Kisah Bisnes Shaklee USA: Ibu 7 Anak Bangkit Semula & Jadi Supervisor Dalam 28 Hari

Pernah putus asa dengan bisnes Shaklee, tetapi siapa sangka, selepas kembali bermula USA berjaya naik pangkat Supervisor dalam masa 28 hari sahaja.

Assalamualaikum kepada sahabat yang sentiasa dalam rahmat Allah.

Saya Shahidatul Akma, dikenali dengan gelaran USA. Hari ini USA nak berkongsi kisah USA dalam dunia Shaklee. ☺️

Sebenarnya, USA mula dengan Shaklee sekitar tahun 2013. Waktu itu USA tidak bekerja dan memerlukan pendapatan tambahan, memandangkan anak USA rapat usianya. Hampir setiap tahun mengandung dan bersalin. 😂

Tetapi waktu itu, tiada yang membimbing USA dengan cara yang betul untuk memulakan bisnes Shaklee. Sampai satu masa, USA putus asa dan tak dapat apa yang USA inginkan dalam kehidupan. Namun, Allah Maha Mengetahui.

Panjang ceritanya, USA pendekkan.

USA kembali buat bisnes Shaklee pada tahun 2019, selepas pulang daripada mengikut suami ke luar negara. Di situlah bermulanya langkah baharu USA apabila senior USA, Ustazah Marsitah Hidzir, banyak memberikan bimbingan.

Waktu itu, USA hanya nak kewangan yang lebih baik.

USA pulun untuk dapatkan pendapatan empat angka dan naik pangkat. Alhamdulillah, USA berjaya naik pangkat Supervisor dalam masa tak sampai sebulan, hanya 28 hari sahaja.

USA sentiasa ingat pesanan Maktok yang tak jemu mengingatkan, jadikan bisnes Shaklee sebagai rutin harian dan sayang dengan bisnes kita. Pembelajaran itu sangat berkesan buat USA.

Ujian dan cabaran mestilah ada. Tetapi kena tetapkan hati dan cekal menghadapi kata orang. Teruskan perjalanan buat bisnes Shaklee.

Turun naik dalam bisnes tetap ada. Apa yang USA pegang, Allah tidak akan mensia-siakan usaha hamba-Nya. Terus berusaha dengan keyakinan yang tinggi kepada Allah.

USA percaya lingkungan sahabat USA sekarang adalah pilihan Allah. Mereka banyak memberikan motivasi dan semangat untuk membantu orang di luar sana supaya lebih sihat.

USA sendiri mengambil set untuk pengurusan berat badan seperti Life Cinch coklat, Lecithin, ESP, Vitamin C, Alfalfa, Herbal Blend dan macam lagi.

Waktu itu, kulit USA kusam dan berat badan berlebihan. USA merasai sendiri perubahan pada diri sepanjang mengamalkannya.

Daripada 57 kg, berat USA turun kepada 49 kg dan masih kekal hingga sekarang. Memang USA tak tinggal ESP, Cinch dan Lecithin. ESP menjadi sahabat karib USA setiap pagi.

Betullah orang kata, jadikan diri kita sendiri sebagai Shaklee Effect.

Sampaikan makcik yang USA mengajar pun bertanya, “Dah kahwin ke belum?”

Padahal USA dah ada tujuh orang anak. ☺️ Itulah antara pengalaman yang buat USA tersenyum sepanjang mengamalkan Shaklee.

Syukran ya Allah atas nikmat bertemu dengan insan yang hebat dalam Shaklee.

USA tak pernah tinggalkan Shaklee sepenuhnya. Bila rasa nak berhenti, ada yang mengingatkan USA. Ada sahaja pelanggan yang nak membeli Shaklee.

Bonus yang paling buat USA tersenyum ialah apabila melihat diri di cermin. Kulit makin lama makin nampak berseri, bermaya dan kembali menyerlahkan seri semula jadi.

Akhirnya, Shaklee tetap di hati USA sampai bila-bila. 💕

Sihat dengan Shaklee, insya-Allah.

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Shahidatul Akma dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Shahidatul Akma untuk berhubung secara terus.

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami.

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Threads
WhatsApp
Telegram
X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan