Dulu saya ingat suplemen hanya merosakkan buah pinggang. Tak sangka, saya yang anti suplemen inilah akhirnya setia dengan Shaklee selama 9 tahun.
Assalamualaikum wbt semua.
Saya Noorazila binti Abd Hamid. Boleh panggil Illa.
Dulu saya tak suka makan suplemen. Bagi saya, badan masih sihat, buat apa nak makan suplemen semua tu?
“Makan suplemen ni buat rosak buah pinggang saja.”
Itulah yang saya fikir dulu.
Rupanya, saya terlalu cepat menghukum!
Saya tak membaca, tak mengkaji. Saya buat kesimpulan berdasarkan apa yang saya dengar dan tengok. Saya ingat semua suplemen sama.
Bila mula membaca tentang Shaklee, termasuk Landmark Study, saya jadi lebih terbuka untuk memahami suplemen dan lebih yakin untuk mencuba.
Perjalanan saya dengan Shaklee bermula selepas saya mengalami keguguran. Waktu itu, saya ambil set berpantang paling asas, iaitu Vita-Lize, B-Complex dan Vita-C.
Sebelum keguguran tu, badan saya memang dah mula rasa tak sihat. Tapi bila dah sakit, barulah kalut nak jaga diri. 😅
Maklumlah, saya ni jenis anti suplemen. Jadi, saya cari maklumat tentang jenama yang saya rasa yakin untuk ambil dalam rutin harian. Dari situlah saya terbaca tentang Landmark Study Shaklee.
Selepas mula mengambilnya, saya sendiri terkejut dengan perubahan yang saya rasa sepanjang tempoh itu.
✅️ Masalah sembelit berdarah yang saya alami semakin reda.
✅️ Sakit gigi pun dah tak mengganggu seperti dulu.
✅️ Migrain yang kadang-kadang berlarutan sampai seminggu, rasa macam nak hantuk kepala ke dinding, semakin berkurang.
✅️ Emosi terasa lebih stabil.
✅️ Kekejangan yang kerap berlaku pun semakin berkurang.
✅️ Kulit nampak lebih sihat, sampai rasa selesa tanpa mekap.
Ini pengalaman peribadi saya sepanjang tempoh tersebut.
Yang buat saya tersenyum, bila saya beritahu umur, ada orang tak percaya. Hahaha!
Sekarang dah biasa bila orang kata saya tak nampak macam berumur 43 tahun. Saya kata dalam hati, “Hangpa belum tengok lagi geng Shaklee yang lain!” Ramai yang pada pandangan saya nampak muda daripada usia, lelaki mahupun wanita.
Saya bersyukur sebab Allah SWT izinkan saya kenal Shaklee. Banyak beza yang saya rasa antara keadaan badan saya sekarang dengan dahulu.
Bila konsisten menjaga rutin, saya rasa lebih selesa. Bila tak konsisten, ada juga ketidakselesaan lama yang saya rasa semula.
Kadang-kadang terfikir, kalaulah saya kenal Shaklee lebih awal.
Dulu, masa berpantang, saya ambil jamu dan produk lain. Waktu itu, saya tetap mengalami sakit badan, stres, sembelit berdarah dan kekejangan yang kerap.
Pengalaman berpantang ketika mengambil set Shaklee pula terasa berbeza bagi saya. Saya rasa lebih sihat dan lebih gembira sepanjang berpantang.
Muka pun nampak segar. Orang yang datang tengok bayi ada yang tegur, “Muka berseri macam orang tak berpantang!”
Saya juga seronok tengok bayi membesar. Kulitnya nampak cantik dan gebu, badan pun bulat. Waktu itu, saya perasan lehernya terasa kuat ketika didukung.
Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah.
Sekian perkongsian Illa hari ini. Pejam celik, pejam celik, dah 9 tahun saya mengambil suplemen Shaklee.
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Noorazila dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Noorazila untuk berhubung secara terus.












