bina momentum semula. Rehat boleh, tapi tengok balik big why kita. Kalau nak selesaikan hutang, tulis jumlahnya. Fikir berapa bonus sebulan yang kita sasarkan untuk selesaikannya. Bila jelas apa yang kita nak, lebih mudah untuk kita susun langkah.
- Jangan fikir terlalu banyak atau tunggu semuanya sempurna. Nak buat TikTok tapi telefon tak canggih? Tak apa, buat sahaja. Kadang-kadang kita kena pujuk diri sendiri untuk mula. Bila asyik fikir dan tunggu sempurna, akhirnya tak buat apa-apa.
Rasanya itu sahaja perkongsian Nina kali ni. Terima kasih, Maktok, sebab petik balik nama Nina. Lama dah Nina tak buat sharing. 🫶🏻
#bonusshaklee












