Saya tak boleh bergerak. Tak boleh bercakap. Tapi saya masih mampu menulis, dan melalui tulisan itulah saya terus mencari rezeki.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua geng Southern Surijunior.
Hari ini, giliran Syida buat perkongsian pula.
Yang belum kenal Syida, boleh ikuti TikTok saya ini. Semua media sosial saya juga ada di pautan yang disertakan.
Saya mula mendaftar untuk buat bisnes Shaklee pada Oktober 2016. Kiranya tahun ini genap 10 tahun saya bersama Shaklee.
Pada awalnya, saya skeptikal juga. Betul ke bisnes Shaklee ini boleh bagi pendapatan? Tapi selepas tengok seorang demi seorang dapat pendapatan empat angka, saya terus buat iklan setiap hari.
Masa itu, tiga bulan saya buat iklan setiap hari tanpa henti, tapi masih tak dapat pelanggan. Susah betul.
Selepas tiga bulan, barulah ada dua orang nak sertai. Cuma saya tak berhenti.
SAYA BUAT BISNES SHAKLEE SEBAB NAK ADA PENDAPATAN TAMBAHAN UNTUK DIBERIKAN KEPADA MAK AYAH DI KAMPUNG.
Saya mula bisnes ini selepas berhenti kerja sebagai jurutera proses.
Saya rasa, kalau tak ada pendapatan sendiri, macam mana saya nak beri duit kepada mak ayah? Dalam hati, saya rasa macam dah mengecewakan mereka sebab saya berhenti kerja untuk ikut suami selepas kami ada anak.
Sebelum ada anak, kami menjalani perkahwinan jarak jauh. Tapi selepas ada anak, saya tak sanggup nak terus berjauhan.
Nak dijadikan cerita, saya terus bina bisnes Shaklee ini sehingga berjaya melayakkan diri untuk bonus kereta, menerima pelbagai anugerah daripada Shaklee, serta melayakkan diri untuk trip serantau dan antarabangsa.
Pada Mac 2024, saya didiagnosis menghidap kanser lidah.
SEGALANYA TERASA GELAP.
Saya lalui rawatan kemoterapi dan pembedahan. Pembedahan saya besar, satu pembedahan utama selama 18 jam, disusuli empat lagi pembedahan kecil.
Selepas pembedahan, saya tak mampu urus diri sendiri. Urusan buang air kecil dan besar pun suami yang bantu. Saya tak boleh bergerak.
Makan, minum dan bercakap, semuanya tak boleh. 🥹
Sebanyak 70% lidah saya dibuang, termasuk pangkal lidah. Tangan, kaki, dada dan leher saya juga menjalani pembedahan.
Saya perlu memakai tiub trakeostomi untuk bernafas. Selama empat bulan, makan dan minum hanya melalui tiub Ryles yang dimasukkan melalui hidung.
Dari Oktober 2024 hingga April 2025, saya bergantung sepenuhnya pada susu.
Pada Mei 2025, barulah saya mula dapat makan sedikit demi sedikit.
Yang saya nak kongsikan bukanlah semata-mata ujian kehidupan saya.
Tapi peluang untuk terus menjalankan bisnes Shaklee, walaupun ketika saya terlantar di atas katil Institut Kanser Negara dan tak boleh bergerak.
Saya tak boleh bergerak.
Saya tak boleh bercakap.
TAPI SAYA MASIH MAMPU MENULIS.
Berbekalkan bisnes Shaklee yang saya dah bina selama ini, pendapatan saya tetap berjalan.
Alhamdulillah, pendapatan saya kekal empat angka setiap bulan sepanjang tempoh itu.
Dengan hanya menulis, saya masih dapat mencari rezeki melalui bisnes Shaklee.
Betapa bersyukurnya saya. Walaupun terbaring, saya masih boleh teruskan bisnes ini.
Shaklee tak pernah buang saya daripada bisnes. Pasukan saya juga tak pernah sisihkan saya, walaupun keupayaan fizikal saya dah tak seperti dahulu.
Sekarang, alhamdulillah, saya sedang membina semula segalanya.
Doakan saya terus sihat, bebas kanser dan dapat membantu lebih ramai insan melalui Shaklee, walaupun dengan keterbatasan fizikal yang saya ada. ❤️
Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Noor Syahidah dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Noor Syahidah untuk berhubung secara terus.













