Kisah Najihah Bermula Dengan Bisnes Shaklee, Daripada Pengguna Kepada Penyebar Manfaat

Dulu sekadar tahu tentang Shaklee. Tak sangka pengalaman gastrik yang teruk menjadi titik mula saya belajar menjaga kesihatan dan mengenali bisnes ini. 🌱

Assalamualaikum wbt semua ✨

Saya Najihah, dari Perlis. Hari ini nak berkongsi sikit tentang permulaan saya dengan bisnes Shaklee. 🌱

Saya dah tahu tentang Shaklee sekitar tahun 2017, tapi masih tak tergerak nak beli ataupun berbisnes, walaupun nampak ramai yang dah berkongsi di media sosial.

Sampailah waktu PKP, saya mengalami gastrik yang agak teruk. Waktu itu baru saya sedar gaya hidup saya sangat tak sihat. Kerja sampai lewat malam, makan ikut suka dan jarang bersenam.

Jadi, saya mesej Master Ainshah untuk beli produk pertama saya, Performance Drink!

Ramai yang saya nampak berkongsi tentang ESP untuk masalah gastrik. Tapi sebab saya sangat memilih makanan waktu itu dan takut nak ambil soya, saya buat keputusan untuk cuba Performance Drink dulu. Nampak macam boleh telan. 😄

Alhamdulillah, daripada Performance Drink, saya dah berani tambah ESP, Cinch, Vivix dan banyak lagi produk Shaklee dalam diet harian.

Sejak pengalaman gastrik yang teruk itu, baru saya sedar bahawa badan ini amanah Allah. Kesihatan yang dipinjamkan bukan untuk kita sia-siakan, tapi untuk digunakan agar kita dapat memberi manfaat dalam kehidupan.

Sepanjang mengamalkan Shaklee dan belajar menjaga pemakanan, alhamdulillah saya tak lagi mengalami gastrik seperti dulu. Paling best, saya juga dapat kenal lebih dekat dengan bisnes Shaklee yang lingkungan sahabatnya sangat best! Tak pernah lokek berkongsi ilmu dan sentiasa saling memberi semangat.

Walaupun kedudukan saya dalam rangkaian dah jauh daripada Master Farihah, saya tetap rasa sangat bersyukur dapat super, super, super upline yang ambil berat. Beliau sentiasa berpesan supaya kita berkongsi dan mengajak lebih ramai orang merasai kebaikan yang Shaklee tawarkan.

Bukan sebab bisnes semata-mata, tapi sebab kita sendiri dah merasai manfaatnya. Insya-Allah, perkongsian kita juga boleh menjadi titik mula perubahan yang lebih baik untuk orang lain. 🌸

Doakan saya dapat mengembangkan bisnes Shaklee dan menyebarkan lebih banyak manfaat kepada ramai orang. 💯✨

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah NAJIHAH dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp NAJIHAH untuk berhubung secara terus.

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Threads
WhatsApp
Telegram
X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan