8 Tips Kekal Positif Dalam Bisnes Shaklee Bersama Master Bonda Aien

Dah posting, dah buat live, dah buat susulan, tapi hasil masih belum nampak? Jangan cepat rasa diri tak pandai berniaga. ❤️

Assalamualaikum dan selamat petang semua. 😍

Petang ini giliran bonda pula untuk berkongsi.

Nama saya Nuraien, atau biasa orang kenal sebagai Master Bonda Aien. Bonda mencapai pangkat Master selepas lima tahun bersama Shaklee.

Jadi, hari ini bonda nak berkongsi tips dan strategi bisnes.

Bonda yakin, semua yang ada dalam kumpulan ini bukan sahaja nak mencari rezeki melalui Shaklee. Kalau boleh, kita semua nak berjaya dan pergi jauh sehingga mencapai pangkat Master Coordinator. ❤️

Tapi untuk sampai ke tahap itu, bonda rasa ada satu perkara yang paling utama.

KITA KENA BELAJAR UNTUK KEKAL POSITIF DALAM BISNES.

Bagi bonda, kekal positif bukan bermaksud kita kena sentiasa gembira, sentiasa bersemangat atau tak boleh rasa sedih.

Kita manusia. Kita akan penat, kecewa dan berdepan dengan penolakan. Ada bulan jualan cantik, ada bulan pula perlahan.

Jadi, macam mana kita nak kekal dalam bisnes ini untuk jangka masa panjang?

1. JANGAN BERHENTI HANYA SEBAB HASIL BELUM NAMPAK

Kadang kala kita dah buat posting, dah buat susulan, dah buat siaran langsung, tapi jualan masih tak masuk.

Jangan terus fikir,

“Aku ini tak pandai bisnes ke?”

Mungkin bukan tak pandai. Mungkin kita cuma belum sampai masa untuk nampak hasil.

Dalam bisnes, kita kena faham konsep tanam, jaga, tunggu dan tuai.

2. JANGAN BANDINGKAN PERJALANAN KITA DENGAN ORANG LAIN

Kita tengok orang lain dah Master. Ahli pasukan dah ramai. Jualan pula beribu ringgit.

Kita pula baru nak membina.

Jangan jadikan kejayaan orang lain sebagai alasan untuk rasa diri kita tak cukup bagus.

Jadikan kejayaan mereka sebagai bukti,

“Kalau dia boleh, aku pun boleh. Cuma mungkin masa aku belum sampai.”

3. FOKUS PADA APA YANG KITA BOLEH KAWAL

Kita tak boleh kawal sama ada orang nak beli atau tidak.

Kita tak boleh paksa orang untuk sertai pasukan kita.

Kita juga tak boleh kawal algoritma.

Tapi kita boleh kawal perkara ini. 👇🏻

Posting kita.
Usaha kita membuat susulan.
Perkongsian kita.
Ilmu kita.
Konsistensi kita.
Sikap kita.

Jadi, jangan bazirkan tenaga memikirkan perkara yang kita tak boleh kawal.

Buat bahagian kita. Selebihnya, serahkan kepada Allah.

4. BILA PENAT, REHAT. JANGAN BERHENTI.

Bonda rasa perkara ini sangat penting.

Berehat tak bermaksud kita mengalah.

Ada masa kita perlukan sehari untuk tarik nafas. Ada masa kita perlukan ruang untuk susun semula diri.

Tak apa.

Yang penting, jangan jadikan penat hari ini sebagai sebab untuk berhenti selamanya.

5. SENTIASA INGAT SEBAB KITA BERMULA

Bila dah tak ada semangat nak buat bisnes, tanya diri semula,

“Kenapa aku mula dulu?”

Sebab nak bantu keluarga?
Nak ada pendapatan sendiri?
Nak ubah kehidupan?
Nak bawa anak merasa kehidupan yang lebih baik?

Bila sebab kita kuat, kita lebih mudah untuk bangun semula.

6. JANGAN KEJAR MOTIVASI. BINA DISIPLIN.

Motivasi tak datang setiap hari.

Ada hari kita bersemangat. Ada hari kita malas. Ada hari kita rasa nak tutup telefon.

Tapi orang yang berjaya bukan sebab mereka sentiasa bermotivasi.

Mereka tetap buat apa yang perlu dibuat walaupun ada masa mereka tak rasa nak buat.

7. JANGAN BERJALAN SENDIRIAN

Kita ada kumpulan.
Kita ada pembimbing.
Kita ada pasukan.

Gunakan sistem sokongan yang ada.

Kalau tak tahu, tanya.
Kalau tak faham, belajar.
Kalau rasa lemah semangat, cari orang yang boleh bantu kita bangkit semula.

Kita nak pergi jauh. Kita tak perlu mencari semua jawapan seorang diri.

8. JAGA HATI DAN JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Yang terakhir ini paling penting bagi bonda.

Kita usaha sehabis baik, tapi rezeki tetap milik Allah.

Jangan terlalu kecewa apabila tak dapat apa yang kita nak.

Kadang kala kita tertanya,

“Kenapa aku dah usaha, tapi masih belum menjadi?”

Mungkin Allah sedang mengajar kita tentang sabar, disiplin dan istiqamah sebelum Dia memberikan sesuatu yang lebih besar.

Bonda yakin, semua orang dalam kumpulan ini boleh berjaya.

Tapi jangan terlalu fokus kepada,

“Bila aku nak jadi Master?”

Fokus dahulu kepada,

“Apa yang aku perlu buat hari ini untuk jadi lebih baik daripada semalam?”

Satu hari, satu langkah.

Seorang pelanggan.
Satu perkongsian.
Satu susulan.
Satu kandungan.
Satu ilmu baharu.

Lama kelamaan, langkah kecil itulah yang akan membawa kita pergi jauh.

Dalam bisnes ini, kita mungkin tak boleh kawal secepat mana kita sampai ke destinasi. Tapi kita boleh kawal sama ada kita terus berjalan atau berhenti.

Stay positive. Stay consistent. Stay in the game. ❤️

InsyaAllah, satu hari nanti kita akan pandang ke belakang dan berkata,

“Nasib baik aku tak berhenti.” 😉

Bonda harap perkongsian ini membantu korang untuk terus melangkah pada pertengahan bulan ini.

Kalau suka, belanja 🔥 ya.

Terima kasih. ☺️

Ingin tahu lebih lanjut tentang kisah Bonda Aien dan pengalaman bersama Shaklee? Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, klik WhatsApp Bonda Aien untuk berhubung secara terus.

Farihah Abu Kasim ialah Master Coordinator Shaklee dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam dunia bisnes Shaklee. Sebagai ibu kepada 9 orang anak, beliau komited membimbing ribuan ahli Shaklee menjana pendapatan dari rumah sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga.

Jom sertai kami jana pendapatan dengan Shaklee dan bina impian anda bersama kami. 

KLIK DI SINI

Share

Facebook
Threads
WhatsApp
Telegram
X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Most Popular

MENU

On Key

Artike Berkaitan